Pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) oleh MPEB

September 18, 2007 · Kategori: Kerjaya 

MPEB atau Majlis Penggalakan Ekonomi Belia adalah sebuah badan yang ditubuhkan untuk menyelaras pembangunan keusahawanan belia. MPEB dianggotai oleh 6 kementerian dan organisasi swasta seperti berikut;

  1. Kementerian Belia dan Sukan
  2. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  3. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  4. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
  6. Kementerian Pengajian Tinggi

MPEB berfungsi sebagai badan penyelaras program pembangunan ekonomi belia dalam meyokong Dasar Pembangunan Belia Negara dan Wawasan 2020 selain meningkatkan peluang peluang kepada masyarakat belia melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang membawa manfaat menyeluruh dari aspek aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi.

Antara jenis jenis skim dalam STEB (Skim Tabung Ekonomi Belia) adalah:

  • Skim Belia Niaga (SBN) – Perkhidmatan, Pembuatan dan Francais. Institusi kewangan yang dilantik adalah Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Skim Belia Tani (SBT) – Pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani. Institusi kewangan yang dilantik adalah Bank Pertanian Malaysia

Ciri ciri skim:

1. Skop pinjaman
Pinjaman meliputi tujuan untuk pembelian peralatan, kelengkapan, modal kerja dan mengubahsuai premis

2. Had pinjaman
Had pinjaman bagi kedua dua skim adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000

3. Tempoh pinjaman
Maksimum tempoh bayaran balik pinjaman bagi kedua dua skim adalah sehingga tujuh (7) tahun

4. Kadar bayaran perkhidmatan
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah 4% setahun berdasarkan baki pinjaman.

5. Yuran proses
Yuran proses akan dikena dan ditetapkan oleh kedua dua institusi kewangan yang dilantik.

6. Kutipan bayaran balik pinjaman
Kutipan bayaran balik pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik. Tempoh bayaran balik pertama pinjaman mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik.

Syarat syarat asas memohon:

  • Warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun
  • Telah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan KBS:
    • Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
    • b. Kursus Asas Perniagaan (Bagi pemohon yang memulakan perniagaan)
      c. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan
  • Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan
  • Permohonan pinjaman adalah secara individu dan jalankan perniagaan sepenuh masa
  • Menyediakan 2 orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar (termasuk elaun tetap) tidak kurang dari RM1,000 sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan perhutangan. Penjamin boleh terdiri daripada ahli keluarga

Untuk mendaftar untuk proses saringan secara online klik di sini.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

144 Responses to “Pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) oleh MPEB”

  1. fitri diana bte mohd hashim on September 30th, 2007 1:55 pm

    saya ingin mendaftar untuk prose sringan secara online .dan siapa saya perlu berjumpa jika saya berada di sabah?.

  2. mahmud bin eddie on October 2nd, 2007 3:19 am

    Saya mempunyai tanah seluas 4 ekar dan ingin memulakan bidang penternakan kambing/ayam. Siapa perlu saya bertanya tentang pinjaman jika saya berada di sabah.?

  3. zulkifly bin yusuf on October 4th, 2007 10:12 am

    Saya berminat untuk mendapat pembiayaan skim tabung ekonomi belia……….
    Umur saya sekarang ialah 43 tahun, adakah saya layak memohon…..
    Sekian …tq

  4. Samsul on October 6th, 2007 4:38 am

    Umur maksimum adalah 40 tahun

  5. ida on October 10th, 2007 5:19 am

    Boleh ke saya dpt buat pinjaman kerana dulu hutang bank loan saya pernah tersangkut tp sekarang ni tidak lagi.

  6. edry on October 14th, 2007 7:50 am

    saya ingin mendaftar untuk prose sringan secara online .dan siapa saya perlu berjumpa jika saya berada di sabah?.

  7. azimi on October 17th, 2007 1:00 pm

    saya ingin memulakan perniagaan, tetapi modal yang diperlukan melebihi 50k. Bolehkah saya menghantar 2 permohonan, maksud saya rakan niaga juga akan memohon sama untuk perniagaan yang sama

  8. dinazd on October 18th, 2007 1:44 pm

    saya ingin tahu, apakah jenis kursus yang ditawarkan selain daripada yang dinyatakan dan adakah kursus ini diadakan di sarawak?

  9. sha on October 18th, 2007 2:39 pm

    saya baru menamatkan kursus anjuran jab.pertanian dalam bidang pemprosesan makanan.jabatan pertanian telah memberikan saya sebuah bengkel yang diletakkan dibawah pengurusan kpw(kum.pengembangan wanita)di daerah saya.tetapi masalah yang saya hadapi sekarang adalah tiada modal untuk membeli mesin-mesin penting untuk memulakan projek.sekiranya saya memulakan projek tersebut tanpa bantuan mesin (manual) ia akan melambatkan lagi projek tersebut….adakah saya boleh membuat pinjaman melalui MPEB ?…

  10. Azman on October 18th, 2007 5:36 pm

    Assalammualaikum…
    Saya Mohd Azman Bin Mohd Noor.Saya berumur 23 Tahun.Saya berminat untuk berniaga tetapi saya tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk bertindak(dari asas)dimana boleh saya mendapatkan rujukan dan tujuk ajar.
    Diharap pihak tuan dapat memberi saya penjelasan atau panduan.
    kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai sepenuhnya.
    Sekian,
    Terima Kasih.
    Azman

  11. Iznan on October 19th, 2007 3:54 am

    kepada sha dan azman

    sha boleh mohon skim tersebut di sini http://www.mpeb.gov.my

    azman boleh try pergi ke matrade setiap hari rabu utk dapatkan khidmat nasihat percuma….

  12. zgreat on October 19th, 2007 7:12 pm

    perlu sediakan paperwork tak untuk mana-mana skim tu?

  13. min on October 20th, 2007 10:14 am

    berapa lama proses permohonan skim pinjaman ini boleh diluluskan?

  14. MAZLAN BIN MOHAMAD on October 21st, 2007 2:23 am

    MACAM MANA SAYA NAK BUAT PINJAMAN TABUNG EKONOMI

  15. zakri bin elias on October 22nd, 2007 2:59 am

    tolong hantar kelayakan untuk ujian saringan di kementerien belia dan sukan dan alamat serta nombor telefon pejabat belia di kuala lumpur.sekian terima kasih..

  16. rosewati on October 22nd, 2007 8:02 am

    saya telah mendapat surat utk menduduki ujian saringan KBS khamis ini. antara kandungan surat tersebut memerlukan saya membawa sekali sijil berkaitan perniagaan yang dipohon. harap kerjasama tuan utk menjelaskan apakah sijil yang dimaksudkan.

    terima kasih

  17. Admin on October 22nd, 2007 8:08 am

    Cik Rosewati, sila berhubung secara terus melalui talian hubungan yang terdapat dalam surat tersebut.

  18. Abdul Latif Rahman on October 23rd, 2007 4:02 am

    Salam tuan/puan,pihak kami akan menganjurkan kursus asas keusahawanan siswa pada 14 – 19/11/2007(kumpulan 14) yang melibatkann pelajar tahun akhir uiam(seramai 50 orang).kami bercadang untuk menjemput pegawai tuan memberi keterangan atau taklimat tentang skim Majlis penggalakan ekonomi belia (mpeb.Bagaimana saya boleh menghubungi pihak tuan?

  19. Ahmad Syawal B Shamsher on October 25th, 2007 7:23 am

    Saya berminat sangat untuk berniaga tetapi tiada modal.Saya hendak membuat pinjaman perniagaan tetapi saya masih lagi ada baki pinjaman peribadi.apa yang perlu saya lakukan.

  20. Admin on October 25th, 2007 7:29 am

    En. Abd Rahman, sila hubungi mereka di MPEB kerana kami berpusat di Kuching.

    Ahmad Syawal, sesetengah institusi kewangan masih memberikan bantuan kewangan kepada usahawan yang mempunyai pinjaman peribadi. Untuk mengetahui semak dengan institusi kewangan/peminjam anda sama ada anda layak atau tidak.

