Pinjaman/Biasiswa Mara: Semakan & Pembayaran

August 30, 2007 · Kategori: Biasiswa 

Bagi mereka yang mendapat pinjaman dan biasiswa MARA (Majlis Amanah Rakyat), selain daripada penyata pinjaman yang dihantar oleh MARA menerusi pos, anda juga boleh menyemak baki pinjaman dan penyata secara online di laman web MARA. Kemudahan ini membolehkan pengguna menyemak baki Biasiswa, Pinjaman Pelajaran, Pinjaman Komputer serta penyata tahunan semasa secara cepat dan tepat.

Untuk peminjam dan penerima biasiswa yang kali pertama melawat laman MARA tersebut, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baru dengan memilih nama pengguna (username) dan kata kunci (password).

Selain daripada menyemak baki dan penyata, anda juga boleh membuat pembayaran balik secara online. Antara langkah pembayaran yang boleh digunakan untuk pembayaran pinjaman/biasiswa MARA ialah menerusi Maybank2u, BCB dan Bank Islam (BIMB). Kemudahan pembayaran online ini dinamakan MARA e-bayar. Malah e-bayar juga merangkumi bayaran sewa tapak niaga dan ruang kilang. Bayaran menerusi Maybank2u dan Bank Islam adalah RM1 manakala bayaran menerusi BCB adalah 50 sen sahaja.

Selain daripada pembayaran online, anda juga boleh membayar di kaunter BSN dan juga Bank Islam (BIMB) dengan mengisi slip pembayaran secara manual seperti proses deposit wang seperti biasa. Cara lain yang paling popular serta yang terawal diperkenalkan adalah kemudahan pembayaran menerusi kaunter Pos di cawangan cawangan utama di seluruh negara.

Kemudahan Mara e-bayar memberi peluang kepada penerima pinjaman MARA untuk membuat pembayaran dengan lebih mudah dan cepat. Untuk panduan mengenai semakan & pembayaran balik pinjaman sila lawati laman web rasmi MARA.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

52 Responses to “Pinjaman/Biasiswa Mara: Semakan & Pembayaran”

  1. ALFONSO GOMEZ on September 11th, 2007 8:13 pm

    skrg ni ramai yg bergaji tinggi tanpa membuat loan p/didikan.tapi yg bergaji rendah ramai yg membuat loan p/didikan.jadi,kenapalah company beri mereka yg tak buat loan ni bergaji tinggi sdgkan mereka yg menanggung loan ni yg sepatutnya dapat gaji lebih bagi m/bayar balik loan mereka.fikir kan la..

  2. Admin on September 12th, 2007 2:16 am

    Salah hujah tu (teori apa tu?). Kriteria gaji bukan dibuat mengikut samaada pekerja ada pinjaman atau tidak, tetapi ikut kelayakan dan performance.

  3. nuri noor on September 16th, 2007 7:27 am

    no comment

  4. afiqah on May 7th, 2008 4:46 am

    macam mane nak dapat borang pinjaman MARA?

  5. Intan Suliana Bt. Kamarudin on May 9th, 2008 5:37 am

    saya nak buat pengaguhan bayaran kerana saya sambung belajar. dimana pengajian kali ini saya tanggung sendiri.apa harus saya lakukan

  6. fauzi on May 13th, 2008 7:14 am

    salam…
    saye baru habis matrikulasi..
    amik akaun..
    kini tgh tunggu result sem 2..
    bgmana nak mohon pinjaman mara?..
    terima kasih

  7. nadia nazaruddin on June 6th, 2008 3:08 pm

    saya baru selesai semester 2 dan sudah memperoleh keputusan…

    bagaimana saya boleh mendapat biasiswa mara?

  8. Irwan on June 7th, 2008 8:31 am

    saya merupakan pelajar uitm dalam bidang Diploma sains komputer, saya telah mendapat result CgpA 3.5 semasa semester 1.. adakah saya layak untuk permohonan tersebut.. bagaimana untuk saya memohon biasiswa JPA..?

  9. Ehwan on June 9th, 2008 9:15 am

    adakah borang permohonan biasiswa jpa itu boleh dibeli secara pos,dan jika boleh apakah alamat yang boleh dirujuk..

  10. fara_joma on June 13th, 2008 2:03 am

    salam…..camner nak apply borang pinjaman ek?

