Rancangan Perniagaan - Pengenalan dan Panduan Menulis Rancangan Perniagaan
Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)
Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.
Antara kegunaan rancangan perniagaan:
- Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan
- Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan
- Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya
- Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap
Kandungan Dalam Rancangan Perniagaan
Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah seperti berikut:
1. Jadual kandungan
Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.
2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis
Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan.
3. Pengenalan
Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis, Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan.
4. Tujuan Penyediaan RP
Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain?
5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan?
6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham
Butir butir pemilik dan pemegang saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.
7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi
Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan.
8. Rancangan & Strategi Pemasaran
Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).
Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat - adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?
9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan?
Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat?
10. Rancangan Kewangan
Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.
Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis).
Anda juga boleh memuat turun contoh Rancangan Perniagaan di sini.
Entry Lain Yang Menarik:
- Pinjaman Perniagaan MARA - Soalan Lazim
- Skim PROSPER Siswazah dari PUNB
- Pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) oleh MPEB
- Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes (Buku)
- Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
Comments
100 Responses to “Rancangan Perniagaan - Pengenalan dan Panduan Menulis Rancangan Perniagaan”
Leave a Reply




Thanks…It had been a lot of help for my Kemahiran Hidup project~
[Balas Komen Ini]
can i get a complete ‘RP’ for my references to do my own ‘RP’.
tq
[Balas Komen Ini]
HI..SECARA UMUMNYA SAYA MEMAHAMI APA ITU RANCANGAN PERNIAGAAN.BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN CONTOH RP YANG LENGKAP UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN TERUTAMA UNTUK BAHAGIAN RANCANGAN KEWANGAN DAN JUGA RAMALAN JUALAN.TQ
[Balas Komen Ini]
Muhammad Ridhwan Bin Paralan reply on May 1st, 2009 3:58 am:
HI..SECARA UMUMNYA SAYA MEMAHAMI APA ITU RANCANGAN PERNIAGAAN.BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN CONTOH RP YANG LENGKAP UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN TERUTAMA UNTUK BAHAGIAN RANCANGAN KEWANGAN DAN JUGA RAMALAN JUALAN.TQ
[Balas Komen Ini]
saya memerlukan RP untuk rujukan bagaimana untuk memulakan perniagaan siber kafe.
harap dapat membantu.
terima kasih
[Balas Komen Ini]
saya tak tau nk wt rp pe?
[Balas Komen Ini]
salam..sy prlukan RP penuh untuk siapkan kerja kursus tingkatan 5 saya..penting ni..markah untuk SPM
tpi sy tak berapa jelas ttg perjalanan sesebuah syarikat..mntak tolong
saper ader contoh RP yg lengkap??
[Balas Komen Ini]
Saya memerlukan apa2 contoh Rancangan Perniagaan (RP)yang lengkap. Jika ada yang bermurah hati dan sudi membantu, sila emailkan kepada saya ke am_gp2221@yahoo.com.
Sekian terima kasih.
[Balas Komen Ini]
assalammualaikum………..boleh tolong lampirkan contoh rancangan operasi perniagaan yang lengkap dengan segera untuk dijadikan rujukan?
[Balas Komen Ini]
assalammualaikum………..boleh tolong lampirkan contoh rancangan operasi perniagaan yang lengkap dengan segera untuk dijadikan rujukan?
Hantar ke mohdashraf_arif@yahoo.com.my
[Balas Komen Ini]
saya nak contoh rancangan perniagaan untuk membuka sebuah panggung wayang…saya memerlukan maklumat untuk tugasan saya di kampus
[Balas Komen Ini]
Assalamuhalaikum…….. boleh tolong tujukkan macammana mahu memulakan perniagaan butik pengantin di malaysia.Serta lampirkan tujuan r.p sesuatu perniagaan?
[Balas Komen Ini]
Saya merasakan anda patut membuka perniagaan tentang perkhidmatan teksi ataupun perkhidmatan penghantaran surat. Itu jarang dilakukan oleh golongan bumiputera. Malah, anda boleh mencuba mengenai tentang pembukaan syarikat memandu.
[Balas Komen Ini]
Assalamuhalaikum………… boleh tujukkan contoh rancangan perniagaan untuk membuka perniagaan bakery.Ini penting untuk SPM!
[Balas Komen Ini]
assalamualaikum..saya memerlukan contoh rancangan perniagaan yang simple untuk membuka butik pakaian ibu mengandung..harap dapat membantu,terima kasih.
