Bisnes Cupcake Yang Menguntungkan

September 25, 2008 · Filed Under Perniagaan · 4 Comments 

Bisnes cupcake boleh menjadi bisnes yang menguntungkan, walaupun dilakukan secara sambilan sahaja. Itulah yang dibuktikan oleh pasangan adik beradik, Seri Ervienawati (Inn) dan kakaknya Seri Emelliawaty (Eon) yang kini mengusahakan perniagaan membuat cupcake (kek cawan) dengan pusat operasi di Hulu Kelang, Selangor.

Semua ini dicapai tatkala kedua duanya sibuk menumpukan perhatian kepada pekerjaan sepenuh masa dan juga pelajaran. Eon merupakan seorang penasihat undang undang kepada sebuah syarikat francais, manakala adiknya Inn melanjutkan pelajaran dalam sebuah institusi pengajian tinggi.

Aktiviti yang bermula secara suka suka kini menjadi sebuah bisnes yang serius, dan semakin hari perniagaan mereka semakin berkembang dengan tempahan kek yang datang mencurah curah. Populariti yang tidak henti henti itu akhirnya membawa kedua dua usahawan ini ke wawancara dengan akhbar ternama, The Star.

Percaya atau tidak, sebelum berkecimpung dalam bisness pembuatan cupcake tersebut, Inn tidak pernah berpengalaman membakar kek sebelum ini. Usaha pertamanya menghasilkan cupcake adalah sekadar untuk dikongsikan bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang terdekat.

Dia sendiri terkejut dengan respon yang diberikan oleh ahli keluarga yang memuji masakannya dan ini mendorong kedua dua beradik tersebut untuk mengusahakan bisnes membuat kek secara serius. Bermula dengan rakan rakan sekerja dan jiran jiran sebagai pelanggan pertama, kini, mereka sibuk memenuhi permintaan untuk pelbagai acara termasuk sambutan hari jadi, perjumpaan, hari ulang tahun, Valentine dan sebagainya.

Inn dan Eon menjadi contoh kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawan tetapi menghadapi masalah kekangan kewangan. Segala yang kita impikan itu sebenarnya boleh menjadi kenyataan jika kita pandai mengintai peluang dan menyusun strategi terbaik bagi memajukan sebuah perniagaan kecil.

Imej: The Star