  21. Hanif Zamri on October 25th, 2007 2:00 pm

    saya da lulus ujian saringan dan saya masih tunggu untuk aktiviti seterusnya.berapa lama saya akan dapat jawapan atau surat dari pihak MPEB.

  22. MOHD REDZA MOHD THANI on October 25th, 2007 3:01 pm

    saya telah menghadiri ujian saringan steb pada 10.10.07 di dewan titiwangsa kbs.sehingga sekarang saya masih tidak dihubungi tentang keputusan ujian tersebut dari pihak mpeb.saya adalah satu antara seribu usahawan muda yang benar2 komited dalam perniagaan dan bercita2 menjadi usahawan berjaya.saya cuma tidur 5 jam sehari.selebihnya untuk bisnes.mana2 individu yang berhasrat membuat jaringan perniagaan atau menjadi rakan niaga(kongsi atau melabur) sila hubungi saya melalui talian 019 6934014/014 2623941.perniagaan adalah salon rambut,andaman,mini spa dan kecantikan.tq.

  23. KHAIRUL FIKRIE on October 26th, 2007 2:12 am

    saya telah mendaftar untuk skim pinjaman mpeb. apakah langkah seterusnya perlu saya buat tq

  24. FIZA on October 26th, 2007 5:19 am

    jika saya tidak mencukupi 2orang penjamin yg mempunyaipendapatan 1000, bagaimana saya ingin membuat pinjaman ini?

  25. manggis on October 26th, 2007 6:16 am

    a’kum…

    kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, sewajarnya mendapatkan bantuan dari pihak Majlis Amanah Rakyat(MARA). Anda seharusnya menghadiri kursus anjuran MARA. Dlm kursus itu nanti anda akan diberi penerangan tentang selok belok perniagaan. cara2 untuk mendaftar ialah menghubung pihak IUB.

  26. Ahmad Syawal B Shamsher on October 26th, 2007 9:01 am

    Terima kasih atas makluman.saya akan semak dengan institusi yang berkaitan

  27. bakhtiar bin basir on October 27th, 2007 3:12 am

    assalamualaikum w.r.t

    saya ingin membuka sebuah perniagaan runcit kelak..sekarang saya ingin tahu bagaimana utk mendapatkan pinjaman dan apakah keteria yang perlu ada pada seseorang peminjam.apakah kursus yang perlu dihadiri..untuk pengetahuan saya sudah pun mempunyai tapak kedai tetapi dirumah mentua.apakah tidak perlu untuk menghadiri apa-apa kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh badan institusi awam?..
    saya inginkan kepastian untuk memastikan perjalanan dan keinginan saya berjaya…

  28. ahmad kamil on October 29th, 2007 11:30 am

    askum, saya baru mula berniaga dalam perniagaan franchise, Alhamdulillah, perniagaan saya berkembang dengan usaha saya dan rakan2 yg lain..Saya ingin mengembangkan lagi perniagaan franchise saya dengan rakan2 niaga yg baru..Bagaimana caranya tuk saya perkembangkan lagi perniagaan ini…kepada yg ingin mengetahui lebih lanjut email saya di fartea@gmail.com. wassalam…..

  29. Elizawati on October 31st, 2007 1:46 am

    SAYA INGIN MEMBUKA SEBUAH KEDAI RUNCIT DI PENEMPATAN SAYA .ADAKAH SAYA LAYAK MEMBUAT PINJAMAN TERSEBUT.

  30. mohd Ariffin Bin jins Samsudin on October 31st, 2007 1:08 pm

    assalammualaikum saya telah membuat permohonan untuk ujian saringan tetapi belum dipanggil harap pihak tuan dapat mengemaskini rekot untuk panggilan ujian itu nanti.no kad pengenalan saya ialah 851111-14-5823.kerjasama serta perhatian tuan amat saya hargai.Sekian terima Kasih.

  31. Mohd Ariffin bin Jins Samsudin on November 1st, 2007 7:57 am

    saya hendak menetapkan tarikh bagi ujian saringan dan diminta menghubungi pihak tuan tetapi talian sukar untuk dihubungi harap pihak tuan dapat menetapkan tarikh dan dapat menghubungi saya kembali.sekian terima kasih.

  32. mohamad masood on November 2nd, 2007 8:03 am

    saya ingin pinjam wang untuk buka kedai sendiri
    untuk kehidupan baru…saya ada baki pinjaman bank…

  33. hisham b md yusof on November 2nd, 2007 10:27 am

    A’kum..saya tlh pun menghadiri ujian saringan,tapi sehingga sekarang tiada apa2 maklum balas dari pihak steb saya terima..terima kasih

  34. Jamaludin Bin Romli on November 5th, 2007 2:56 am

    A’kum…saya telah pun mengikuti ujian saringan pada bulan september 07 yg diadakan di Pejabat Belia Kampar.Tapi sehingga sekarang tiada apa2 maklumbalas lagi.Saya benar2 ingin memulakan perniagaan(Ternak Air) saya dengan secepat mungkin.Kerjasama dari pihak tuan amatlah diharapkan.
    terima kasih

  35. muhd ariff bin azmi on November 5th, 2007 3:32 pm

    A’kum…saya berminat ingin memulakan sebuah perniagaan berasas kan sewa menyewa kelengkapan perkahwinan.berdasar kan keluarga saya telah berjaya menjalankan perniagaan ini oleh itu saya benar-benar berminat untuk memulakan perniagaan ini sendiri.dengan itu saya mengharap kan sedikit pinjaman untuk memulakan sebuah perniagaanuntuk menjamin masa depan yang lebih cerah.saya harap mengharapkan keperhatinan dari pihak tuan.hubungi talian saya 0124473014/0125738782.noic 861216-02-5165.
    sekaian terima kasih.

  36. nor hawa abd rafar on November 5th, 2007 5:31 pm

    akum tuan/puan. Saya amat berdukacita atas keputusan ujian saringan yg telah saya terima hari ini.4/11/07. Keputusan keseluruhan adalah gagal. Gagal untuk mengikuti kursus asas. Seperti apa yg dipohon, saya ingin mengembangkan perniagaan yg masih sehingga hari ini saya jalankan, tetapi hampa kerana hanya untuk mengikuti kursus asas pun gagal. Disini saya ingin tahu, apakah kriteria2 yang harus saya ada untuk terus berada dalam senarai skim STEB ini sedangkan pihak tuan ada menawarkan kursus untuk mereka yang masih belum ada pengalaman . Saya tidak kisah jika saya harus bermula dari bawah. Ataupun pihak tuan ada alasan lain untuk mengagalkan saya. Kerjasama dan jawapan dari tuan puan amat saya hargai. ( Pernah memhon skim pinjaman dr BANK RAKYAT…kerani bank cakap ” Takde duit buat apa nak berniaga . makan gaji ajelah” ..) .

  37. Ahmad Syawal B Shamsher on November 7th, 2007 8:21 am

    As’kum & slm sejahtera tuan/puan.saya ada menerima surat drpd pihak tuan/puan mengenai ujian saringan.mengikut surat tersebut tarikh 06/11/07 jam 02:00pm – 03:00pm.saya dapat surat tersebut pada sebelah petang.apa perlu saya lakukan sekarang.

  38. madan kumar on November 11th, 2007 2:01 pm

    saya berminat untuk membuat perniagaan besi buruk secara kecilan tetapi saya tidak mempunyai modal utk perniagaan .bagaimanakah pihak tuan dapat menolong saya ..

  39. muhamad azman elmiza on November 12th, 2007 9:56 am

    sebelum ini saya telah megembangkan perniagaan ibu saya secara kecil-kecilan. ibu saya berniaga kerepek masalah saya ,saya nak memperluaskan perniagaan tetapi tidak mempunyai peralatan yang mencukupi sekadar dapat menghasilkan kerepek dalam kuatiti yang sedikit sedangkan permintaan terhadap jualan semangkin meningkat…bagaimana saya hendak memperluaskan perniagaan ini…

  40. zamri on November 13th, 2007 4:24 am

    boleh bagi no. contact untuk mengetahui lebih lanjut kursus yang dianjurkan oleh mpeb. saya dari ipoh.

