Puasa 2008 Dijangka 1 September
Bulan Ramadan, yang juga bulan berpuasa untuk umat Islam, dijangka bermula pada 1 September 2008, kira kira seminggu dari sekarang. Walaubagaimanapun, ia masih tertakluk kepada pengisytiharan rasmi yang bakal diumukan pada 30 atau 31 Ogos ini.
Sehubungan dengan itu, jadual rasmi berbuka puasa untuk tahun 2008 masih belum lagi dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaubagaimanpun, mereka yang ingin mengetahui jadual waktu sembahyang untuk sepanjang tempoh September dan Oktober boleh melihatnya menerusi laman web www.e-solat.gov.my yang mampu memberi waktu yang tepat berdasarkan lokaliti masing masing.
1 Syawal, atau Hari Raya Puasa pula dijangka akan berlaku pada 1 Oktober 2008.
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
Leave a Reply



