Kerjaya Bersama MPSJ
Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ, mengalu alukan calon yang berminat untuk mengisi beberapa jawatan kosong yang perlu diisi dalam masa terdekat.
Antara jawatan yang ditawarkan adalah Pegawai Tadbir, Pegawai Alam Sekitar, Pembantu Teknik, Penolong Pegawai Pertanian, Pembantu Undang Undang, Pekerja Am, Pegawai Tadbir Rendah dan sebagainya. Sebagai syarat asas, semua pemohon hendaklah berumur 18 tahun atau ke atas sewaktu menghantar borang permohonan.
Borang permohonan jawatan boleh didapati di sini, dan perlu dikembalikan kepada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 2, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tarikh tutup permohonan adalah 27 April 2009.
Keutamaan jawatan kosong yang dinyatakan akan diberi kepada anak Selangor.
3,000 Jawatan Kerajaan Untuk Graduan IT
Graduan dalam bidang IT mendapat sedikit khabar gembira apabila 3,000 jawatan kosong dalam kerajaan bakal diwujudkan buat mereka dalam masa terdekat. Ini adalah untuk membolehkan perlaksanaan penuh projek SchoolNet, yang bakal membuka peluang jawatan fasilitator kepada mereka yang berminat.
Fasilitator ini bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar kepada guru dan juga pelajar dalam sektor teknologi maklumat, dan penggunaan internet.
Walaupun gaji yang bakal ditawarkan sebagai fasilitator ini hanya berjumlah RM1,000 sebulan, sedikit sebanyak graduan yang kini berdepan dengan kemelesetan ekonomi mempunyai pilihan yang jauh lebih baik daripada terus menganggur. Setidak tidaknya dengan memegang sebarang jawatan, mereka boleh mengasah kemahiran serta mendapat skil skil baru sebelum mendapat kerja lain.
Graduan dinasihatkan untuk tidak terlalu memilih kerja dalam waktu waktu yang tidak menentu ini untuk mengelakkan mereka terus terpinggir dalam alam pekerjaan.
Program SchoolNet bertujuan untuk menyediakan kemudahan internet jalur lebar kepada sekolah sekolah di seluruh Malaysia, dan dijangka akan dinikmati sehingga 10,000 sekolah dalam beberapa tahun akan datang. Buat masa ini, SchoolNet telah berjaya dilancarkan di sekolah sekolah bistari dan juga di cluster schools.
Program fasilitasi ini akan bermula pada bulan Jun 2009, dan pemilihan calon akan dilakukan oleh beberapa pihak kerajaan, yang akan bermula mengiklankan kekosongan jawatan dalam masa yang terdekat.