  11. yatie on June 16th, 2008 4:03 am

    salam…
    saye baru habis matrikulasi..
    amik sains fizikal..
    CGPA 3.54.
    bgmana nak mohon pinjaman mara?..
    terima kasih

  12. shahrul on June 16th, 2008 9:27 am

    salam sejahtera,
    sya telah ditawar PJJ uum.
    sekarang masih sem 1
    telah berkerja dlam sektor awam
    bagaimana nak pohon pinjaman mara?
    bila tarikh tutup?

  13. fatimah on July 3rd, 2008 8:03 am

    salam..saya nak tanya..bagi calon Stam ade tak dibekalkan biasiswa@pinjaman?

  14. fazr on July 3rd, 2008 4:13 pm

    salam…saya lulusan sijil politeknik(land surveying)…cgpa 3.57 bole ke saya apply biasiswa untuk sambung diploma di politeknik…macam mana caranya? tq///

  15. syahir on July 5th, 2008 8:03 am

    sye telah mendapt twran ke UDM dlam bidng DIA{diploma in accountancy}.Sye Mndapt 10A1 dlam spm 2007 Baru2 ini.Bagaimanakah caranye sekiranye sye ingin memohon pinjaman mara secara online?Sye tdak Berminat dngn ptptn berikutan perlu bayar semula walupun keputusan peperiksaan semasa yng mnunjukkan kemajuan!!

  16. liya on July 20th, 2008 11:08 am

    salam sejahtera,saya liya dr k.l..
    saya ingin bertanya adakah pihak MARA menyediakan biasiswa untuk pelajar yang mengambil jurusan dalam bidang kesihatan..
    dan apakah syarat dan kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa ini.
    saya berada di semester ke2..

    sekian terima ksih..

  17. green apple on July 22nd, 2008 1:21 pm

    aku pun nk tny gak mcm na nak pohon pinjaman mara, aku dah nak gle cari website ni….lepa ni wat keja bagi aku serabut la

  18. i'shah on July 23rd, 2008 7:01 am

    mcmna sya nak dapatkn borng pinjaman mara?walaupun kos sya tidak dikategorikan sbg subjek utk mendapat pinjaman mara?

  19. dyana on July 25th, 2008 6:35 am

    salam..btl ke mara hanya bagi pinjam untuk kursus yg kritikal shj??

  20. nik on July 30th, 2008 5:44 am

    salam
    saya nak tanya. if saya ambil kos yang tidak dikategori. but im not realy sure yang my cos dalam kategori atautak. bagaimana cara untuk saya semak samaada saya layak atu tidak untul loan mara.
    satu lagi, boleh tak saya memohon secara online sebab sukar bagi saya untuk ke pejabat mara.

  21. lela on August 2nd, 2008 3:58 am

    saya pown tk jumpelah…………nk tlng pown tk leh

  22. mohd hilmi on August 9th, 2008 8:55 am

    sy dh smbg blaja di kolej.andainya sy tkar tmpt blaja,bgimna dgn pnjaman mara sy?adkah ianya akn di transfer ke tmpat bljja yg bru?

  23. siti norulhuda on September 5th, 2008 9:20 am

    saya nak tanya sekarang saya dah langsai atau belu bayar hutang kerana saya tak dapat maklumat mengenai hutang pinjaman sya selama saya pinjam,malah bila say talifon jabatan mara mereka kata saya nama saya tidak tersenarai langsung

  24. prencesen on November 20th, 2008 5:12 am

    saya pelajar sabah yang sambung stdy kat kuching.sudah dekat 8 bulan saya kat kuching ni tetapi pinjaman mara elaun saya belum masuk lagi.padahal sebelum pergi sini pihak utm janji dengan saya bahawa duit elaun akan masuk sebaik sem 1 kami bermula iaitu pada bulan ogos.tetapi sekarang kami da nak habis sem 1 masih juga elaun belum masuk.bukan saya seorang saja mengalami masalah ini tetapi ramai lagi pelajar terutamanya pelajar sabah yang menghadapi masalah yang sama seperti saya. saya bukan orang senang,begitu juga kawan-kawan saya.apabila tanya di bahagian finance kolej kami, mereka bagi seribu macam alasan,antaranya borang tidak lengkap,pengurusan mara di kl yang lambat.saya sudah penat menunggu.kalau sem 2 baru nak masuk maknanya selepas kami tamat pengajian,kami terpaksa membayar balik pinjaman yang kami langsung tak terguna.yang pelik lagi study loan kepada pelajar yang mampu yang terlebih dahulu masuk daripada kami yang lebih memerlukan..saya berharap pihak mara dapat mempercepatkan lagi proses mereka demi kebaikan pelajar-pelajar.