[Balas Komen Ini]
sy just nak contoh rp for butik pengantin.. hope dapat membantu
[Balas Komen Ini]
salam…
sy m’merlukan contoh rp utk projek akhir sy…
perniagaan lintah…
harap dapat membantu…
[Balas Komen Ini]
ms. zura reply on April 18th, 2009 3:01 am:
ble tlg email kat sy ttg penternakan lintah utk rancangan pniagaan pengajian keushwnn sy?
[Balas Komen Ini]
saye nk minta contoh rancangan perniagaan katering..sesiapa yg ade boleh tolong x??huhu..saye kne uat tok keje kusus form5 a..ni emel saye.. (nrl_tqh@yahoo.com)
tolong ye..
[Balas Komen Ini]
Saya memerlukan contoh RP bagi sektor pertanian. Bantuan anda amatlah diperlukan dan dihargai.
[Balas Komen Ini]
Saya memerlukan contoh RP untuk buat “contract manufacturing” dan juga RP untuk supply mechine.Diharap ada sesiapa yg dapat membantu
[Balas Komen Ini]
sy memerlukan rp untuk perniagaan sy..kdi makan hrp ada yang sudi membantu…tlg email sy k angle_eyna@yahoo.com
[Balas Komen Ini]
Saya memerlukan contoh RP bagi sektor pakaian dan tekstil Bantuan anda amatlah diperlukan dan dihargai.
[Balas Komen Ini]
rujuk website http://www.onlinebisnes.com under Service and Consultation
[Balas Komen Ini]
SAYA MEMERLUKAN CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN BAGI CYBER CAFE, HARAP ADA YANG SUDI MEMBANTU. INI PENTING UNTUK SPM. TOLONG EMAIL SAYA DI amir 5295 @ gmail.com.
[Balas Komen Ini]
askum…
sy memerlukan contoh rancangan perniagaan yg lengkap…
jenis perkhidmatan restoran atau cyber cafe..
klu leh,nk scpt yg mungkin…
ini utk RP kerja kursus tingkatan lima…
SPM nyer lorh…
spe2 yg study kt sek teknik,yg amek kursus yg sme sila contact sy melalui email ni : yoshifumi_ichijo@yahoo.com
[Balas Komen Ini]
Assalammualaikum……..saya memerlukan contoh RP lengkap untuk membuka perniagaan dalam bidang jahitan langsir dan hiasan dalaman Semoga ada yang sudi membantu
T.Kasih
[Balas Komen Ini]
assalammualaikum
saya memerlukan contoh RP lengkap untuk membuka perniagaan kek dan roti.tq
[Balas Komen Ini]
askum……….
saya memerlukan contoh profile syarikat…tq
[Balas Komen Ini]
salam..
cmne nk wat rp pusat tuisyen…
bleh bg cnth x..?
sesape ada informasi bout dis rp..
email me ya..
aira_syir22@yahoo.com
tq..
[Balas Komen Ini]
to shima… saya juga memerlukan rp utk membuka sebuah butik pakaian. saya berminat utk membuka butik utk m size ke xxxL size. sekiranya anda telah mempunyai rp..bolehkah saya menjadikannya sebagai bahan rujukan? saya amat memerlukannya sekarang. dan kepada sesiapa yg boleh membantu saya… beatriz_snb@yahoo.com.
[Balas Komen Ini]
ada sesiapa boleh tolong bantu saya utk memberi contoh RP..atau ada boleh tolong bagi idea utk saya membuat RP utk ternakan ikan ketutu..?harap ade yg membantu ..email saya nadia@djuly.com
[Balas Komen Ini]
Assalammualaikum……..saya memerlukan contoh RP lengkap untuk membuka perniagaan Butik Batik dan tekstil. Semoga ada kawan2 disana yang mempunyai RP yang lengkap dan pengalaman yang boleh membantu saya.
T.Kasih
[Balas Komen Ini]
Assalammualaikum……..saya memerlukan contoh RP lengkap untuk membuka perniagaan Butik Batik dan tekstil. Semoga ada kawan2 disana yang mempunyai RP yang lengkap dan pengalaman yang boleh membantu saya. email saya nur_aishah04@yahoo.com
T.Kasih
[Balas Komen Ini]
rancangan perniagaan yang saya pelajari di smtkk amatlah berkesan tetapi saya tidak tahu bagaimanakah kunci kira kira yang perlu saya lakukan
[Balas Komen Ini]
boleh tak bagi saya contoh rancangan perniagaan membuka pusat tuisyen. saya ni student engineering
so saya tak tahu macam mana nak buat RP ni. saya memang wajib ambik usahawan ni. pleezzz..
