PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)
PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah ditubuhkan pada tahun 1997 untuk secara fokusnya memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
PTPTN juga berfungsi untuk mentadbir pembayaran semula pembiayaan dan pinjaman pelajaran. Kemudahan pinjaman PTPTN memberi ruang subsidi kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk menaja sendiri yuran peperiksaan serta kos sara hidup di IPT.
Syarat Syarat Pinjaman
Untuk membolehkan anda layak menerima pinjaman dari tabung PTPTN, syarat syarat di bawah hendaklah dipenuhi:
- Warganegara Malaysia
- Merupakan pelajar sepenuh masa peringkat Ijazah dan Diploma
- Tidak mempunyai penganjur serta tidak menerima pembiayaan dari institusi lain
- Pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Pra dan Matrikulasi tidak layak memohon
Bagaimana Memohon?
Mulai 15 Jun 2007, PTPTN akan melaksanakan kaedah permohonan pinjaman online bagi menggantikan permohonan menggunakan Borang OMR untuk semua pelajar bagi peringkat pengajian berikut:
- Diploma di IPTA, IPTS dan Politeknik
- Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS
- Ijazah Sarjana, Ph.D dan Profesional di IPTA
- Kursus Separuh Masa, Jarak Jauh dan seumpamanya di IPTA
Permohonan pinjaman boleh dilakukan dengan melayari laman web e-Pinjaman PTPTN
Pinjaman Kedua
Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian yang terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pinjaman kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah hutang terdahulu diselesaikan.
Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian yang terdahulu boleh memohon pinjaman untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan.
Pertimbangan bagi pinjaman kedua akan dibuat sekiranya peruntukan mencukupi.
Bayaran Balik Pinjaman
Tempoh pembayaran balik pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:
- RM10,000 dan ke bawah – 60 bulan
- RM10,001 hingga RM22,000 – 120 bulan
- RM22,001 hingga RM50,000 – 180 bulan
- RM50,001 ke atas – 240 bulan
Sebelum Disember 2003, penerima pinjaman perlu membayar kos pentadbiran sebanyak 4% setahun tetapi bermula Januari 2004 kos pentadbiran diturunkan kepada 3%. Kos ini akan dikira setelah 6 bulan tamatnya pengajian pelajar yang menerima tajaan. Bagi yang inginkan penangguhan pembayaran kepada PTPTN, penangguhan boleh dipertimbangkan kepada mereka yang gagal dalam mendapatkan pekerjaan dengan menulis surat rasmi kepada PTPTN. Walaubagaimanapun, dalam proses penangguhan ini, kos pentadbiran akan berjalan seperti biasa.
Pengecualian Pembayaran Semula
Pengecualian daripada membayar balik pinjaman hanya boleh dipertimbangkan kepada peminjam yang mendapat kelulusan Kelas Pertama Peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kelulusan pinjaman sebelum 1 Julai 2005 SAHAJA dengan mengemukakan permohonan rasmi ke PTPTN.
Untuk membolehkan surat pelepasan bayaran balik dikeluarkan, pelajar-pelajar berkaitan dikehendaki mengemukakan kepada PTPTN dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA atau IPTS masing-masing :
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester pengajian
- Salinan Ijazah Kepujian Kelas Pertama atau surat yang mengesahkan pencapaian pelajar adalah setaraf dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama.
One Stop Center
PTPTN telah membuka One Stop Center di alamat Unit 1 & 2A, 2B,, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur. Kemudahan perkhidmatan kaunter berpusat yang disediakan kepada pelanggan di KL Sentral adalah:-
- Pertanyaan dan Aduan
- Rundingcara
- Bayaran balik pinjaman
- Pembukaan akaun SSPN
- Penambahan deposit SSPN
- Kemudahan capaian internet bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan PTPTN.
Waktu operasi adalah setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Soalan?
Jika masih memerlukan rujukan terperinci berkenaan dengan pinjaman PTPTN boleh rujuk di laman web rasmi PTPTN atau hubungi
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
Lot G2, Tingkat Bawah
Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Hotline: 03-2092 7788
Comments
31 Responses to “PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)”
Leave a Reply




Saya ingin membayar balik pinjaman ptptn. Bolehkah saya mendapatkan cara untuk melakukan pembayaran selain dari pergi ke one stop centre, kl sentral?
Balas Komen Ini
susah betul nak bayar balik ptptn ni. nak bagi duitpun susah.
Balas Komen Ini
assalamualaikum
saya pelajar lepasan spm yang ingin memohon borang sspn. bagaimana cara untuk mendapatkannya?
