USM Terpilih Universiti Apex
Universiti Sains Malaysia, USM telah terpilih sebagai universiti Apex, menewaskan 3 dari 9 universiti lain yang disenaraipendek – Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). USM juga menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang bakal memegang status universiti Apex.
5 lagi yang tidak tersenarai pendek termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Universiti Apex, yang mana konsepnya diperkenalkan kepada tahun 2007 merupakan status yang diberikan kepada satu sahaja universiti yang mempamerkan kemampuan paling tinggi untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Antara peranan penting yang bakal dipikul oleh universiti Apex ini adalah untuk menjejakkan kaki ke dalam carta 100 universiti terbaik di dunia dalam masa 5 tahun. Pada tahun 2020, universiti ini juga dijangkakan dapat menempatkan diri mereka dalam kalangan 50 universiti terbaik di dunia.
Pada masa ini, universiti tempatan terbaik berdasarkan kedudukan antarabangsa ialah UM, yang tersenarai dalam tempat ke 264. Kedudukan USM pula adalah lebih terkebelakang, iaitu pada tangga 309.
Walaupun UM merupakan calon popular untuk anugerah status universiti Apex, USM telah berjaya memenangi hati panel berdasarkan kepada beberapa faktor, termasuk keadaan dan persekitaran semasa, pelan transformasi, serta kesediaan untuk melakukan perubahan.
Maaf, tiada post lain yang setara.Comments
Leave a Reply