  41. syed zul azrik on November 15th, 2007 2:04 am

    a’kum,saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan mana2 institusi kewangan sebelum ini.saya ingin membuat pinjaman dengan pihak tuan bagi tujuan mengembangkan perniagaan.Disamping itu tujuan saya membuat pinjaman adalah untuk menampung kos operasi yang sedia ada.

  42. khairul on November 15th, 2007 4:40 pm

    saya ingin tahu,bila saya akan dipanggil untuk kursus perancangan perniagaan setelah lulus ujian saringan.

  43. AZIZAH OMAR on November 17th, 2007 1:57 am

    Askum,
    Tuan,saya telah dipanggil untuk ujian pertama.Hingga hari ini saya menerima apa-apa keputusan dari pihak tuan,kerjasama dan budi baik pihak tuan sangat-sangat saya harapkan.
    Nama :AZIZAH BINTI OMAR
    I/c no :760212-09-5008

  44. AZIZAH OMAR on November 17th, 2007 1:59 am

    Askum,
    Tuan,saya telah dipanggil untuk ujian pertama.Hingga hari ini saya belum menerima apa-apa keputusan dari pihak tuan,kerjasama dan budi baik pihak tuan sangat-sangat saya harapkan.
    Nama :AZIZAH BINTI OMAR
    I/c no :760212-09-5008

  45. zainab bt hj ismail on November 18th, 2007 3:41 am

    Assalamualaikum…

    saya telah berjaya Ujian Saringan pada bulan oktober 2007 yang lalu.

    sila maklumkan bilakah saya akan dipanggil untuk Kursus Selanjutnya.

    Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amatlah diharapkan

  46. Anuar-710829025127 on November 18th, 2007 5:16 am

    ASM/Salam sejahtera.

    Keputusan ujian saringan yang lalu ialah GAGAL. Jika diikutkan surat keputusan yang dihantar boleh memohon semula dengan memasuki laman web.

    Malangnya apabila logon, sistem hanya membenarkan untuk kemaskini, permohonan baru saja.

    Tiada toolbar untuk permohonan semula.

    Mohon komen.

  47. Ahmad Syawal B Shamsher on November 19th, 2007 3:21 am

    As’kum/salam sejahtera

    Tuan,saya telah dipanggil untuk menghadiri ujian saringan tetapi saya terlepas ujian tersebut.bagaimanakah caranya saya hendak menghadiri ujian saringan seterusnya

  48. Mohd Sidek on November 19th, 2007 8:28 am

    Saya berumur 20 tahun dan mempunyai minat untuk membuka tempat penternakan ikan keli. adakah saya layak dan apakah ujian saringan KBS? Jika saya ingin membuka tempat penternakan ikan keli, adakah saya perlu menggunakan tanah sendiri? Saya juga mempunyai minat untuk membuka studio ‘jamming’ (Pusat latihan muzik).

  49. Mohamad Zuki b. Abdul Rahman on November 19th, 2007 9:28 am

    Berapa lama prosesnye. Saya dah pinjam ALONG pun untuk cover perniagaan saya.Bisness kena jalan tapi, apa yang diminta entah tahun bila nak jalan.Nanti bila jawab kemungkinan mahu itu dan ini. Kita berniaga kecil-kecil je! Bukan JUTA-JUTA.Kalau refer iklan TV tu,rasa sama je dengan along yang tempat saya meminjam.

  50. ABDUL HALIM BIN MUSTAPHA on November 19th, 2007 1:01 pm

    Saya berminat sangat untuk berniaga tetapi kekurangaan sangat modal.Saya sekarang ada memiliki 2 biji lori.peniagaan skrg yg saya buat beli jual brang kitar semula.spti kotak tin minuman.sewa lori.pehimatan.soalan saya dari mana saya nak mula kan.no tel 0137629831

  51. ali on November 23rd, 2007 2:17 pm

    saya seorang pengangor dan ingin mulakan perniagaan restoran bagai mana caranya

  52. zainal abidin on November 23rd, 2007 2:28 pm

    as’kum/salamsejahtera
    Tuan,saya telah dipanggil untuk menghadiri ujian saringan pada 14 november’07. tetapi saya terlepas ujian tersebut.bagaimanakah caranya saya hendak menghadiri ujian saringan seterusnya

  53. esyam on November 24th, 2007 1:49 am

    saya lepasan sijil teknologi maklumat, saya berminat untuk memulakan perniagaan.. tapi saya tidak mempunyai pengalaman yang besar untuk berniaga ke3rana saya baru habis balajar.
    apakah langkah seterusnya yang saya perlu lakukan untuk teruskan niat saya untuk menceburi bidang perniagaan? adakah saya layak atau tidak untuk skim ini?

  54. Fazlin on November 24th, 2007 6:29 am

    Assalammualaikum,

    Saya telah mendaftar online sejak September lalu, (sebelum Raya) dan sehingga sekarang masih tiada surat untuk ujian saringan sampai ke rumah . Adakah ini bermakna permohonan saya bermasalah.. tetapi tiada masalah dinytakan dalam permohonan form online saya dan saya memenuhi syarat .

    Diharap Admin dapat membantu.. Who should i refer to?

    Thank you.. Wassalam

  55. samsiah mohamad on November 26th, 2007 1:44 am

    Saya telah membuat tinjauan mengenai perniagaan berkaitan dengan hamper dan kotak cenderahtai di kawasan JB dan mendapati bahawa perniagaan tersebut masih belum dipelopori oleh golongan Bumiputera secara skala besar-besaran.

    Perniagaan ini memerlukan promosi secara besar-besaran diperingkat awal untuk memperkenalkan produk cthnya : leaflef, banner dan katalog yang berkaitan dengan produk.

    Isunya saya tiada mempunyai modal untuk memulakan perniagaan tersebut . Adakah lain-lain jabatan yang membantu selain daripada pihak tuan puan .

    TQ

  56. AHMAD SYUKRI BIN ABD RAHMAN on November 27th, 2007 1:32 am

    saya telah mengisi borang secara online untuk membuat pinjaman perniagaan , tetapi masih belum ada maklum balas dari pihak tuan , apa yang perlu saya lakukan untuk mempercepatkan proses pinjaman saya , maklum balas dari pihak tuan amat dihargai.

  57. shaari rahman on November 28th, 2007 3:41 am

    Saya pemegang izajah perakaunan berumur 28tahun .Ingin membuka firma sendiri. Apakah bantuan yg boleh saya dapat daripad PSTE? Saya mengharapkan jawapan secepat mungkin.

  58. Noraini Md Taib on November 28th, 2007 3:55 am

    Saya seorng graduan dan ingin membuka perniagaan souvenirs. Saya ingin tahu macam mana nak apply STEB ni. Boleh saya apply bantuan sebanya RM10k? Sila hunbungi saya secepat mungkin.

  59. K.SAANY on November 28th, 2007 8:32 pm

    SALAM,SAYA INGIN MEMBUKA KEDAI GUNTING RAMBUT..ADAKAH SAYA LAYAK BUAT PINJAMAN DR PIHAK TUAN/PUAN..??TERIMA KASIH

  60. ARASAMANI on November 30th, 2007 1:35 pm

    salam sejahtera.

    saya telah menduduki ujian saringan dan juga sudah lulus.Tapi sampai kini saya belum dapat balasan dari pihak tuan.Harap saya dapat pinjaman dari STEB secepat munkin.Harap maklum

  61. NOOR-LELY BINTI AULUN AZMI on November 30th, 2007 4:14 pm

    saya telah mendaftar secara on line, berapa lama kah peroses permohonan secara on line dan bilakah saya di pangil untuk mengadakan ujian saringan dan dengan siapa saya harus berhubung.