Balas Komen Ini
kalau isi borang sspn n buka akaun di bank pertanian, nanti duit ptptn akn dimasukkan ke akaun bank pertanian tersebut atau sebaliknya? kesukaran mengeluarkan ptptn itu nanti akn timbul kerana bank pertanian, cawangannya tidak meluas.
Balas Komen Ini
kenapa pengecualian bayaran balik ptptn hanya setakat kepada mereka yang bergraduat sebelum 1 Julai 2005?Bolehkah dipertimbangkan lagi untuk tahun ini?
Balas Komen Ini
Laa….bayar balik kat pejabat pos boleh..CIMB bank boleh…e-channel boleh…apasal la nak susah-susah ke KL sentral….
Balas Komen Ini
saya ingin menbuat penanguhan pembayaran Pinjamam ptptn kerana ingin menyambung semula pengajian di kolej lain..bagaimana harus saya membuat penanguhan tersebut?
Balas Komen Ini
tolonglah sambungkan semula pengecualian bayaran balik. Bukan senang nak dapat kepujian kelas pertama. Takkan alasan status kewangan tak baik oleh ptptn boleh digunakan untuk tidak membantu pelajar cemerlang? Saya pinjam ptptn pun sebab tidak mampu dari segi kewangan. tolonglah bantu.
Balas Komen Ini
pembayaran ptptn boleh tak di jelaskan melalui potongan slip elaun/gaji setiap bulan? jika tidak.. boleh tak pembayaran di jelaskan melalui online? sebab sukar bagi saya untuk membayar pinjaman ini di bank sedangkan saya jauh dari bandar! dan hanya hujung minggu sahaja baru saya dapat keluar ke bandar.
Balas Komen Ini
erm..saya hendak mlnjutkan plajaran d uitm..diploma..hm pls sape2 tlg saye. permohona ptptn hanye bleh dwat melalui online sahaja? bolehkah dibuat semasa sudah masuk di uitm? saya belum memohon scara online krana takut brlaku kesilapan yg boleh menyebabkan saya tidak mdpt pinjaman.. pls some one help me..
Balas Komen Ini
hmm, saya juga menghadapi masalah yang sama seperti amy, akan mengikuti program diploma di UiTM. Oleh itu, saya memerlukan panduan kepada masalah ini.
Balas Komen Ini
salam,
saya nak tahu macam mana nak buka akaun sspn. saya tinggal di johor bahru. mana nak dapat borang pembukaan akaun? melalui bank tak boleh ke? kalau boleh bank apa?
Balas Komen Ini
salam..
saya sudah meneria wang pendahuluan daipada pihak ptptn sebanyak RM1500..saya sudah mendaftar untuk kali pertama di laman web ptptn dan membuat kata laluan..
masalah saya ialah saya belum lagi mengisi borang permohonan yang sepenuhnya secara online..
saya perlukan surat tawaran pinjaman, perjanjian pinjaman dan jaminan pinjaman yang perlu diperoleh dari laman ptptn untuk kmasukan ke uitm..
Balas Komen Ini
pegi mane2 bank, bsn atau cimb atau bank islam. minta kat bank tu borang sspn. isi , pas tu antar kat bank tu. jgn lupe senarai maklumat yg diorang nk( ade tulis kat borang tu). jgn lupe juga bawa duit tuk masukkan dlm akaun sspn. Bawa je RM50
Balas Komen Ini
saya ada masalah..permohonan saya sudah di terima tapi belum di luluskan la..esok saya sudah ingin melaporkan diri..
Balas Komen Ini
saya telah mendaftar masuk untuk pinjaman ptptn. tetapi apabila saya masuk balik ke ruangan borang ptptn itu,saya tidak berjaya masuk di ruangan itu padahal saya memasukkan no. ic dan kata laluan yang betul.jadi apa yang boleh saya buat untuk mengatasi masalah ini?
Balas Komen Ini
ina_kulai reply on July 11th, 2009 9:05 am:
em sy pun mglami mslh yg sm spti awk.so skg awak dh blh buat ke lom?
Balas Komen Ini
ehem2 amboi excited nk bayau erk cik noraino bt ahmad.
Balas Komen Ini
MACAM MANA NAK PINJAM LEBIH SEBAB PINJAMAN YANG DIBERI TAK CUKUP UNTUK SATU SEMESTER…PINJAMAN YANG DIBERI CUKUP-CUKUP UNTUK SATU SEMESTER SAJE????
kalau mtk pnjm lebih boleh tak?????
