Puasa: Terengganu Balik Awal Setengah Jam

September 3, 2008 · Kategori: Berita 

Kakitangan awam kerajaan Terengganu dibenarkan pulang dari pejabat setengah jam daripada biasa sewaktu bulan puasa Ramadan 2008. Kelonggaran setengah jam itu diberikan untuk memberi peluang kepada kakitangan pejabat untuk pulang berehat serta memulakan persiapan untuk berbuka puasa, terutamanya golongan pekerja wanita.

Sehubungan dengan itu juga, waktu rehat makan tengahari yang kelazimannya diberi selama satu jam juga telah dipendekkan selama setengah jam. Keputusan tersebut adalah selaras dengan praktis yang diamalkan sejak setahun lepas menerusi pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Langkah tersebut juga diharapkan boleh membantu masalah kesesakan lalu lintas yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini menghantui mereka yang terutamanya bekerja di tengah tengah bandar. Kedudukan Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan yang dekat antara satu sama lain serta di pusat pentadbiran di pusat bandar menyebabkan masalah kesesakan ini berlaku.

Terengganu mengambil pendekatan yang berbeza daripada Kedah, yang memberi kelonggaran masa secara fleksibel kepada kakitangannya. Mereka yang bekerja untuk kerajaan negeri Kedah boleh memilih untuk balik awal atau tidak mengambil rehat tengahari, berdasarkan kepada persetujuan dengan ketua bahagian atau ketua jabatan masing masing.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

Leave a Reply