Politeknik Ungku Omar

August 15, 2007 · Kategori: Pendidikan 

Laterbelakang

Politeknik Ungku Omar (PUO) atau Politeknik Ipoh adalah antara institusi yang terkenal di kalangan politeknik yang ditubuhkan di Malaysia. Fokus akademik PUO tertumpu kepada bidang sains dan teknologi dan sehingga kini melahirkan ramai graduan yang berjaya menempatkan diri mereka dalam syarikat syarikat terkenal di seluruh negara termasuk Intel, Motorola, Flextronics, Dell dan sebagainya. Kedudukannya yang strategik iaitu di tengah tengah antara kawasan perindustrian di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menjadikannya sebagai tumpuan.

Nama PUO mengambil nama sempena nama Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmad yang bergiat dalam bidang penyelidikan dan perubatan. Politeknik Ungku Omar mempunyai 8 jabatan utama iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Perkapalan, Perdagangan, Teknologi Maklumat & Telekomunikasi, Matematik, Sains & Komputer dan Pengajian Am.

Kursus & Syarat Kemasukan.

Sebagaimana politeknik yang lain, Politeknik Ungku Omar menawarkan kursus Diploma dan Sijil. Antara kursus diploma dan sijil yang ditawarkan ialah:

  • Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
  • Kejuruteraan Awam
  • Ukur Tanah/Seni Bina
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Sains Juruteknik
  • Matematik
  • dan sebagainya.

Untuk melihat syarat syarat kemasukan (daripada lepasan SPM) serta memohon kemasukan ke politeknik, sila lawati laman Urusan Pengambilan Pelajar, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Laman ini bukan sahaja memberi maklumat syarat syarat kemasukan ke Politeknik Ungku Omar, tetapi ke politeknik lain di seluruh Malaysia.

PUO juga disokong Unit & Latihan Industri yang bertugas memastikan pelajar layak mendapat tempat untuk menjalankan latihan industry (internship). Latihan industri merupakan syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang pelajar lulus dalam kursus diploma dan sijil di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Latihan industri juga penting bagi tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang persekitaran dan keadaan sebenar alam pekerjaan sebelum mereka memasuki bidang pekerjaan sepenuh masa. Ia juga dijadikan medan terbaik untuk para pelajar mempraktikkan segala teori dan maklumat yang telah dipelajari di dalam kelas.

Lokasi, Peta, Laman Web dan Alamat

Klik di sini untuk peta Politeknik Ungku Omar dan Ipoh.
Klik di sini untuk laman web PUO.

PUO terletak di alamat:

Politeknik Ungku Omar Ipoh,
Jalan Raja Musa Mahadi,
31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan
Tel: 605-5457656/5457622/5457260. Fax: 605-5471162

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Pengambilan Graduan Untuk ATM
  2. Semakan Permohonan Matrikulasi 17 April
  3. Kerjaya Bersama UMK, Kelantan
  4. Kerjaya Bersama MBAS (Alor Setar), Kedah
  5. Peluang Kerjaya di RISDA

Comments

6 Responses to “Politeknik Ungku Omar”

  1. nazrol bin yusoh on November 20th, 2007 8:13 am

    boleh tak pihak puo senarai email staff semua jabatan

    Balas Komen Ini

  2. siti on March 31st, 2008 4:20 am

    mana bhgn latihan industri?

    Balas Komen Ini

  3. siti on March 31st, 2008 4:25 am
  4. azlyhani on September 11th, 2008 11:52 pm

    bagaimana untuk saya dapatkan silibus kursus DEE pada tahun 1997?

    Balas Komen Ini

  5. Jamaludin on March 11th, 2009 6:15 am

    Saya berharap pihak jabatan IT dan Multimedia dapat menyampaikan maklumat terkini tentang kedudukan terkini ketua jabatan, email address staff/pensyarah suapaya ianya dapat membantu ex-student politeknik mendapatkan maklumat dari jabatan masing-masing.

    Balas Komen Ini

  6. elly on August 18th, 2009 11:05 am

    salam….
    susah bagi ex-student puo untuk berinteraksi dengan pensyarah…
    x kn sudah habis belaja nak putus hubungan terus…
    at least nak tanya khabar pun senang…
    harap pihak puo dapat paparkan email pensyarah/staff puo….

    Balas Komen Ini

Leave a Reply