Jawatan Kosong Pembantu Tadbir: UiTM

November 26, 2007 · Filed Under Kerjaya · 54 Comments 

Institusi Perkembangan Pendidikan (InED) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuka tawaran jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir (Gred N17). Calon yang ingin memohon hendaklah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Calon perlu mempunyai sekurang kurangnya kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Perancang Wilayah Bandar serta Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang setaraf dengannya. Mereka yang mempunyai Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau Perancang Bandar juga akan dipertimbangkan permohonannya. Gaji permulaan adalah antara RM820.38 sehingga RM2151.35.

Pemohon juga perlu mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam mengendalikan komputer/dan mengambil trengkas.

Syarat syarat lain:

1. Pemohon yang kini sedang berkhidmat dengan jabatan kerajaan/am hendaklah melalui ketua jabatan.

2. Setiap permohonan hendaklah disertai dengan salinan sijil sijil yang disahkan.

3. Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon pemohon yang tidak berjaya setelah 3 bulan perlu menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan yang lengkap diisi (borang boleh dilawati di laman web rasmi UITM) perlu dikembalikan ke alamat seperti berikut:

Pejabat Pengarah
Institusi Perkembangan Pendidikan (InED)
Universiti Teknologi MARA, UITM
DW3, Intekma Resort & Convention Center
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7
40000 Shah Alam Selangor