Panduan Permohonan Biasiswa JPA
Kemudahan biasiswa disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA untuk membolehkan pelajar pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT awam dan swasta mendapat tajaan kewangan. Kemudahan ini disediakan untuk mereka yang mengikuti kursus dalam pelbagai bidang dalam institusi yang telah ditetapkan. Institusi institusi pengajian tersebut adalah:
- Universiti Malaya, UM
- Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
- Universiti Putra Malaysia, UPM
- Universiti Sains Malaysia, USM
- Universiti Malaysia Sabah, UMS
- Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
- Universiti Utara Malaysia, UUM
- Universiti Islam Antarabangsa, UIA
- Universiti Teknologi MARA, UiTM
- Kolej Universiti Tun Hussein Onn, KUiTHO
- Kolej Universiti Teknikal Malaysia, KUSTEM
- Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM
- Kolej Universiti Terengganu
- Universiti Tenaga Nasional, UNITEN
- Universiti Multimedia, MMU
- Universiti Teknologi Petronas, UTP
Iklan penajaan biasiswa akan dikeluarkan dalam beberapa akhbar tempatan utama pada setiap tahun bulan Mei. Borang permohonan Biasiswa JPA boleh diberi dari pihak JPA sendiri atau di universiti universiti yang terlibat. Setiap borang dijual pada harga RM5 seunit.
Borang yang telah diisi hendaklah dikemukakan bersama sama dengan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA
Bahagian Latihan
Aras 4, 5 and 6
Block C1, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
Syarat Permohonan (Umum):
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 26 tahun pada 1 Mac tahun semasa
- Mendapat sekurang kurangnya gred 6C bagi subjek Bahasa Malaysia dan Pengetahuan Islam/Pengajian Moral
Syarat Permohonan (Khusus):
- Bidang bukan Perubatan/Pergigian/Farmasi:
- Pelajar lepasan SPM perlu mendapat sekurang kurangnya 4A
- Pelajar lepasan STPM perlu mendapatkan sekurang kurangnya 3 prinsipil B
- Pelajar lepasan Matriculasi dan lepasan Diploma perlu mendapat CGPA sekurang kurangya 3.0
- Bidang Perubatan/Pergigian/Farmasi:
- Pelajar dalam bidang yang disebutkan tidak tertakluk kepada syarat di atas dan mereka yang mendapat tempat dan memohon akan ditawarkan biasiswa


