Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, MEDEC atau Malaysian Entrepreneurship Development Center ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1975 dengan tujuan utama melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera di Malaysia. Secara khususnya, ia diwujudkan untuk membentuk pelan rancangan dan program keusahawan seperti latihan, kajian dan konsultansi.
Kini, MEDEC telah berkembang sebagai sebuah badan yang menjadi pusat latihan keusahawan dan pendidikan di Malaysia. MEDEC juga dalam usaha mengembangkan lagi sayap peranannya untuk membentuk kursus dan latihan untuk para graduan di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran. Falsafah utama MEDEC adalah kepercayaan kepada kebolehan untuk melahirkan para usahawan melalui pendidikan dan latihan yang kukuh dari segi ilmu, kemahiran dan motivasi. MEDEC bergabung tenaga dengan badan badan berkanun kerajaan yang lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Bank dan sebagainya dalam usaha untuk memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan.
Objektif utama penubuhan MEDEC:
- Mendidik bakal usahawan dan menjadikan keusahawanan melalui pembelajaran dan latihan
- Melahirkan usahawan yang berilmu serta berkempampuan untuk bersaing di peringkat tempatan dan juga global (antara bangsa)
- Membantu usahawan membentuk perniagaan dan syarikat yang mantap serta mampu memperkembangkan lagi perniagaan mereka?
Antara strategi yang diatur untuk membentuk dan melahirkan usahawan adalah seperti berikut:
- Menerapkan nilai nilai keusahawanan di kalangan pelajar dalam usaha untuk membentuk usahawan berilmu dan lengkap dengan kemahiran teknologi terkini menerusi program program akademik dan latihan
- Mempertingkatkan kebolehan dan daya saing usahawan/bakal usahawan menerusi program pembangunan usahawan
- Membantu usahawan usahawan baru membina perniagaan yang baru, serta memperkembangkannya menerusi khidmat nasihat konsultansi yang berterusan
MEDEC boleh dihubungi menerusi maklumat perhubugan seperti berikut:
Malaysian Entrepreneurship Development Centre (MEDEC)
Block 13, Intekma Resort and Convention Centre UiTM
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor
By phone: 03-55153275/76/78/80/81
By fax: 03-55153284
By e-mail: medec@salam.edu.uitm.my, info@medec.com.my
Website: http://www.medec.com.my
Comments

20 Responses to “Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)”
Leave a Reply




sayer seorang bekas pelajar uitm (diploma elektrik). Saya bercadang nak berniaga..bolehkan medec membantu saya?..bagaimana?
Apakah program dicadangkan untuk bakal pesara?
saya lepasan ijazah ingin memulakan perniagaan.apakah program yang patut saya ikuti untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai usahawan dari peringkat awal dan seterusnya.
saya meminati bidang perniagaan tetapi modal dan tempat membuatkan saya terhenti hendak meneruskan cita2 sebab saya berharap pihak kerajaan dapat membantu jika kita nak ikuti kursus pon tak cukup duit sebab semua kos yang dikendalikan oleh kerajaan semuanya kena bayar ini bukan nak ujudkan usahawan kata nak tolong melayu tunjukanlah jalan hingga berjaya dan lepas tu baru lepaskan sebagai ontoh bimbinglah anak melayu dari bawah bak pepatah melepaskan batok ditangga beri tapak dan tengok samada ia boleh maju ka tidak jika tak boleh berjaya tarik balik pinjaman jangan bagi pinjam banyak sangat apa lah sangat bantulah bangsa melayu
saya mempunyai diploma dalam bidang pengurusan perniagaan, telah bekerja selama 2 tahun dan sekarang telah menjadi surirumah sepenuh masa sambil mencari peluang perniagaan.saya mempunyai idea tersendiri untuk perniagaan saya tapi saya tidak mempunyai modal.buat masa ini saya ade menjual nasi lemak untuk mengumpul modal tapi nampaknya entah berapa lama lagi saya akan mencapai impian saya.adakah pihak tuan mempunyai cadangan?
saya begitu berminat untuk menceburi bidang perniagaan. minat saya lebih kepada ingin membuka sebuah butik pakaian. bolehkah MEDEC membantu saya dari segi rancangan perniagaan dan ‘step’ yg perlu saya lakukan untuk memulakan pernigaan ini…?