[Balas Komen Ini]
salam..
boleh tak bagi saya contoh rancangan perniagaan dalam perkhidmatan..
saye mahu dalam minggu ni..
[Balas Komen Ini]
alo leh minta tolong bgi contoh rp utk buka kdai bakery? borang2 apa yg dperlukan n maklumat2 lain yg dperlukan plzzzz… penting glar utk keja kusus bakery….>_
[Balas Komen Ini]
amir ko amik course bakery n conf. gak ke? help aku wat rp bakery eh! plzzzz! >_
[Balas Komen Ini]
tolong tolong fye91@msn.com cikgu nak rp pas cuti nih! klu x im dead X-/
[Balas Komen Ini]
SAYA NK TAU RP PASAL PERKHIDMATAN..KALAU LEH PASAL CYBER CAFE OR PELANCONGAN
[Balas Komen Ini]
Hey Baizura
Boutique biz too competitive. Have u got fashion knowledge? If not do not throw your money. Better off working for people.U must be young n think this biz is money making. Forget it.
[Balas Komen Ini]
saya tgh pening nk prepare assg tentang usahawan techno ni so haraplah sesiapa yang ada contoh rancangan perniagaan yang bersesuai hrp dpt email saya reza_rees@yahoo.com. Harap sgt ye tq
[Balas Komen Ini]
hye! i’ve read bout all the comments. many of u wanted the exact example for the RP? then mail me icy_lemon91@yahoo.com.
btw,i also being restless thing bout this RP.(spm!!) so anyone who’s doing for travel agency plezzzz share some info with me and i’ll share mine as well. thx!
[Balas Komen Ini]
alooo… i need proposal utk buka restauran. need ur help frend..
[Balas Komen Ini]
hai there.. plz, i really need pr yg proper utk buka bisnes restauran ni. care to msg me miss_right143@yahoo.com
[Balas Komen Ini]
sy berminat dlm perniagaan..dan belum pernah terjun ke bidang ini.boleh bntu sy dlm RP ni.sy seorg pelajar.
[Balas Komen Ini]
saya tgh pening nk prepare assg tentang usahawan techno ni so haraplah sesiapa yang ada contoh rancangan perniagaan yang bersesuai (saya nak buat perniagaan siber cafe) tuan puan bleh bagi contoh tak.Harapa dapat membantu..Email saya cuipieda@yahoo.com
[Balas Komen Ini]
asalammualaikum.
bagaimana blh membantu untuk saya memulakan RP pusat tuisyen bermula dirumah. Saya memerlukan cth RP bagi menguruskan bajet pembelian keperluan kelengkapan tuisyen dirumah. Taget bagi permulaan adalah untuk pelajar UPSR.
Saya berharap ada yang membantu bagi menjayakan visi dan misi saya. Blh email kepada saya riz20_04@yahoo.com. Terima kasih. Wassalam
[Balas Komen Ini]
asskum…hai…sy pun nak kongsi rp ngn awk..bleh?????????
[Balas Komen Ini]
haluu…ade x sape2 yg bleh bg cntoh rp pusat tuisyen??rncangan kewangan yg susah…pelzzz….tq
[Balas Komen Ini]
sy nak buka perniagaan automotif..bleh x sesiapa bantu sy nak sediakan RP untuk perniagaan ini..plzzz
[Balas Komen Ini]
assalamualaikum…
bleh bagi sy rancangan perniagaan untuk fotografi x?
penting GILER NI!!!!!!
kalau ader kirim kt email ni…
anamuslim_khai91@yahoo.com
[Balas Komen Ini]
rancangan perniagaan untuk fotografi yang lengkap….
[Balas Komen Ini]
assalamualaikum..
saya tengah pening…bagaimanakah cara untuk membuat kunci kira-kira untuk butik pakaian…
[Balas Komen Ini]
dpt tak RP yg u minta? kalau dpt forward kat sy. tq
[Balas Komen Ini]
hai…help me…utk wat rp untk spm this year..
saya memahami format yang diberi tetapi sy tak tahu nak wat cam ner..
tolong saya utk siapkan rp tyntg katering…plezzzz
[Balas Komen Ini]
Saya perlu kan bantuan anda….boleh x beri lengakr RP untuk buka butik pengantin…..