  62. noorjan on December 1st, 2007 6:02 am

    saya berumur 31,tahun solan saya .kini saya telah pun mulakan perniagan saya dalam line furniture ,belum masuk lima bulan boleh ke saya dapat pinjaman kewangan ,kerana saya tak cukup modal untuk bawa barang hiasan yang bagus

  63. hashim on December 2nd, 2007 9:31 am

    sy telah pun lulus ujian saringan pd bulan september lepas. sehingga sekarang sy masih trtunggu2 dan x sabar untuk langkah yg selajutnya….

  64. mohd redduan bin abd aziz on December 2nd, 2007 4:24 pm

    saya ingin memulakan perniagaan menternak lintah dan memerlukan pinjaman sebanyak rm10k bagi menyediakan kos pembinaan dan penyelenggaraan sebuah kolam lintah.Saya sudah mempunyai segala surat sokongan,proposal,tanah,dan sijil kursus penternakan lintah.Saya berharap permohonan saya ini dipertimbangkan dan bersedia untuk tindakan tuan selanjutnya…

  65. Ismadi Bin Othman on December 4th, 2007 7:27 am

    Assalamualakum,
    Saya ingin membuka Cyber Cafe dan memerlukan 20 unit PC dan memerlukan modal sebanyak 50,000.00 dan telah mendaftar secara online dan ada berjumpa dengan pegawainya di Langkawi hingga kini masih belum ada jawapan??

    Terima Kasih

  66. saiful,kajang on December 5th, 2007 4:21 am

    saya telah lulus ujian saringan,dan telah mempunyai lesen selama 7 bulan,setelah semua dokumen dan paperwork diselesaikan,berapa lama untuk proses menunggu loan diluluskan?sekiranya tiada masalah dengan dokumen.

  67. kala on December 9th, 2007 12:12 pm

    saya mempunyai perniagaan travel managment sendiri.saya juga mempunyai 1 bas ekspres dan 1 bas persiaran.saya juga mempunyai current akaun di maybank dan public bank.saya ingin membuat pinjaman sebanyak 30 hingga 40k untuk membeli sebiji bas lagi.adakah saya layak meminjam?

  68. Mohd Marhafis on December 22nd, 2007 2:51 pm

    Saya ingin membuka cyber cafe tetapi tak ada penjamin. Bagaimana saya boleh buat pinjaman?

  69. Muhammad Raihan on December 30th, 2007 12:47 pm

    Saya sudah memohon untuk proses saringan berapa lamakah harus saya menunggu untuk mendapat keputusan. Saya sangat memerlukan bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan.

  70. hasnita binti janarudin on January 1st, 2008 2:27 am

    saya telah lulus ujian saringan pada tahun lepas dan sehinga skrg masih menunggu keputusan untuk memohon pinjaman mengembang kan perniagaan.saya harap pihak tuan akan membantu saya.

  71. mohd azfar b alias on January 1st, 2008 2:00 pm

    saya mempunyai sijil perniagan dari iks.adkah ianya cukup kuat untuk saya memohon skim pinjaman ini?

  72. SITI on January 4th, 2008 5:45 am

    Saya sekarang pekerja swata.saya bekerja sebagai kerani akaun di bahagian membekal pengawal keselamatan.Gaji saya sebulan RM750.Saya ada sijil lcci.suami saya ada kepakaran dalam service motor dan sijil technician.Sebelum ni suami saya bekas pelajar UITM cuma sampai part5 shj.Sekarang suami saya menggangur.saya nak buka perniagaan dalam service motor dan membekal spare part kereta.Tapi saya tak tahu macamana nak buat pinjaman untuk buat modal meniaga.Saya berharap sangat agar pihak tuan/puan dapat membantu saya cara-cara membuka perniagaan bumiputra

  73. riena on January 8th, 2008 3:42 am

    saya pernah mendaftar dgn mpeb tetapi tak ade ape2 berita hingga kini. saya telah menjalankan perniagaan saya sudah hampir memasuki 2 tahun…tetapi kerana kekurangan modal perniagaan sy terhad…

  74. helmy on January 9th, 2008 7:11 am

    saya telah lulus ujian minat kerjaya..tetapi sy telah terlepas hari utk mengisi borang pinjaman iaitu semalam kerana masalah yg tak dapat di elakkan..persoalan sy adalah bile tarikh akhir utk mengisi borang tersebut..terima kasih

  75. Rashidi on January 11th, 2008 8:01 am

    Assalamualaikum saya hendak pinjam
    5000 sahaja kerana minat saya pada perniagaan dari kecil lagi sudikah pihak tuan segerakan pinjaman saya sebab saya hendak buat deposit sewa kedai,segerakanlah pinjaman saya dan bagilah saya sokongan sekian terima kasih.

  76. azman musa on January 19th, 2008 5:24 am

    Pendaftaran onlien untuk ujian saringan dan sebarang pertanyaan boleh dengan Pegawai pembangunan Ekonomi Belia di peringkat negeri dimana saudara berada. Juga boleh dengan Pegawai belia dan Sukan di daerah di semenanjong dan Bahagian di Sabah dan Sarawak.

  77. azman musa on January 19th, 2008 5:30 am

    Saudara Helmy…pengisian borang pinjaman boleh dibuat pada bila-bila masa. Borang pinjaman yang lengkap hendaklah dikemukakan bersama Rancangan Pernaiaam (kertas kerja yang menunjukkan daya maju projek) kepada pegawai belia dan sukan di daerah bagi semenanjong dan bahagian bagi sabah dan Sarawak. Permohonan pinjman ini tidak ada tarikh akhir atau tarikh tutup.

    Azman Musa
    KBS.

  78. azman musa on January 19th, 2008 5:35 am

    riena, saudari telah mendaftar dengan MPEB? atau secara online bagi pendaftaran ujian saringan? Kalau saudari berdaftar dengan MPEB di tapak karnival Jom Heboh dan Perkampungan Hadhari banyak diantara surat makluman yang kami hantar telah dipulangkan balik kerana masalah alamat yang ditulis tidak lengkap. Jika saudari mendaftra secara atas talian saudari hanya perlu hadir dan menduduki ujian saringan sebagai mana jadual ujian saring yang di paparkan dalam portal MPEB http://www.mpeb.gov.my dan saudara akan dimaklumkan langkah selanjutnya.

  79. azman musa on January 19th, 2008 5:47 am

    Puan Siti,
    STEB (Skim Tabung Ekonomi Belia) sebagaimana yang telah dinyatakan diatas adalah untuk mereka yang ingin menjalan perniagaan sepenuh masa. Suami puan yang memiliki kemahiran boleh mengemukakan permohonan pinjaman di bawah skim ini. Apa yang perlu ialah suami puan hendaklah memulakan perniagaan tersebut terlebih dahulu disamping itu mendaftarlah untuk menduduki ujian saringan. Setelah lulus ujian saringan suami puan akan diberikan borang pinjaman untuk dilengkapankan dan dikehendaki menyediakan rancangan Perniagaan (kertas Kerja Permohonan pinjaman yang mengadungi butiran perniagaan dan menunjukkan daya maju projek). Sekiranya suami puan belum memulakan perniagaan beliau dikehendaki mengikuti kursus asa perniagaan terlebih dahulu. Untuk keterangan lebih lanjut suami puan bolehlah berjumpa pegawai kami di mana-mana pejabatm belia dan sukan daerah atau negeri.

    INGATAN: jangan menggunakan khidmat orang tengah dalam usaha mendapatkan pinjaman di bawah skim ini (STEB). Kami di kementerian Belia dan Sukan tidak pernah melantik mana-mana pihak, agen, syarikat atau individu untuk mengurus Skim ini. Tiada bayaran yang dikenakan bagi semua proses pinjan skim ini, pendaftaran online atau apa juga proses dibawah skim ini adalah PERCUMA. laporkan jika anda ditawarkan khidmat itu oleh mana-mana individu, syarikat yang mengenakan bayaran bagi khidmat mereka untuk skim ini.

