10 Syarikat Terbaik Graduan
Dalam sebuah bancian yang dijalankan oleh GTI Specialist Publisher, sebuah firma tinjauan berpangkalan di United Kingdom, Shell telah dinamakan sebagai syarikat terbaik untuk graduan di Malaysia untuk anugerah Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers.
Kajian yang dilakukan melibatkan lebih 15,000 pelajar yang sedang berada di tahun akhir pengajian masing masing di beberapa buah negara termasuk Malaysia, Australia dan United Kingdom. Dalam senarai 10 syarikat yang didominasi oleh syarikat asing, Shell mengatasi beberapa syarikat multinasional lain termasuklah Intel, PricewaterhouseCoopers (PwC) dan HSBC untuk berada gah di takhta senarai.
Berikut adalah 10 syarikat terbaik dalam senarai Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers:
1. Shell
Untuk berdekad lamanya, Shell memang seringkali menjadi organisasi pilihan graduan yang bercita cita besar mengembangkan kerjaya mereka tak kiralah samaada di dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Kerjaya bersama Shell menjanjikan peluang luas menimba ilmu dan pengalaman, yang datang dengan pakej penggajian dan faedah yang menarik.
2. Intel
Intel beroperasi di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah, dan merupakan organisasi yang diimpikan oleh bakal jurutera, pakar IT, serta graduan yang memilih teknologi sebagai cabang kerjaya mereka. Tidak dapat dinafikan, Intel mempunyai reputasi sebagai antara syarikat pembinaan paling terkenal di negeri Pulau Mutiara dan menyumbangkan nilai yang begitu signifikan terhadap pembangunan ekonomi Pulau Pinang.
3. Schlumberger
Seorang graduan yang diterima bekerja dengan Schlumberger pernah berkata, “Schlumberger mungkin syarikat terbesar yang belum pernah didengari oleh seorang pelajar.” Ini kerana, walaupun namanya tidak sepopular Shell dan Intel, Schlumberger merupakan antara syarikat terbesar dalam bidang gas dan petroleum dengan kekuatan lebih 80,000 orang pekerja di seluruh dunia.
4. PricewaterhouseCoopers (PwC)
PricewaterhouseCoopers atau PwC adalah salah satu syarikat Big 4, iaitu antara 4 buah syarikat paling berprestij dalam bidang audit dan perakaunan. PwC lahir di London pada tahun 1998 apabila dua syarikat gergasi di United Kingdom membuat keputusan untuk bergabung menjadi syarikat perakaunan profesional terbesar di dunia. Kerja lebih masa mungkin menjadi rutin seorang pekerja, tetapi habuan dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran bakal menanti graduan. Read more
Temuduga Terbuka SONY, 25 April
SONY akan mengadakan temuduga terbuka pada hari Sabtu, 25 April 2009, bertempat di Hotel Boulevard, Mid Valley. Tujuan temuduga ini diadakan adalah untuk menambah bilangan pekerja dalam bidang teknikal dan juga pengurusan. Temuduga akan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 5 petang.
Antara jawatan teknikal dan kejuruteraan yang ditawarkan oleh SONY adalah Design Engineer, System Analyst, IT Engineer, Line Leader dan Technician. Manakala jawatan bukan teknikal terdiri daripada pegawai yang akan menguruskan beberapa aspek termasuk sumber manusia, perolehan, akaun & kewangan, perancangan bisnes dan juga perancangan operasi.
SONY menawarkan pakej kerjaya yang baik, termasuklah pemberian gaji yang kompetitif, faedah perubatan, kemudahan pinjaman kenderaan, subsidi pembelian makanan, serta peluang mendapat latihan di luar negara, terutamanya di Jepun. Informasi penuh:
Acara: Temuduga Terbuka SONY
Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
Waktu: 9am – 5pm
Tempat: Hotel Boulevard, Mid Valley


