Semakan Permohonan Matrikulasi 17 April

April 14, 2009 · Kategori: Pendidikan 

Pelajar lepasan SPM yang membuat permohonan kemasukan ke program matrikulasi boleh menyemak status permohonan mereka bermula 17 April ini. Semakan boleh dilakukan secara online di laman web kementerian pelajaran (www.moe.gov.my) dengan memasukkan informasi pemohon seperti kad pengenalan dan angka giliran SPM.

Selain daripada secara online, pemohon juga boleh menyemak permohonan mereka menerusi khidmat SMS. Caranya agak mudah, iaitu dengan menaip MAT<jarak>no kad pengenalan dan menghantar SMS tersebut ke nombor 15888. Pemohon juga boleh menelefon di talian 03-8884 4100 setiap hari bekerja selepas 17 April, sebelum pukul 4 petang.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

3 Responses to “Semakan Permohonan Matrikulasi 17 April”

  1. anis farhana on May 26th, 2009 6:47 am

    bila tawaran biasiswa jpa kan dibuka bagi pelajar lepasan matrikulasi?

  2. Eddlie Bin Stanis on August 21st, 2009 9:19 pm

    mengapakah saya tidak mendapat tempat ke matrik tahun ini, lgipun keputusan saya cemerlang?

  3. kit on May 13th, 2010 7:00 am

    cuba lihat kembali keputusan anda.. mungkin anda mempunyai banyak A dalam keputusan anda namun terdapat 2 matapelajaran penting yang anda perolehi sekadar lulus.. kemudian rujuk kembali syarat kelayakan kemasukan ke matrik.

Leave a Reply