  80. azman musa on January 19th, 2008 5:52 am

    saudara, Ismadi Bin Othman

    Sudahkah saudara menduduki ujian saringan? Apakah keputusan nya? Lulus atau Gagal? Kalau telah lulus saudara sepatutnya telah menerima borang pinjaman. Kalau belum menduduki ujian saringan sila semak jadual ujian saringan bagi negeri kedah untuk mengentahui bila dan dimana ujian saringan tersebut diadakan. Jadual tersebut boleh di semak di portal mpeb http://www.mpeb.gov.my.

  81. azman musa on January 19th, 2008 5:57 am

    Saudara Muhammad Raihan

    Permohonan untuk menduduki ujian saringan tidak memerlukan tempoh masa menunggu yang lama. Ujian saringan boleh saudara duduki selepas mendaftar dengan merujuk kepada jadual ujian saringan mengikut negeri. Kebanyakan negeri telah menetapkan ujian saringan pada setiap selasa di tempat-tempat tertentu. Sila rujuk jadual ujian saringan di Portal MPEB http://www.mpeb.gov.my. manakala keputusan ujian saringan akan dapat diketahui dalam tempoh masa 1 minggu atau lebih singkat dari itu.

    Azman Musa KBS

  82. azman musa on January 19th, 2008 6:03 am

    Saudari Zainab bt Hj Ismail

    Waalaikum…salam….

    Bagi mempercepatkan proses pinjaman ini KBS telah memansuhkan Kursus Rancangan Perniagaan. Kursus ini hanya akan dilaksanakan atas permintaan bakal peminjam. bagi mereka yang telah lulus ujian saringa dan telahpun memulkan perniagaan dan berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka akan terus diberikan borang pinjaman. Jika puan telah lulus ujian sila berjumpa pegawai kami di pejabat belia dan sukan berhampiran untuk mendapatkan borang pinjaman dengan mengemukakan keputusan ujian saringan. Untuk keterangan lanjut puan boleh hadir dan berjumopan Pegawai Pembangunan Ekonomi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran puan.

    Azman Musa

  83. azman musa on January 19th, 2008 6:07 am

    Saudara Mohd Marhafis,

    Sila baca keterangan berkenaan STEB diatas kalau masih memerlukan penerangan yang lebih lanjut sila berjumpa pegawai kami di daerah/negeri dimana saudara tinggal.

    Keterangan berhubung skim ini juga boleh saudara fahami bila saudara ikuti forum ini kerana jawapan bagi persoalan yang ditanya oleh ahli forum yang lain berkisar dalam skop yang sama.

    Azman Musa KBS

  84. azman musa on January 19th, 2008 6:49 am

    Saudara, Mohd Redduan bin Abd Aziz

    Sila ikut langkah-langkah yang dinayakan dalam penerangan bagi Skim ini diatas. Mulakan dengan mendaftarkan diri bagi menduduki ujian saringan di portal http://www.mpeb.gov.my, semak jadula ujian saringan, duduki ujian saringan kalau lulus saudara akan di berkan borang pinajman sekiranya saudara telah emulkan perniagaan sekiranya belum mula saudara akan diminta mengikuti kursus asas perniagaan terlebih dahulu.

    Bagi memulakan perniagaan mulakanlah dengan modal yang asas hasil dari simpanan secara minima terlebih dahulu. Setelah memulkan pada skla yang kecil ini tunujukkan kesungghuhan dan daya maju projek tersebut bagi menyakinkan agensi dan institusi kewangan yang mengeluarkan pinjaman untuk membiayai pinjaman perniagaan saudara.

    selain Kementerian Belia dan Sukan banyak lagi agensi kerajaan yang mempunyai berbagai skim untuk membantu rakyat dalam bidang perniagaan. Dibawah Majlis Penggalakan Eknomi Belia (MPEB) terdapat Kementerian Pembangunan Usahawan dan komperasi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Luar bandar dan Wilayah, Kementerian Pengajian Tinggi selain Kementerian Belia dan Sukan. Semua kementerian ini mempunyai berbagai skim dalam usaha membantu rakyat dalam pembangunan usahawan. rajin-rajinlah mendapatkan maklumat dengan agensi kerajaan ini.

    Penternakan lintah adalah satu jenis perniagaan baru yang perlu di berikan keyakinan kepada institusi kewangan dan agensi yang mengendalikan pinjaman agar mereka yakin untuk memberikan pinjaman pernigaan kepada saudara.

    Azman Musa KBS

  85. azman musa on January 19th, 2008 6:58 am

    Admin-
    SBN is not stand for Skim Belia Negara but it stal for SKIM BELIA NIAGA (SBN). Please update it.

    Azman Musa – KBS

  86. Doodee on February 2nd, 2008 1:34 am

    Thanks for sharing

  87. Masitah on February 3rd, 2008 12:50 pm

    Syarat syarat asas memohon:

    Warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun
    Telah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan KBS:
    Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
    b. Kursus Asas Perniagaan (Bagi pemohon yang memulakan perniagaan)
    c. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan
    Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan
    Permohonan pinjaman adalah secara individu dan jalankan perniagaan sepenuh masa

    Menyediakan 2 orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar (termasuk elaun tetap) tidak kurang dari RM1,000 sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan perhutangan. Penjamin boleh terdiri daripada ahli keluarga

    * Untuk mendapatkan penjamin bukan perkara yang mudah. Sepatutnya pihak kerajaan memudahkan pemohon dengan memansuhkan penjamin dan digantikan dengan membuat pemantauan kepada pemohon semasa menjalankan perniagaan.Mana slogan’Kami bukan Along, Kami cuma nak tolong’. Kalau cam ni lebih baik pinjam kat along, mudah dan cepat.
    Saya telah lalui ujian, lulus dan menyediakan RP tetapi untuk mendapat penjamin adalah sesuatu yang amat sukar walaupun dari kalangan keluarga.Soalnya orang tak berani nak jadi penjamin.Serupa saja buat pinjaman kat bank, tak payah buat ujian , tak payah kursus pun. Saya ingatkan melalui kerajaan lebih mudah. 4 tahun dah saya berniaga sepenuh masa, memang bercita-cita nak mengembangkan perniagaan, kalau cam ni susah lah, nak buat pinjaman pun nak bayar bukan nak cabut.Selepas penat lelah melalui semuanya dan sediakan semuanya, hanya penjamin saja tak dapat. Memang cukup tension,

    Terima Kasih,

    Daripada

    Masitah Teguh Enterprise
    No.12, Kedai MPKK, Taman Sena,
    Labu Besar,
    09010 Kulim,
    Kedah Darul Aman.
    019-4567901

  88. azman musa on February 5th, 2008 2:26 pm

    Terima kasih saudari Masitah. Masalah para belia yang berminat dalam bidang keusahawanan amat tinggi hasil dari kajian yang kami telah lakukan. Kecenderungan saudarai dalam bidang ini amat disanjung dan dihargai. Memang kami akui para belia menghadapi kesukaran bagi mendapatkan kepercayaan masyarakat untuk menjamin mereka untuk mendapatkan pinjaman. Sebab itulah kami galakan mereka mendapatkan penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat seperti ibubapa, adik beradik, pasangan dan lain-lain dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM1,000.00. Penjamin ini penting bagi menjamin kelangsongan program ini dan komitmen peminjam dalam membayar balik pinjaman. Walau pun begitu kami di Kementerian ini dan Majlis penggalakan Ekonomi Belia dibawah kepimpinan kerajaan sekarang prihatin terhdapa masalah ini. Usaha sedang dibuat bagi memperoleh kelulusan bagi mempermudahkan proses pinjaman ini dengan mencadangkan agar penjamin di kurangkan dari 2 orang kepada 1 orang sahaja. Adalah diharapkan saudari dan para belia yang berminat dengan program ini dapat bersabar kerana cadangan untuk mempermudahan jaminan ini sedang dibuat dan menunggu kelulusan agensi pusat.