Salam hormat, saya membuat penternakan ikan keli kolam secara komersil dan berhasrat menembusi pasaran luar negara terutama Dubai, Korea dan Jepun. Apakah pihak MEDEC dapat membantu dan memberi khidmat nasihat khususnya yang berkaitan dengan prosedur, dokumentasi, potensi pasaran, pembeli dan sebagainya. Harap sudi bantuk anak Melayu yang baru nak bangkit ini.
asaalamualaikum,
saya masih bekerja dan bercadang utk menceburi dalam bidang perniagaan. saya bercadang utk membuka bakeri. saya ingin tahu prosedur memohon, peratus mendapat kelulusan dan cara pembayaran balik. kerana saya ingin memastikan saya dapat membuat budget dan membayar semula jika pinjaman saya lulus.
assalammualaikum,
saya berumur 24 tahun baru berhenti kerja sbg manager di sebuah syarikat, saya mempunyai hasrat nak ceburkan diri dalam penternakan ikan keli secara komersil secepat mungkin, saya ada tanah 1 ekar dan serius untuk belajar tentang perniagaan ini.. apakah pihak MEDEC dapat membantu dan memberi khidmat dari segi kursus, pinjaman, pasaran, dsbnya? terima kasih..
Bagaimana saya boleh mendapati instrument ujian profail usahawan?
Dalam penternakan ikan keli ni kena tengok jugak tempat penternakannya. Kalau tapak tempat penternakan di bandar dan kene bayar sewa… memang susah nak dikormesialkan sebab masalah kos yang tinggi dan terhad.
assalamualaikum….
saya adalah bekas pelajar uitm s.a tahun 2005.sekarang saya sudah bekerja dan mengajar subjek keusahawanan.memandangkan saya masih baru dlm pembelajaran ini,maka saya tiada sumber rujukan yang terbaik unk mengajar.bagaimanakah utk saya mendapatkan sumber rujukan keusahawanan drp medec kerana koperasi uitm yang terdekat dengan kwsan saya ini tidak mempunyai buku tersebut.
orang yang berjaya ialah orang yang pandai ambil peluang…..
Saya mahu memulakan perniagaan ikan keli memandangkan saya akan tamat belajar di UiTM(Ijazah Perakaunan)akhir Apr 2009 ini. Saya memerlukan suntikan modal tambahan bagi membantu melipatgandakan pengaluaran.
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan pembiayaan dan dimana rujukan yang boleh saya buat?
Hijrah Wealth Management Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh BMI (Bumiputera Melayu Islam. Hijrah merupakan peneraju bidang perancangan kewangan Islam. Hijrah telah dilantik oleh MARA sebagai mentor bagi melatih dan membangunkan usahawan dalam bidang perkhidmatan iaitu perundingan kewangan Islam. Graduan UiTM adalah digalakkan menceburi bidang baru ini. MARA akan membiayai kos latihan dan elauan sara hidup selama 6 bulan (RM500 sebulan). bagi siapa yang berminah sila hubungi saya ditalian 019-3830308 atau pejabat 0342517745.
Selamat Pagi,..
Saya merupakan bekas pelajar pengajian jarak jauh (PJJ) UPM,saya telah tamat pengajian pada tahun 2004,..masalahnya saya tak dapat mengambil degree tersebut disebabkan yuran pengajian belum dilunaskan sepenuhnya,.terdapat tak pihak MEDEC menyediakan pinjaman untuk membiayai yuran pengajian seperti itu? diharap pihak MEDEC dapat membantu saya dalam hal ini,.. terimakasih.
assalamualaikum & selamat sejahtera…
saya ingin memulakan perniagaan pertanian tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menguruskannya.saya ingin tahu dari mana saya boleh dapatkan maklumat terperinci tentang pertanian seperti butiran tentang jagung manis,limau purut, limau kasturi dan limau nipis untuk kertas kerja saya…Saya berharap pihak tuan/puan dapat membantu saya dalam hal ini…Terima kasih..
saya bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya pada suatu ketika dahulu saya pernah menjadi student uitm dalam jurusan diploma perniagaan tetapi saya tidak sempat menghabiskan pelajaran saya atas kerana banyak tangungan.sekarang saya bekerja sebagai salah seorang kakitangan kerajaan.kerana minat terlalu mendalam dalam perniagaan saya ingin mempelajarinya semula…adakah pihak tuan ada menyediakan latihan atau motivasi mengenai perniagaan.saya bercadang ingin membuka kedai makan….
Salam,
Tahniah kerana puan berusaha untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan. Itulah hakikatnya usahawan. Jika tak ada pihak bantu kita, kita sendiri kena mula langkah menolong diri sendiri. Teruskan usaha dan jangan putus asa. didoakan usaha puan beroleh kejayaan.
sy siswi uitm.. sy berminat menceburi bidang perniagaan. bagaimana cara2 untuk mendaftar dgn medec??