10 Universiti Terbaik di Asia
Berikut adalah senarai 10 universiti terbaik di Asia untuk tahun 2008/2009, seperti yang telah diterbitkan oleh majalah talian US News & World Report:
1. University of Tokyo, Jepun
Walaupun mempunyai jumlah bilangan pelajar yang besar, iaitu kira kira 30,000, ia tidak menjadi masalah buat University of Tokyo untuk mencapai dan mengekalkan statusnya sebagai universiti terbaik di Asia untuk beberapa tahun. Sejarah universiti ini telah bermula lama sejak lebih seratus tahun dan telah melalui pelbagai fasa perubahan sehingga ke hari ini.
2. Kyoto University, Jepun

Sebuah lagi universiti dari Jepun, iaitu Kyoto University menghuni tangga kedua senarai. Seperti juga University of Tokyo, institusi ini juga telah lama bertapak di negara matahari terbit ini. Sebelum ini, Kyoto University tersenarai dalam kumpulan 7 universiti elit khas yang dipanggil Imperial Universities of Japan. Pada tahun 2007, Times Higher Education dari United Kingdom menyenaraikan Kyoto University sebagai universiti ketiga terbaik di Asia di belakang University of Tokyo dan University of Hong Kong.


