Status Universiti APEX Jadi Rebutan

August 29, 2008 · Kategori: Pendidikan 

Tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 2 IPTS di Malaysia kini bersaing untuk merebut status universiti APEX (Accelerated Program for Excellence), yang akan dianugerahkan kepada sebuah universiti sahaja.

Mereka adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dari segi sejarah dan reputasi, Universiti Malaya dilihat mempunyai harapan cerah berdasarkan sejarahnya sebagai institusi tertua di negara ini. Universiti Malaya juga adalah satu satu universiti di Malaysia yang pernah menempatkan diri dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia. Selain itu UM juga menerima status institusi 5 bintang pada anugerah tahun 2007.

Walaubagaimanapun, prestasi institusi ini agak mengecewakan setelah diletakkan dalam tangga ke 246 dalam ranking terbaru. Mengikut ranking tersebut juga, UM diikuti oleh USM pada tangga ke 309, sementera UPM di tangga 364.

Keputusan pemberian status universiti APEX akan diumukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Badawi pada pembentangan Belanjawan 2009 (Budget 2009).

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

Leave a Reply