Temuduga Terbuka SONY, 25 April
SONY akan mengadakan temuduga terbuka pada hari Sabtu, 25 April 2009, bertempat di Hotel Boulevard, Mid Valley. Tujuan temuduga ini diadakan adalah untuk menambah bilangan pekerja dalam bidang teknikal dan juga pengurusan. Temuduga akan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.
Antara jawatan teknikal dan kejuruteraan yang ditawarkan oleh SONY adalah Design Engineer, System Analyst, IT Engineer, Line Leader dan Technician. Manakala jawatan bukan teknikal terdiri daripada pegawai yang akan menguruskan beberapa aspek termasuk sumber manusia, perolehan, akaun & kewangan, perancangan bisnes dan juga perancangan operasi.
SONY menawarkan pakej kerjaya yang baik, termasuklah pemberian gaji yang kompetitif, faedah perubatan, kemudahan pinjaman kenderaan, subsidi pembelian makanan, serta peluang mendapat latihan di luar negara, terutamanya di Jepun. Informasi penuh:
Acara: Temuduga Terbuka SONY
Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
Waktu: 9am – 5pm
Tempat: Hotel Boulevard, Mid Valley
5 Sebab Resume Anda Ditolak Majikan
4 sebab mengapa resume anda ditolak oleh majikan, menyebabkan peluang anda untuk menghadiri temuduga hancur berkecai:
1. Kelulusan dan pengalaman
Kelulusan dan pengalaman anda tidak menepati ciri ciri yang diingini oleh majikan. Ada yang berkelulusan ijazah tetapi memohon jawatan sebagai kerani. Ada yang berlatar belakangkan jurusan akaun tetapi menghantar resume untuk jawatan juruteknik. Ada beberapa sebab kenapa ini berlaku.
Pertama, calon risau kerana setelah 3 bulan mencari kerja, hasilnya masih belum belum dapat. Mereka jadi termanggu manggu, kelu dan bibit bibit pupus asa mula berputik. Daripada bertanya dan berusaha mendapatkan maklum balas mengenai strategi mencari kerja, mereka membuat keputusan untuk hentam semborono dan main tembak sebarangan. Bagi mereka, lagi banyak resume yang dihantar, lagi cerahlah peluang untuk salah satunya mengena. Itulah teori mereka. Selalunya, mereka akan menyedari di kemudian hari bahawa keadaan yang lebih buruk yang akan berlaku.