Balas Komen Ini
macam mana mau semak penyata kira-kira bagi peminjam Wang Pendahuluan Pinjaman? SAYA BETUL2 TIDAK TAHU…tolong bagitau cara untuk semak penyata kira-kira WPP
Balas Komen Ini
saya ialah peminjam ptptn pada tahun 2005, dan telah menghentikan pinjaman tersebut pada tahun 2006 kerana berpindah institut. dan saya ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan untuk menolong saya bagaimana saya boleh menyemak pinjaman saya dan bagaimana saya boleh membayar balik pinjaman tersebut.
Balas Komen Ini
saya ada masalah dengan epinjaman ptptn tu..tak tau kenapa tak dapat nak isi form seperti yang kawan-kawan cakap kan..hanya dapat mendaftar untuk pertama kali sahaja..
Balas Komen Ini
askum,masalah sy adalah seperti berikut:
1-sy dh buat dftr msuk kali pertma n borang permohonan mklumat diri tlh dipaparkan.tetapi mslh sy disini adlh sy xmpyai no tel umah,so sy terus kembali ke skrin login.pd keesokkan hr sya buat semula n pegi ke dftr msuk tp dia paparkan sila semak kad pglan n kata laluan padahal sgla mklmt semua adlah btl
2-sy buat lagi ke dftr msk kali pertama tapi dia ckap no.kad pgnlan anda tlh ddftrkn tp sy blm mgisi botang mklmt.dia soh msukkn no kd pgnlan yg lain
3-knp pihak ptptn xpnh nk mlyan sgla mslh kami bila kami cuba menalifon bertanyakan tntg mslah ni??????
4-sy cuba lagi tok klompok yg ke-2,tapi mklmt yg keluar dia soh sy bli no pin yg baru.no pin yg sy msuk kn wktu sy beli 2 tlh ddftrkan.pnglah…pls ada spe2 lh bantu tak?????/
Balas Komen Ini
saya menerima cek dr ptptn sbyk rm1500 yg perlu ditunaikan sblom 16.07.09. perlu ke saya tunaikan cek itu kalau saya tidak masuk ke universiti lagi tp saya sekarang sedang belajar d kolej matrikulasi?
Balas Komen Ini
saya mahu buat lanjutan pinjaman PTPTN lg 2 semester.ini kerana untuk menampung lagi 2 semester.di awal semester 1 saya memohon untuk 6 semester, dan proses permohonan saya dan kawan-kawan saya mengalami masalah yang berpunca daripada kolej saya.ketika saya semester 3 ramai kawan-kawan saya kena isi borang semula..tetapi saya dan yang lain termasuk dalam kategori rayuan.tidak perlu isi borang semula, hanya sign aggreement.kawan-kawan saya yang memohon untuk 6 semester dapat tepat 6 semester.tetapi saya hanya dapat 4 semester.lagi 2 semester saya terpaksa tanggung sendiri. hutang 2 semester itu RM100000 dan hutang asrama RM2500.bagaimana saya mahu selesaikan hutang saya sedangkan keluarga saya bekerja sendiri.saya berharap saya dapat membuat lanjutan pinjaman lagi 2 tahun.
Balas Komen Ini
saya telah memohon untuk pinjaman ptptn tetapi permohonan saya dibatalkan dan mengatakan saya menolak pinjaman ini sedangkan semasa memohon saya menerima..kenapa boleh jadi macam ni?? lepas tu saya tel ptptn dan saya dikehendaki untuk membuat surat rasmi dengan tajuk permohonana laluan khas sedangkan saya tak tau mcm mana bentuk surat itu..boleh sesiapa bantu saya??
Balas Komen Ini
saya telah membuat pinjaman ptptn bermula tahun 2006 dan tamat pada thn 2009.. bagaimana sy mahu membuat bayaran?? sedangkan kesemua dokumen pinjaman sy telah hilang.. n saya mahu menyambung pinjaman untuk melnjutkn pengajian bg kemasukn jan 2010…
Balas Komen Ini
boleh ke orang yang berpenyakit di kecualikan untuk membayar balik pinjaman PTPTN,
atau bayaran separuh..tolong..
Balas Komen Ini
bagaimana saya nak bayar balik pinjaman? bank mane yang saya boleh pergi untuk dibayar? ape nombor akaun bayaran balik?
Balas Komen Ini
saya tidak mampu bayar balik pinjaman lagi sebab belum bekerja,bagaimana saya mahu menangguhkan bayaran balik pinjaman tersebut?
Balas Komen Ini
adik angkat sy telah di buang dari ipta kerana telah dijatuhkan hukuman kerana disabit melakukan jenayah syariah iaitu berkhalwat.jika dia mahu menyambung belajar di ipts boleh tak membuat pinjaman ptpn balik
Balas Komen Ini