[Balas Komen Ini]
bagaimana cara menyediakan RP. sa nak rancang berniaga jual pakaian and cosmetic
[Balas Komen Ini]
sy dh tau srba sedikit pasl RP…tp bley x bg sy cth RP terutama sekali sy nk tau psl modal (secara kasar)…sy nk rancang bisnes yg tawarkan perkhidmatan spt landskaping/interior or cabinet???? tolong la bantu sy..sy perlu siapkan assignment..bantu sy dpatkan RE…PENTING!!!! help me….plzzz
[Balas Komen Ini]
semekom boy awak dh dapat tk rp untuk perniagaan automotive? bole kongsi dengan sy tk
[Balas Komen Ini]
Sy ada sediakan perkhidmatan RP utk peniaga.
Jika berminat, boleh email pd saya.
[Balas Komen Ini]
Sy ada sediakan perkhidmatan RP utk peniaga.
Jika berminat, boleh email pd saya.
aakaun@yahoo.com.
TQ
[Balas Komen Ini]
Saya memerlukan RP untuk rujukan bagaimana untuk memulakan perniagaan Perternakan lembu pedaging.
harap dapat membantu.
terima kasih
[Balas Komen Ini]
sya perlukan bantuan untuk rujukan contoh RP untuk memulakan perniagaan bagi pengedar kek lapis sarawak…kalau ada yg dapat membantu sila emailkan kpd sy…TQ..
[Balas Komen Ini]
saya ingin menceburi bidang perniagaan perancang perniagaan, boleh tak tolong bagi contoh RP perniaagaan ini dalam bahasa inglish, saya tdk ada pendidikan dan kemahiran dlm perniagaan
[Balas Komen Ini]
sy seorang student…memerlukan bahan2 untuk membuat RP bg perniagaan busana muslim…sy berharap sangat maklumat yang diberikan dapat membantu asimnt sy…
[Balas Komen Ini]
assalamualaikum, saya memerlukan CONTOH proposal membuka SPA
[Balas Komen Ini]
saya ingin mencari maklumat tentang bantuan pinjaman untuk penternakan
[Balas Komen Ini]
bagaimana cara2 proposal utk penternakan
[Balas Komen Ini]
saya nak buat pinjaman perniagaan nak besarkan kedai dan tambah barang
[Balas Komen Ini]
Assalammualaikum……..saya memerlukan contoh RP lengkap untuk membuka perniagaan dalam bidang cyber cafe,salun or kedai aksesori.. boleh send kat email..yatpurple_87@yahoo.com .Semoga ada yang sudi membantu..
T.Kasih sgt2..
[Balas Komen Ini]
assalamualaikum..trima kasih atas panduan yg telah diberikan..ini banyak membantu sy dalam menyelesaikan assagment sy untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri.
[Balas Komen Ini]
biebie reply on September 22nd, 2008 4:42 am:
salam…
shikin..
boleh saya tahu jenis syarikat ape yang awak pilih?
[Balas Komen Ini]
saya mohon bantuan bagi mendapatkan contoh lengkap rancangan perniagaan untuk butik pakaian muslimah.
berapakah modal yang diperlukan untuk membuka perniagaan tersebut dan dimanakah tempat yang sesuai untuk mendapatkan bekalan pakaian yang menepati fesyen terkini dengan harga yang berpatutan? sesiapa yang boleh bantu..tolong email kan ke eastech.srvs@gmail.com
[Balas Komen Ini]
Askum,saya memerlukan contoh RP bagi taska dan SPA.Segala bantuan amat dihargai…
[Balas Komen Ini]
Askum….saya memerlukan cotnoh RP yang lengkap sebagai rujukan saya untuk Kedai Gunting Rambut. Terima Kasih diatas kerjasama yang diberikan.
[Balas Komen Ini]
tis page is really2 help me… but i need an example of rancangan perniagaan…untuk memudahkan saya menyiapkan kertas kerja saya dalam rancangan perniagaan… tq
[Balas Komen Ini]
apakah yang dimaksudkan dengan lokasi dalam rp
[Balas Komen Ini]
selamat sejahtera, saya ingin memulakan perniagaan sarang burung dan saya ingin meminta bantuan untuk mendapatkan contoh rancangan perniagaan yang berkait rapat dengan industri ini. terima kasih..
