Skim PROSPER Siswazah dari PUNB

October 29, 2007 · Kategori: Berita, Kerjaya, Perniagaan 

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, PUNB ditubuhkan dengan fokus untuk membangunkan usahawan dalam perniagaan strategik serta perniagaan yang mempunyai potensi tinggi untuk diketengah dan diperkembangkan di peringkat nasional dan juga global. PUNB ditubuhkan pada tahun 1991 dan dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu bumiputera.

PUNB komited untuk membantu golongan Bumiputera berjaya sebagai usahawan dengan memberi mereka asas keperluan perniagaan serta kebolehan untuk bersaing, berdaya tahan, rajin dan kemampuan untuk berkembang. Atas semangat yang sama, PUNB menggalakkan pihak pengurusan pengurusan dan warga kerja nya untuk seiring dengan hasrat ini; bersikap positif, maju dan dinamik, berpegang kepada integriti, amanah dan kejujuran.

Skim PROSPER Siswazah diperkenalkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam usaha mengembang dan menggalakkan lagi bidang keusahawan di kalangan warga Malaysia.

Skim PROSPER Siswazah memberi peluang kepada siswazah muda bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawan serta menjadikan perniagaan sebagai cabang kerjaya utama mereka. Matlamat utama skim ini adalah untuk menerapkan pengetahuan dan membekalkan kemahiran kepada siswazah bumiputera, khususnya bidang peruncitan (retail) dan pengedaran (distribution).

Kemudahan Pinjaman Perniagaan Skim PROSPER Siswazah

Terdapat 2 jenis pinjaman perniagaan dalam skim ini yang kedua duanya berlandaskan kepada prinsip Qard Al-Hasan (pinjaman yang berteraskan kepada tanggungjawab sosial dan bukan berdasarkan kepada keuntungan).

1. Pakej Pinjaman Perniagaan A:

Pinjaman disediakan dalam julat antara RM5,000 – RM50,000 dan diberikan untuk perniagaan tunggal (sole propriety), perkongsian (partnership) atau sendirian berhad (limited liability). Usahawan perlu menyumbangkan modal sendiri sebanyak RM500 untuk satu projek. Manakala tempoh pembayaran balik pinjaman adalah di antara 3 hingga 7 tahun.

2. Pakej Pinjaman Perniagaan B:

Pinjaman yang disediakan adalah antara RM50,001 – RM100,000 dan disediakan untuk perniagaan perkongsian (partnership) dan sendirian berhad (limited liability) sahaja. Tempoh pembayaran adalah dari 5 hingga 7 tahun dan setiap usahawan dalam syarikat perlu menymbang RM500 kepada projek perniagaan tersebut.

Syarat syarat permohonan Skim PROSPER Siswazah

Siswazah bumiputera hendaklah memiliki sekurang kurangnya diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dan berumur tidak melebihi dari 30 tahun sewaktu pendaftaran. Setiap usahawan perlu mampu membiayai perniagaan masing masing sebanyak RM500 dan sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan oleh PUNB.

Perniagaan yang hendak dijalankan harus dimiliki sepenuhnya (100%) oleh bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan tersebut. Perniagaan baru atau perniagaan yang sedang berkembang layak untuk memohon.

Proses Permohonan SKIM Prosper Siswazah

  1. Pendaftaran peserta melalui borang PROSPER
  2. Peserta menghadiri Sesi Kesesuaian Keusahawanan
  3. Peserta hadiri kursus keusahawanan dan perniagaan selama 3 hari (yuran kursus adalah sebanyak RM50)
  4. Pembentangan Rancangan Perniagaan (RP) daripada peserta kepada panel
  5. Peserta dianugerah kelulusan pembiayaan (atau ditolak)
  6. Peserta yang dianugerah kelulusan akan menghadiri Kursus Asas Keusahawanan yang dikendalikan oleh PUNB selama 4 hari

Untuk memohon, peserta perlu menghantar Rancangan Perniagaan mereka ke:

Sekretariat PROSPER
Perbadanan Usahawanan Nasional Berhad, PUNB
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral, Jalan Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau emel ke: prosper_siswazah@punb.com.my

Anda juga boleh mengisi borang Skim PROSPER Siswazah di sini.

Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan Skim PROSPER Siswazah.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

16 Responses to “Skim PROSPER Siswazah dari PUNB”

  1. Fazlin on November 24th, 2007 6:45 am

    Assalammulaikum and a good day,

    Is prosper siswazah scheme financed only for retail and distribution ? What if iam interested and keen to open a one stop cafe with consist of 1)internet cafe 2) rent-a-book & light reading cafe( comics, novels, magazines)
    3)other services ( photostate, laminate)
    ?