    AZMAN BIN MUSA
    PE KBS
    5-2-08

  89. nazmie on February 5th, 2008 3:38 pm

    saya berumur 20 tahun n sangat berminat untuk menerokai alam penternakan.adakah saya layak?

  90. ain on February 6th, 2008 7:13 am

    bapa saya telah menjalankan ternakan ikan keli selama 15 tahun secara kecil-kecilan. Saya ingin meneruskan usaha beliau dengan menambah kolam dan pelbagai jenis ikan. Tidak hanya ikan keli, ikan puyu/betuk juga sedang diusahakan. Bolehkah saya memohon pinjaman tersebut.

  91. nana on February 11th, 2008 5:59 am

    Adakah maklumat ini benar ?

    “Pinjaman di bawah SKIM BELIA NIAGA, Kementerian Belia & Sukan.
    Dana keseluruhan berjumlah RM300 Juta
    BARU DILANCARKAN !! Nation Corridor Sdn Bhd (799627-V) anak syarikat Syarikat Happy GMP System Sdn Bhd membuka peluang untuk anda yang berminat bagi memohon pinjaman dan sekaligus menjadi frachise bagi produk keluaran mereka di Malaysia. Syarikat Happy GMP System SB merupakan syarikat pembekal utama water filter kepada syarikat jualan langsung di Malaysia dan kini melangkah setapak lagi dengan menubuhkan syarikat jualan langsung atas jenama sendiri iaitu Nation Corridor SB.
    Pinjaman berjumlah RM50,000 untuk seorang akan di berikan kepada 6000 pemohon terawal yang mana RM20,000 adalah untuk pembelian produk manakala baki RM30,000 adalah untuk kegunaan anda sendiri”

    Sekian Terima Kasih.

  92. hanifah on February 13th, 2008 3:58 am

    modal peniagan sebanyak 50K sangat banyak. banayak cara untuk menjadikan kita seorang bisnesman antara yang ada adalah bisnes MLM so beranilah untuk menceburi bidang ini

  93. jaing on February 14th, 2008 3:26 am

    Assalamualaikum..
    Saya mempunyai SKM tahap 3. Baru-baru ni saya telah lulus ujian saringan tapi dalam surat dia suruh teruskan jika mempunyai Ijazah dalam bidang perniagaan. dan mohon kursus perniagaan bagi yang tidak mempunyai Ijazah tersebut. Macamana saya hendak memohon kursus tersebut?
    Sekian, Terima kasih.

  94. azizul on February 25th, 2008 7:34 am

    Saya Azizul,saya berusia 25 tahun dan telah menceburkan diri didalam perniagaan selama 5 tahun.Kini saya telahpun mempunyai sebuah kilang plastik sendiri dan lebih 20 mesin plastik dan 2 buah kedai,saya telah menduduki ujian saringan dan permohonan saya adalah untuk skim pinjaman belia niaga,minggu lepas saya sudahpun mendapat surat balas dari pihak Jabatab Belia.Saya lihat proses untuk memohon pinjaman ini sama seperti institusi kewangan lain,perlukan kertas kerja yang detail.Bagi pengalaman saya ianya mengambil masa mungkin 8 bulan atau lebih untuk lulus pinjaman walaupun dokumen yang diberi lengkap.Soalan saya,berapa lamakah masa untuk pinjaman ini diluluskan?

  95. izzy izwan on February 27th, 2008 4:43 am

    saya nak tahu bagai mana mana nak mohon pnjamin ini?

  96. APEX on September 16th, 2008 10:30 pm

    saya menjalankan perniagaan jualan lansung seperti rorine saya ingin membuka stokis dlm pernigaan ini kerana ia akan dapat memberi keutungan yg besar dalam perniagaan saya,adakah saya layak membuat pinjaman,bgaimana carenye bagtahulh kerana perniagaan saya skrng mendapat sambutan dan saya ingin membuka stokis

  97. nur irma bt othman-840819-08-5500 on October 12th, 2008 1:54 pm

    salam.
    sy ingin membuat pengakuan dimana dari tahun 2007 sy dipilih menjalani ujian saringan bagi pinjaman steb bg projek pertanian.sehingga kini tiada maklum balas yg positif dr pihak STEB.sedangkan segala kursus yg dianjur pihak inskeb dan jabatan belia sy pergi.namun keputusan sehingga kini amat mengecewakan sy.diharap pihak yg berwajib bekerja dengan tulus ikhlas bg membantu golongan beliawanis yg kental mcm sy.harap sijil penyertaan tebal tp tak berguna sekiranya tiada modal nk mula.tanah sy pajak 5 ekar bt projek serai tp sbb x ckup modal bt 2 ekar dl.kos benih 2 ekar mjangkau rm12k.harap diberikan peluang.trima kasih

  98. mohd shahrin bin mohd ariff on December 20th, 2008 7:33 am

    saya telah membuat urusan pinjaman ini hampir setahun lamanya dan telah berhabis modal sendiri dalam jumlah yang agak banyak berulang alik dari selangor ke langkawi atas urusan pinjaman mpeb. saya juga telah berjumpa dengan pihak pembiayaan pinjaman dari cawangan bank kerjasama rakyat untuk meluluskan pinjaman 50 000 ringgit tetapi saya berasa hampa kerana sehingga kini tiada apa2 jawapan dari pihak bank mahupun mpeb. saya follow up hampir setiap bulan tetapi masih tiada jawapan pasti. rasa macam usaha yang sia2.. sewa kedai berjalan tetapi modal x cukup.. melayu terus layu.

  99. mohdhafizuddinmansor on December 25th, 2008 9:30 am

    assalamualaikum.
    sy b’asal dri pekan,pahang. sy ingin bertanya mengenai pinjaman STEB. sekarang sy b’umur 19 tahun tetapi sy tidak tahu bagaimana caranya untuk membuat pinjaman?
    sy dlm prncangan utk membuat dobi, pnanamn cendawan, ternak aym kmpung serta cacing. sy sudh mempunyai tmpat utk melaksanakan prncangan sy t’sebut cuma tiada modal utk melaksanakannya…

  100. azahar on December 28th, 2008 5:28 am

    saya amat simpati dgn komen2 para peserta yg betul2 ingin mendapatkan pembiayaan untuk memulakan perniagaan/kembangkan perniagaan tetapi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman dari STEP.Baru2 ini sy ada dapat tawaran daripada pihak ketiga(wakil sebuah syarikat)untuk mendapatkan pinjaman mudah daripada skim ini.Syaratnya cukup mudah dan pemohonan akan diberikan/dijanjikan kelulusan mudah dr skim ini sekiranya memohon pinjaman melalui syarikat beliau.Pemohon cuma perlu membayar sebanyak rm1000 dan sekiranya pinjaman gagal sebanyak rm600 akan dipulangkan.Semua urusan pinjaman/kertas kerja/ diuruskan oleh pihak syarikat.Daripada maklumat yg sy dgr urusan temuduga juga amat mudah kerana cuma datang tunjuk muka sahaja(buat syarat).Tentang penjamin tk kisah sesiapapun boleh menjadi penjamin kerana pihak syarikat akan uruskan.Yang tk bekerjapun syarikat bleh buat gaji min. rm900 sebulan jadi bila pihak bank tanya cuma ckp gaji rm900(walaupun tk kerja)

    Bila maklumat begini saya dgr,sy rs seperti tidak adil kepada org2 yg betul2 memerlukan pembiayaan untuk perniagaan mereka.Simpati bila baca komen2 diatas bila mana saringan pertama berjaya tp ujian temuduga pulak tidak dipanggil2.Orang tk layak meminjam dgn mudah menggunakan org tgh untuk mendapatkan pinjaman.Harap pihak MPEB membuat pemantauan tentang perkara ini, sbb masa akan datang sy sgt pasti akan mendatangkan masalah kepada pihak MPEB sendiri kerana tujuan murni/hasrat untuk melihat anak belia berjaya dgn perniagaan sendiri tidak tercapai.Lebih parah bila golongan yang tidak bertanggungjawab ini tidak mampu untuk membayar seluruh jumlah pinjaman yg dibuat.

