Struktur Baru Gaji Guru
Kerajaan bakal menimbangkan cadangan penstrukturan semula gaji untuk guru di Malaysia yang akan memberi penekanan kepada kelayakan akademik guru tersebut.
Ini bermakna, bakal guru yang mempunyai kelulusan ijazah akan diberi gaji yang lebih tinggi berbanding daripada mereka yang mempunyai diploma. Begitu juga guru yang ingin melanjutkan pelajaran mereka sewaktu sedang bertugas, di mana gaji yang lebih tinggi bakal menanti mereka setelah mereka menamatkan pelajaran.
Struktur baru penggajian ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk memberikan imbuhan yang berpatutan kepada mereka yang memegang kelayakan akademik yang tinggi. Ia juga bakal memberikan motivasi kepada para guru untuk berterusan melanjutkan pelajaran bukan sahaja dalam ijazah tetapi ijazah sarjana (masters) dan juga doktor falsafah (PhD).
Dalam struktur baru ini juga, calon calon guru akan dibahagikan kepada kategori akademik termasuk graduan, bukan graduan, guru sekolah rendah, pembantu kanan dan juga guru besar. Walaubagaimanapun, faktor bukan akademik juga bakal diambil kira yang merangkumi pengalaman kerja, sumbangan dan prestasi, kemahiran istimewa dan aspek lain lain yang boleh meningkatkan nilai pasaran guru tersebut.
Buat masa ini, penstrukturan semula gaji guru masih di peringkat perbincangan di mana beberapa pakar akademik sedang berusaha untuk membentangkan formula terbaik sebelum dibentangkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA.
Maaf, tiada post lain yang setara.Comments
One Response to “Struktur Baru Gaji Guru”
Leave a Reply




saya rasa terkilan kerana kursus yang saya apply dalam bpg ditukar. tapi saya tetap nak teruskan.
Balas Komen Ini