CIMB Bakal Tutup 60 Cawangan

April 13, 2009 · Filed Under Berita · Comment 

CIMB Group, kumpulan syarikat bank kedua terbesar di negara ini, telah membuat keputusan untuk menutup sebanyak 60 buah cawangan bank di seluruh Malaysia. Langkah tersebut telah diambil dalam usaha untuk memotong perbelanjaan tahunan dan menjimatkan kos operasi. Kesemua 60 buah cawangan tersebut telah dikenalpasti tetapi masih belum diumumkan secara rasmi.

Walaupun kini terdapat tanda tanda bahawa sebilangan pekerja CIMB bakal kehilangan kerja, ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut, Dato’ Nazir Abdul Razak, menafikan bahawa penutupan cawangan cawangan bank CIMB tidak akan melibatkan pembuangan pekerja. Menurutnya lagi, kakitangan CIMB yang bekerja dengan cawangan bank yang bakal ditutup akan diserapkan ke dalam cawangan lain yang masih beroperasi.

Namun, persoalan tentang apa yang bakal berlaku jika jawatan yang dahulunya diisi oleh seseorang kakitangan CIMB yang bakal ditutup telahpun diisi oleh orang lain? Berkemungkinan kakitangan ini akan diberi peranan lain yang mungkin baru dan tidak cocok dengan kebolehannya.

CIMB kini adalah syarikat kewangan bank yang kedua terbesar selepas Maybank. Walaubagaimanapun, prestasi CIMB yang kian memberangsankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat boleh membantuk kumpulan tersebut untuk menjadi syarikat kewangan nombor satu di Malaysia dalam masa satu hingga dua tahun lagi.