    Can i apply for Prosper Siswazah financial aid?

    Looking forward to your reply… Appreciate your response.\

    Wasalam

  2. Myfriends char koay teow on June 18th, 2008 6:45 pm

    Kepada siswazah muda yang ingin memulakan perniagaan, pihak kami sedia membantu anda untuk menjadi usahawan di sistem francais kami

  3. Mohamad Pazlen on July 6th, 2008 6:04 am

    -saya memang berminat.
    -Myfriends Char Koay Teow (induk) asal dari mana?
    -boleh berikan apa-apa yang bersangkutan atau penting sebagai panduan untuk saya memahami dengan lebih terperinci.

    Terima Kasih
    Yang Berminat,
    Mohamad pazlen.

  4. wan on July 8th, 2008 8:35 am

    saya pun minat gak char koay teow…bg lar detail ckit….email kat saya abangbeca_82@yahoo.com

  5. amin on July 15th, 2008 3:03 am

    saya berminat jugak nak buat francais…hubungi amin_goldberg@yahoo.com

  6. angel d on August 6th, 2008 2:31 am

    dear myfriends char koay teow…

    sy bkn siswazah holder tetapi sy berminat dlm bidang perniagaan yg pihak tuan cadangkan. sila hubungi sy secepat yg mungkin.

    terima kasih.

  7. nizam on September 13th, 2008 4:13 pm

    myfriends char koay teow…

    sy bkn siswazah tetapi berminat dlm bidang perniagaan yg awk cadangkan. hubungi sy…detaills skit ..email sy dapor_kayu@yahoo.com

    tq.

  8. yasmin on November 29th, 2008 11:49 am

    is this offer still on?

  9. amir on January 23rd, 2009 12:42 pm

    ngapa latihan dan krursus pusat khidmat kontrakter ,untuk yang ada LESEN KONTRAK CONTOH KELAS (F) (E) …pastu kalu tak pergi krursus …! payah nak renew lesen..!!! makna nya yang pergi kursus tu ..sebenar nya takut tak leh renew lesen jea!!! g pon kelas F BANYAK orang tua2 dah..buka la krursus tu untuk belia2 yang berminat.kurang2 dapat gak diaorang upgred sistem kerja…dapat kenal mesin2 terbaru ke??? g pon berapa kerat sangat tuan lesen yang buat kerje nya..g satu permudahkan bayaran terus kepada sapcom ..senang sikit nak ambek keje orang..boleh la meluas sikit..

  10. eila on February 22nd, 2009 2:56 am

    Assalamualaikum Fazlin.
    mcm mn dgn bisnes “one stop cafe”?
    saya pun sbnrnya tertarik dgn bisnes yg fazlin buat. Keinginan dah lama ada, cm tiada kesempatan. jikalau ada masa, bole kt berkongsi ilmu ttg bisnes ini? saya mengharapkan jawapan dari fazlin. TQ.

  11. Noorbaiti on June 5th, 2009 7:20 am

    Fazlin,
    you punya interest tue quite good actually. Yang penting dapatkan port best jer. Saya pun nak cuba join ngan PUNB utk dapatkan modal nk buka dobi. You all rasa macam mana?
    or any ideas bisnes apa yang kita bole involve lagi..

  12. nurul on June 27th, 2009 6:02 am

    sy berminat ttg peh y amir kate kan 2…
    bleh x trg kan serba sedikit ttg kontraktar n bagaimana sy bleh memohon lesen tersebut??

  13. adawiah Hussin on July 13th, 2009 10:29 am

    salammmm,
    sy bru je blik dr mghadiri seminar PUNB anjuran bandan Pemuda UMNO Machang. bagi sy skim ini amat2 menarik terutama skim perintis tu…
    amat bagus utk mmbantu para siswazah…
    sy rasa teruja utk mnceburi bidang ini.
    Tahniah PUNB…

  14. jack on October 22nd, 2009 2:38 pm

    sy salah seorg peserta skim siswazah hingga kini belum hantar rp lagi….sy rasa tak tahu nak pilih apa banyak sangat idea….boleh tolong bagi pendapat……
    tq…

  15. saiful on September 27th, 2010 8:14 pm

    saya brmnt jgk untk membuat pinjaman..saya nk buka bisnesss….

  16. saiful on September 27th, 2010 8:16 pm

    bile sye dpt menyertai kursus…say sudah ade tempt untk bisnes,tp tdk ade modal…

Leave a Reply