  25. dayang naralam on December 1st, 2008 6:04 pm

    saya telah membatalkan pinjaman saya dengan JPA semasa menerima tawaran di tahun 1 UM,kerana telah mendapat pinjaman kerajaan negeri sarawak. Tetapi saya masih menerima surat tuntutan bayaran balik JPA, sedangkan saya tidak meminjam. Tolong selesaikan masalah ini. Surat pemberitahuan saya sudah hantar lama, namun masih hingga hari ini surat yg sama diterima.

  26. pitoya on December 13th, 2008 10:16 am

    Merujuk kepada pertanyaan saudari berhubung perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pinjaman pelajaran MARA hanya dibei kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di IPTS sahaja. Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di IPTA, tajaan adalah diberi oleh Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

    Oleh itu saudari adalah dinasihatkan untuk memohon kepada alamat berikut:
    Pengurus Skim Khdimat Pelajar
    PTPTN
    Lot G-2, Tingkat Bawah
    Off Jalan Semantan
    Damansara Heights
    50490 Kuala Lumpur
    Tel: 03-20983731/20983732

  27. Nur athirah on February 1st, 2009 9:09 am

    Saya merupakan pelajar tahun ke dua bagi kursus diploma ukur bahan di Uitm..ok..bolehkah saya hendak memohon biasiswa mara? dan bagaimana caranya?

  28. AZMARI BIN AHMAD on February 5th, 2009 3:18 pm

    Assalamualaikum…
    Saya merupakan penjamin kepada pelajar yang sedang belajar di IPTS GMI. Sudah banyak kali aduan di buat oleh pelajar mengenai loan yang tertangguh bayaran disebabkan keputusan peperiksaan yang lalu kurang memuaskan. Pelajar tersebut mendapat keputusan yang memuaskan sekarang tetapi loan pinjaman Mara tidak diteruskan pembayaran . Hal ini telah berlaku genap setahun. Kasihanilah pelajar tersebut kerana aduan demi aduan tidak diendah oleh Mara. Ibubapa pelajar terbabit hanya penoreh getah dan mempunyai tanggungan yang ramai. Harap pihak Mara menjelaskan tentang perkara ini dan pelajar ini masih meneruskan pengajian di GMI.

  29. JulietLoveJuliet on March 13th, 2009 11:35 am

    mcmna nk mohon biasiswa mara?tq

  30. habib safran on March 15th, 2009 12:07 pm

    seriously correct..
    high paying salary come in few reasons
    1. Experience/s
    2. Qualification= communication skills, examination result, education status n bla..bla..bla ;)

  31. sharifah on April 14th, 2009 2:02 am

    Merujuk pada jadual bayaran balik saya perlu membayar semula pinjaman Rm10.002.setakat ini saya sudah jelaskan sejumlah RM 3370.02.Ini sudah bermakna baki RM6630.02.saya hendak tahu kenapa tunggakan saya sampai RM 2400.Ini bermakna dikira semula berjumlah
    RM 9030.02.sedangkan saya sudah bayar Rm3370.02.Andainya ia kerana tidak mengikut jadual tetapi kenapa jumlahmya berlainan.Tidak mengikut jadual disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dijelaskan.Mintak perjelasan.

  32. andika on April 28th, 2009 6:56 pm

    salam…pening knapa mara x tawarkan biasiswa untuk plajar ipta??????????? ipts ditawarkann… masih tak pahammm..

  33. pelajar on May 6th, 2009 7:38 am

    seharusnya mara taja IPTA dan IPTS ptptn,

    pelajar tajaan mara, dpat elaun RM500-RM700 sebulan, dan dapat lagi penguragan bayaran pinjaman, bukan macam ptptn.

    ayuh kawan2 di IPTA mari kita selidiki apa yg berlaku di sebalik semua ini

  34. ana on May 7th, 2009 1:06 am

    saya baru ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke uitm johor. Bagaimana untuk saya mendapatkan pinjaman mara tersebut?

  35. comey on May 10th, 2009 5:04 am

    salam,camner nak wat pintjaman mara ea?apa kelebihan pinjaman mara ni?

  36. warda' on May 11th, 2009 12:17 am

    salam,camner nak wat pinjaman mara?
    apa kelebihan pinjaman mara?
    just pljr di ipts jer ke yang dapat wat pinjaman mara?

  37. zakiah on May 17th, 2009 4:34 pm

    salam,nak tnyer cmner nak dpt borang pnjmn MARA nie??

  38. hujan fan on May 18th, 2009 9:07 am

    salam… nak tanya camner nak apply pinjaman mara untuk uitm????