    Janji wakil syarikat yg menguruskan/membantu membuat kertas kerja yg sampai sekarang masih sy tk lupa ialah “klu disenarai hitam bankpun kami bleh bg jaminan kelulusan ntuk ko”
    Sikap pihak syarikat ini seolah mengambil kesempatan daripada skim ini untuk mendapat upah membuat kertas kerja daripada org ramai.sama ada lulus ke tak mereka peduli apa.Peranan ‘org dalampun’ tk kurang pentingnya dalam hal ini.Sekiranya tidak ada ‘org dlm’ ini masakan pinjaman mudah sgt lulus.

    Harap pihak MPEB lebih telus dan membuat pemantauan tentang perkara2 yg disebutkan td yg sy kira amat serius.Saya akan melihat dr jauh perkara ini.Sama ada masih sama atau akan berubah

  101. Ahmad Mazlan Ali on January 2nd, 2009 5:42 am

    saya dah ada kursus asas pernagaan IKBN tapi nama telah di senarai hitam masih layak ke untuk memohon.terima kasih

  102. Azhar Hasan on January 11th, 2009 9:03 am

    Saudara/saudari,

    Janganlah mengharap sangat dengan apa yang dijanjikan oleh KBS mengenai jangka-masa proses kelulusan.
    Pengalaman saya amat mengecewakan, permohonan saya mengambil masa 6 bulan dan sampai sekarang tiada berita terkini.
    Saya tidak tahu apa yang tidak kena dengan jabatan berkaitan.Alasan yang diberikan ialah tidak cukup staff dan banyak kerja lain.

    Kita sebagai pelangggan tidak hendak mengetahui apa masalah mereka kerana itu masalah jabatan mereka. Dan masa pemprosesan selama 5 bulan adalah JOKE.

    Saya sarankan tidak perlulah terpedaya dengan kata-kata manis iklan MPEB. Kita perlu ada pelan kontingency kedua dan ketiga supaya bisnes yang kita jalankan tidak memeberi kesan jika mengharapkan pinjaman ini sahaja.

    Diharap En Azman Musa boleh memberi komen.

  103. redzwan on January 18th, 2009 6:09 pm

    saya br tamat pengajian di ipta.saya ingin berniaga dan saya tiada modal untuk bermula.bole pihak anda membantu saya.

  104. samsul on February 11th, 2009 6:15 pm

    Saya ingin memulakan perniagaan tetapi belum mempunyai idea dan juga modal.Memerlukan bantuan untuk mendapatkan idea & juga pinjaman untuk modal. Terima kasih.

  105. Sim Gio Boo on February 19th, 2009 1:49 am

    Selepas diisi borang, di mana seharusnya saya menghantarkan borang itu? Alamatnya ada dimana? Terima kasih.

  106. AIDA NOOR AINI BT MOHD RAMLI on February 25th, 2009 7:36 pm

    boleh saya tahu bagaimana nak buat pinjaman?

  107. nor shazura on February 28th, 2009 8:22 am

    saya berminat untuk memulakan perniagaan tapi tiada modal permulaan jadi apa harus saya buat

  108. gilbert on March 6th, 2009 10:15 am

    is this for any bussines?

  109. chia chow huat on March 13th, 2009 9:53 am

    saya tinggal di johor bahru. saya ingah memohon pijaman mpeb.siapa yang boleh saya minta tolong di JB. terima kasih.

  110. manizah on March 30th, 2009 6:25 am

    saya manizah ingin memulakan perniagaan dan ingin membuka sebuah kedai tetapi tiada modal,bagaimana saya ingin membuat pinjaman .

  111. mohd zaki on April 19th, 2009 12:31 am

    saya ingin membuka sebuah perniagaan kitarsemula,bagaimana saya membuat pimjaman.

  112. morshidi hazmi on April 21st, 2009 6:37 am

    saya merancang menternak lintah dalam polytank/kenvas adakah saya layak memohon pijaman ini umur saya 45 tahun, kalau layak bagaimana hendak memohon. terima kasih

  113. Maran on April 24th, 2009 9:23 am

    saya ingin memulakan perniagaan berkonsepkan jualan langsung,bolehkah saya memohon untuk pinjaman ini dan apakah syaratnya????

  114. fredoline felix on April 25th, 2009 12:35 pm

    saya telah membuat permohonan pinjaman ini setahun yang lalu.saya diberitahu bahawa permohonan saya ini tiada masalah dan setiap kali saya menelefon di pejabat Jabatan Belia Dan Sukan untuk bertanya pinjaman saya mereka kata masih di bawah dalam mesyuarat.maka saya diberitahu sekiranya tiada masalah hanya mengambil masa 3 bulan saja untuk di proses.Masalah saya sekarang ini saya keliru adakah permohonan saya ini masih dalam proses ataupun ditolak

  115. mymizan07 on May 3rd, 2009 6:46 am

    saya pemandu van sekolah, masaalah saya pendapatan saya tidak seberapa oleh itu saya ingin membuat satu perniagaan penternak ikan keli
    adakah saya layak membuat pinjaman?

  116. zanuri on May 18th, 2009 4:09 am

    akum…
    saya ingin memulakan perniagaan Butik sutera batik dan songket di bandar pekan pahang.. saya melihat kawasan di sini amat berpotensi.. saya ingin mengambil contoh perniagaan ini seperti di pasar payang di kuala terengganu untuk dibawa ke pekan.. kawasan pekan ini amat sesuai kerana baru membangun.. masalah saya sekarang adalha saya memerlukan modal sebanyak RM 50,000.00 sahaja untuk memulakan perniaagaan.. dah banyak kursus dan seminar yang saya pergi tetapi saya belum pasti di mana saya ingin mendapatkan modal ini.. saya berkelulusan diploma dan mempunyai pengalaman dalam perniagaan..

  117. saiful on June 12th, 2009 7:44 pm

    saya telah menjalankan perniagaan perkhidmatan elektrikal dan penghawa dingin,saya berminat untuk mengetahui lebih terperinci tentang STEB dan bagaimanakah cara utk memohon pinjaman dari mpeb.

  118. DPMM on June 30th, 2009 9:25 am

    Salam,

    En.Azman Bin Musa antara penjawat awam yg cukup komited dgn amanah yg diberikan. Jika kesemua penjawat awam spt beliau, Insyallah, usaha memartabatkan bangsa Melayu/Islam dlm bidang ekonomi akan mudah dicapai.

    Beliau, layak mendapat pengkitirafan. Teruskan usaha murni anda Sdr.Azman

    Yang benar,
    Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM

  119. Asiahnor on July 2nd, 2009 4:49 am

    Saya mempunyai Perniagaan Total logistic dan saya memerlukan modal tambahan untuk membesarkan lagi
    kemampuan perniagaan saya ttpi saya sudah berusia 43 tahun.

    Badan @ agensi mana yg dpt membantu saya

  120. zila on July 3rd, 2009 7:02 am

    Saya sedang bekerja di jabatan swasta tetapi ingin memulakan perniagaan runcit di salah sebuah ruang pejabat di KL Sentral. Saya mengalami masalah dengan modal dan perlukan nasihat bagi cara memulakan perniagaan dan langkah yang selanjutnyer.

    Terima kasih.

  121. syed on July 10th, 2009 7:42 am

    sy bru ingin memulakan perniagaan dallam bidang it, jadi modal saya tidak mencukupi. jadi saluran mana yg blh saya membuat pinjaman..?

  122. nuzi on July 10th, 2009 7:38 pm

    salam.Saya pada tahun 2007 telah lulus ujian saringan.Kemudian pada tahun 2008 telah diberi tawaran pinjaman belia niaga tetapi saya tidak menghantar borang tersebut.Sekarang boleh tak saya menghantar borang pinjaman tersebut.Tiada perubahan ke?