[Balas Komen Ini]
hello…sy b’hasrat utk membuat ‘penternakan ayam’…Sy berharap pihak tuan dpt memberikan contoh utk membuat RP …terima kasih.
[Balas Komen Ini]
saya sudah mengasuh sudah sepuluh tahun,sekarang saya bercadang membuka taska,bagaimana menulis kertas kerja secara terperinci.
[Balas Komen Ini]
Assalamualaikum…saya memerlukan rp bagi perladangan sawit,kuari dan pasir utk rujukan.Serta bagaimana untuk membuat Profil Syarikat juga utk rujukan.terima kasih
[Balas Komen Ini]
selamat sejahtera,saya perlu bantuan kamu,bagaimana mendapatkan rancangan perniagaan yang berkait rapat tentang aksesori kenderaan.Terima Kasih.
[Balas Komen Ini]
thanks a lot,contoh RP ni dpt membantu sya bg menyiapkan tugasan sya………sya hendak membuat RP bg syarikat konsultan
[Balas Komen Ini]
Askum….saya memerlukan contoh profile company yang lengkap sebagai rujukan saya untuk buka perniagaan penyejukbekuan & penyaman udara. Terima Kasih diatas kerjasama yang diberikan.
[Balas Komen Ini]
salam sejahtera, adik saya nk buat perniagaan servis air-cond. tapi x tahu macam mana nk buat profile companya. saya harap en/puan dapat membantu untuk mendapatkan contoh profile syarikat yang berkaitan. terima kasih
[Balas Komen Ini]
Assalamualaikum…
terutama utk semua anak melayu yg semakin hari semakin ramai yg berminat tuk menjalankan perniagaan sendiri. Tdk terkecuali diri saya.
Memandangkan zaman ekonomi yg xmenentu, inisiatif inilah yg terbaik utk kita mulakan iaitu dgn bisness. Permasalahannya, bisnes apa? di mana? prospek ki mcm mn? kewangan? Inilah antr persoalan yg sering berlegar-legar dlm fikiran trmsk dr saya,
smg ada insan yg sudi membantu kami2yg dahagakan peluang tuk memulakan perniagaan tuk memajukan diri kearah masa depan yg cerah. Terimakasih.
[Balas Komen Ini]
Assalamualaikum.
Boleh x saya dapatkan contoh “Rancangan perniagaan”? TQ.
[Balas Komen Ini]
Salam buat semua, saya ingin tahu bagaimana untuk memualakan sesuatu perusahaan makanan dan saya ingin mendapatkan pertolongan contoh perniagaan dan bantuan pinjaman yang berkaitan dalam industri ini. Thanks
[Balas Komen Ini]
boleh tak bagi saya contoh proposal untuk saya jadi kan contoh..
[Balas Komen Ini]
assalammualaikum,,
boleh lampirkan contoh rancangan perniagaan butik pengantin (aserikah@yahoo.com)
nak buat tugasan untuk pelajar tahun akhir UMS
terima kasih untuk perhatian anda
[Balas Komen Ini]
saya daripada politeknik perlukan rp untuk tugasan saya tapi saya kurang faham utk membuat rp..bagamna?
[Balas Komen Ini]
assalamualaikum..
tolong bg sy contoh2 rancangan perniagaan syarikat sendirian berhad (syarikat sdn.bhd
[Balas Komen Ini]
salam..saya perlukan contoh rp yang berkaitan dengan perternakan ikan belut..hope bagi kerjasama..penting untuk spm..thanx..
[Balas Komen Ini]
salam…
tolong bagi contoh-contoh untuk buat kertas kerja bagi perniagaan siber cafe…!!!
salam…………..
[Balas Komen Ini]
SAYA NAK TAW CAM MANA NK START PERNIAGAAN PENGANTIN?SALAM
[Balas Komen Ini]
Asalamulaikum…..
saya memerlukan RP untuk rujukan bagaimana untuk memulakan perniagaan Bistro atau resturant santai.
harap dapat membantu.
terima kasih.
[Balas Komen Ini]
Saya tgh pening nak wat RP pasal kerja kumpulan tajuknya perkhidmatan syarikat pengangkutan bas/kereta sewa..Harap kalian sudi membantu saya..
[Balas Komen Ini]
Boleh saya dapatkan contoh profail syarikat bagi syarikat pengangkutan TKasih
[Balas Komen Ini]