  39. eizah on May 20th, 2009 3:41 am

    saya eizah.pelajar lepasan matrikulasi.jadi saya ingin bertanya kepada pihak tuan bagaimana cara untuk mendapatkan biasiswa MARA memandangkan saya belum terdedah kepasa program MARA.Oleh itu saya berharap sangat dapat menerima biasiswa dari pihak tuan.terima kasih

  40. diyana on May 22nd, 2009 6:59 pm

    salam..

    saya nak tahu boleh x pelajar ipta nak amek pinjaman mara?

  41. mohamad on June 3rd, 2009 3:37 am

    saya pelajar sarjana di salah sebuah ipta tempatan.
    saya telah memohon pinjaman mara, namun dengan dukacitanya permohonan saya ditolak.apakah kriteria yang membolehkan pinjaman diluluskan?

  42. mohd.yazid on June 5th, 2009 6:50 am

    pelajar yg telah mendapat tawaran belajar di mesir dalam bidang perubatan di bawah sesebuah agensi adakah layak memohon biasiswa tajaan MARA? kalau boleh bagaimanakah caranya.

  43. Guest on June 8th, 2009 1:35 pm

    Sebab..yang gaji tinggi ni ada kemahiran dan pengetahuan. Yang bergaji rendah ni takda kemahiran atau kurang kemahiran. SO x mungkin lah yang kurang kemahiran dapat gaji tinggi juga.

  44. Pihak MARA on July 1st, 2009 10:01 am

    MARA hanya menaja pelajar di IPTS kerana:

    1) Kemudahan asas dan infrastruktur di IPTA 100% disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia.

    2) Sebahagian yuran pengajian pelajar di IPTA telah ditanggung oleh pihak kerajaan. Pelajar hanya dikenakan yuran lebih kurang RM10,000 disepanjang tempoh pengajian di universiti.

    3) Kemudahan dan infrastruktur di IPTS disediakan oleh pihak swasta. Dana untuk menyediakan kemudahan yang setanding di universiti awam, biasanya diperoleh daripada yuran yang dibayar pelajar.

    4) Oleh yang demikian, pelajar di IPTS dikenakan yuran pengajian yang lebih tinggi. Lebih kurang RM40,000-RM50,000 disepanjang tempoh pengajian di universiti.

    5) Tidak semua pelajar dapat masuk ke IPTA. Untuk mengurangkan beban pelajar di IPTS, hanya pelajar yang layak sahaja akan ditaja oleh pihak MARA.

  45. hawa on July 7th, 2009 9:49 am

    saya perlukan maklumat status semakan baki pinjaman yang telah saya buat dan saya perlu print penyata tersebut

  46. win on July 9th, 2009 11:42 am

    pelan2cuba cek di bahagian pentadbiran pelajaran

  47. is on September 14th, 2009 4:18 pm

    sy pernah meminjam sebanyak RM5000 pada tabung kemahiran ketika blajar dlu..tp sy xtau cara nk bayar..boleh tnjukkn cara2 nk bayar semula pinjaman 2..sy harap pihak tuan & puan dpt membantu sy dlm hal ni..kalau boleh secepat yang mungkin..terima kasih.

  48. chronical on December 31st, 2009 11:54 am

    cmne ni?
    da 30hb tp elaun x masuk pun lg
    huhuh

  49. acik on January 13th, 2010 12:21 am

    emm saye baru menamatkan pengajian diploma dengan cgpa 3.36.. berapa pengurangan loan yang patut saya dapat

  50. umi.satirah on May 23rd, 2010 10:06 pm

    oh, terima kasih untuk maklumat yang memuaskan hati saya,pihak mara.

    saya harap pihak ptptn pula akan tampil dan menjawab mengenai masalah faedah tinggi semasa pembayaran balik dan kesukaran pembayaran.

    terima kasih

  51. Siti Nuraidah Samsee on June 28th, 2010 9:21 am

    saya peminjam MARA ingin komen…penyata bayaran tidak terima sepanjang tahun 2010. bayaran dah buat tapi tak dapat penyata…sukar bagi saya untuk membuat bayaran baki pinjaman. jika bayaran tak dibuat pihak mara pula hantar notis dakwaan di mahkamah….saya serba salah…salah siapa???

  52. nor azlina ramli on January 19th, 2011 5:01 pm

    salam…sy bru shj habis bljar di IPTS…nk tnye…mcm mne nk buat surat kepada pihak mara bg pengurangan bayaran balik???

Leave a Reply