Sindiket Perunding Kerjaya Diserbu

September 5, 2007 · Kategori: Kerjaya 

Sindiket scam perunding kerjaya bukanlah satu sindiket yang baru di negara ini, malah sudah bertapak bertahun tahun lamanya. Apabila satu sindiket tumpas, sindiket baru akan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Baru baru ini Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah melancarkan sebuan ke atas sebuah hotel di Kuala Lumpur yang disyaki menjadi sarang kepada kegiatan sindiket perunding kerjaya. Serbuan tersebut telah dilaporkan oleh akhbar Berita Harian. (Untuk laporan bahasa Inggeris rujuk laporan Recruitment Agency Scam, Get Real dari laman SKOR Career).

“KUALA LUMPUR: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia semalam mendedahkan sindiket penipuan membabitkan dua syarikat yang mendakwa sebagai perunding kerjaya dan mengenakan bayaran berjumlah RM170 seorang sejak dua tahun lalu.

Kegiatan syarikat itu dikesan aktif sejak April lalu dengan mengiklankan jawatan kosong di akhbar tempatan dan meminta calon segera mendaftar. Setiap calon yang berminat perlu melalui beberapa proses iaitu temu duga untuk memilih jenis kerja berdasarkan kelayakan, bayaran perunding dan perlu menunggu dalam tempoh tertentu sebelum mendapat pekerjaan.”

Untuk kes sebegini, selalunya yang menjadi mangsa ialah para penganggur mentah yang baru tamat pengajian serta penganggur yang telah lama mencari kerja tanpa hasil dan akhirnya terperangkap dengan sindiket sebegini kerana terdesak.

Sebagai pedoman untuk pencari kerja, elakkan daripada menggunakan membayar sebarang wang kepada mana mana perunding kerjaya (Recruitment Consultant) yang menawarkan khidmat mencari kerja untuk anda. Perunding Kerjaya yang mempunyai reputasi tinggi seperti Kelly Services, Adecco, Manpower, Jobstreet dan sebagainya tidak memberikan syarat kepada anda untuk membayar sebarang wang kepada mereka.

Kejadian yang menimpa calon pekerja ini juga tidak harus dijadikan alasan untuk kita mula menjauhkan diri daripada berhubung dengan perunding kerjaya kerana usaha mencari kerja menerusi agensi pekerjaan boleh mendatangkan hasil yang baik jika kita pandai menggunakan akal fikiran dalam menentukan agensi manakah yang menawarkan khidmat dan peluang kerja yang setaraf dengan kelayakan anda.

Agensi pekerjaan yang telah lama bertapak dalam pasaran kerja juga mempunyai network yang luas dengan para majikan di negara ini. Mereka akan sentiasa berhubung untuk melihat senarai jawatan kosong yang ada dan jika ia sesuai dengan anda, agensi pekerjaan ini boleh mencadangkan anda sebagai calon yang berpotensi. Anda mungkin dipanggil untuk menghadiri temuduga dalam masa yang singkat.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Kenapa Pilih Kerja Kerajaan?
  2. 300,000 Daftar Dengan JobsMalaysia
  3. Peluang Kerjaya di RISDA
  4. Kerjaya Bersama UMK, Kelantan
  5. Peluang Kerjaya Bersama DBKL

Comments

One Response to “Sindiket Perunding Kerjaya Diserbu”

  1. azlinda md.isa on November 21st, 2008 3:00 pm

    memang betul ada syarikat yang menawarkan pekerjaan tapi kita kena bayar. Saya pernah tgk iklan dlm paper ada jawatan kerani di sg. wang, apa lagi sblm pergi call diaorg yelah nk pasti kan tempat. Yang menakutkan tempat dia suram,sunyi x mcm office. Last2 jumpa la tempat yg nak di tuju. Msk dlm office x begitu menyakin kan. Bayangkan meja receptionist cuma ada telefon dgn radio je. Pastu yg dtg interview punya lah ramai. Last2 time interview dia ckp dorg company cari kerja,kalo kita nak kerja kita kena byr. Saya dengar kena byr je apa lg sy ckp x berminat la. Bkn apa kita nak cari kerja tapi dorg senang2 nak mintak duit kita. Yang x meyakinkan saya pasal company tu adalah bilik org yg interview saya tu pun kosong xda apa2.

    Balas Komen Ini

Leave a Reply