Puspakom Pecat 23 Kakitangan
Puspakom mengambil keputusan untuk memecat 23 kakitangan mereka yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 23 mereka adalah daripada 50 kakitangan yang ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
BPR telah mengambil langkah menahan sekumpulan kakitangan Puspakom apabila menerima aduan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan pemeriksaan kenderaan tanpa melalui saluran dan proses yang telah ditetapkan oleh syarikat. Siasatan BPR juga mendapati ada diantara mereka yang memberikan kelulusan kenderaan tanpa kehadiran kenderaan itu ditempat pemeriksaan. Kelulusan dibuat setelah pegawai dan kakitangan tersebut menerima imbuhan rasuah daripada pemohon.
Sebanyak 11 kenderaan komersial yang telah diluluskan oleh Puspakom telah ditarik semula kerana didapati gagal mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Ada diantara kenderaan tersebut juga yang terdiri daripada kenderaa ‘potong’ dimana bahagian 2 kenderaan berbeza yang telah dicantumkan.
Puspakom ditubuhkan pada tahun 1994 untuk mengambil alih tugas JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dalam melakukan kerja kerja pemeriksaan terhadap kenderaan komersial dan persendirian sebelum meluluskannya untuk digunakan di jalan raya. Sehubungan dengan bukti penemuan penyalahgunaankuasa, ramai pihak kini mahukan dominasi dan monopoli Puspakom dihentikan dan hak pemeriksaan diberi kepada badan atau syarikat lain.
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
Leave a Reply