  123. eddy shuhairie on August 3rd, 2009 3:20 am

    saya telah membuat pinjaman STEB dari cawangan Kulim Kedah.bagaimana saya hendak meyemak tentang status pinjaman saya.kerana saya telah dihubungi sekali tetapi tidak dapat berhubung waktu itu.adakah pinjaman saya masih aktif?

  124. norin on August 10th, 2009 4:53 pm

    a’kum..
    sy dah ada perniagaan western kecil2lan dgn menumpang d warong kakak. sy ingin mengembangkan lg biz ni. layakkah sy dan bgmana caranya. adakah mesti ambil kursus juga br boleh dpt bantuan?

  125. hakim on August 11th, 2009 12:00 am

    sy dri trengganu sgt brminat hendak mmbuka perniagaan sendiri..tpi tidak tahu bgaimana dan dimana harus bt pinjaman…harap dpt bantu…

  126. razin on August 14th, 2009 9:06 pm

    a.s..saya baru hendak memulakan perniagaan dan ingin membuka sebuah kedai elektrik yang menawarkan khidmat wiring,installation dan servis tetapi tiada modal,bagaimana saya ingin membuat pinjaman ?

  127. mariappan on August 19th, 2009 1:57 pm

    1.Semasa hantar borang pinjaman mengatakan minta tandatangan ADUN tetapi kawasan kami dibawah adun keadilan , bagaimana keadaan kami disini di klang,KBBT ,taman sentosa

    2.Sekiranya kami tidak mengikuti sebarang kursus
    keushawanan ,adakah kami tidak berpeluang mandapatkan pinjaman ini .

  128. mariappan on August 19th, 2009 2:01 pm

    1.Adakah sebarangan pinjaman atau peruntukan daripada MIC kepada belia-belia india,Kenapa kami sering diabaikan oleh kerajaan.Tolonglah kami.

  129. yufri on August 29th, 2009 10:06 am

    a.kum!
    saya masih berstatus student tetapi sudah 7 tahun memiliki sebuah premis niaga yg beroperasi di timur tengah membabitkan client dr pelbagai bangsa.
    soalan;
    a) adakah saya berkelayakan memohon pinjaman
    b) adakah syarat perkara 2 & 5 tidak berubah atau
    c) adakah di sana saya dikenakan beberapa syarat tambahan lain ?

  130. muhammad taufiq on September 22nd, 2009 12:55 pm

    saya ingin membuat pinjaman permodalan perniagaan
    saya ingin menceburi bidang perniagaan
    umur saya 20 tahun
    kini sedang mengusahakan syarikat kontraktor ayah saya..
    saya ingin membuat permodalan bagi memulakan perniagaan saya dalam syarikat itu..macam mana saya nak apply?
    tolong balas segera
    terima kasih.

  131. zuraidah on October 2nd, 2009 3:34 pm

    saya ingin menceburi bidang perniagaan frozen food.semua kelengkapan sudah ada,tapi masalahnya saya tak tahu macanmana untuk menjalani krusus frozen dan anjura pihak yang mana.saya sangat berminat untuk memulakan bidang perniagaan ini sebab itulah bila ada modal saya terus beli mesin dan kelengkapan untuk bisnes.malangnya saya tak tahu untuk mulakan perniagaan tanpa diajar oleh mana-mana pihak.jadi untuk meneruskan hajat saya,catering secara kecil-kecilan yg saya buat dulu.boleh beritahu saya jabatan yang mana harus saya hubungi.

  132. K-roll on October 15th, 2009 9:04 pm

    askum.. pinjaman sy dah d luluskan oleh jwatankuasa belia,, kemudian sy d panggil ke agrobank untuk sign agreement dan byr duit setem rm20.. tp sehingga sekaran sy tidak dpt apa2 panggilan dr pihak bank bila tempoh pengeluran pinjaman dpt di beri kpd sy. disini sy nak tnya berapa lama masa yg diambil oleh peguam bank untuk siapkan dokumen.. dan bila pinjaman dpt di beri.. tkasih

  133. k-roll on October 23rd, 2009 3:47 pm

    askum.. sy nak tanya.. sy dah anta borang n RP ke jabt belia.. pastu pgwai belia n agrobank da dtg mlwt projek sy.. 2 minggu pastu sy dpt surat dr jabt belia mngatakan loan sy da lulus.. sminggu pastu agrobank call sruh dtg untk sign aggremment n byr rm20 duit stem.. pastu agrobank sruh sy tunggu call dr dia.. tp masaalah nya skrang da 1 bulan dr trikh sign agrement x adad ape2 berita pon.. sy da call agrobank n dia kata dlm proses lantikan peguam.. bank x de peguam sndiri ke.. atau mmng STEB x de dana ?..

  134. Lee Wei Choon on November 25th, 2009 12:03 pm

    saya sudah menjalankan perniagaan saya selama tiga tahun,saya ingin mengembagkan perniagaan saya dengan berpindah tempat perniagaan saya ke tapak yang lebih luas dan saya perlukan model tambahan untuk membeli mesin dan kelengkapan untuk perniagaan.saya ingin tahu, layak tak kalau saya memohon pinjaman sebanyak rm50,000, dengan untung bersih sebanyak rm4000.00 sebulan(berdasar kunci kira-kira taksiran 2008).perlukah saya menghadiri ceramah bagi pinjaman ini. sekiranya rm50,000 pinjaman dan bayar ansuran selama 7 tahun, berapa dikenakan sebulan? sila balas komen . tq.

  135. pugalenter on January 3rd, 2010 12:57 pm

    saya berumur 20 thn dan saya masih searang pelajar di ipt.saya berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan saya juga ingin membuat pinjaman pemodalan bagi mengambil alih sebuah kedai komputer.jadi apakah prosuder yang harus saya buat bagi mendapat pinjaman dan membuka sebuah perniagan.
    harap saya dapat dibantu segera.
    terima kasih

  136. zahid suffian on January 14th, 2010 11:21 am

    akum..saya mempunyai syarikat event management dan mempunyai sebuah akademi bolasepak disini saya ingin bertanya boleh ke saya memohon untuk mendapatkan pinjaman dan bagaimana harus saya memulakannya

  137. khairul azuan shah on April 25th, 2010 10:23 am

    saya ingin menjalankn menjalankn projek ternkkan keli,bulan mac depan projek ini akn mula,bolehkah sy memohon pinjaman,saya seorang belas penuntut lepasan ikbn..tapakprojek dan kertas kerja semua telah siap disediakan,,cuma masalah modal yang sy keluarkan cukup2 makn sahaja..saya memohon pihak belia dan sukan dapt menolong saya.terima kasih

  138. Nurain binti Ariffin on June 1st, 2010 2:54 pm

    Saya telah banyak menyertai kursus anjuran Kementerian Belia Dan Sukan malah sudah 2 kali menerima anugerah pingat gangsa dan kini saya menjalankan perniagaan kecil yang berdaftar dengan SSM pada13-07-2009 hingga sekarang.Saya hanya ada bank stateman duit keluar masuk perniagaan. Jadi di sini saya ingin memohon pinjaman RM 7000.00 bagi menambah modal perniagaan saya.Adakah saya layak ?

  139. MAIMON BINTI SHAFEE on June 14th, 2010 12:25 pm

    Saya dimaklumkan kalau hendak dapat pinjaman ini kena masuk ahli kelab belia dahulu.Saya buka laman web KBS, tapi tak jumpa pun borang-borang untuk menjadi ahli KBS. Saya ni orang Gua Musang. Sudah lama ingin berniaga tetapi tiada modal.

    Saya tengok, kerajaan banyak menubuhkan pelbagai agensi untuk menolong golongan belia seperti saya ini yang berminat untuk menjalankan perniagaan.

    Kalau saya tidak memohon melalui agensi-agensi ini, dengan siapa lagi saya ingin memohon. Saya hanya kerja swasta sahaja, dengan gaji tidak seberapa. Justeru itulah saya ingin membuka kedai untuk berniaga.Saya tidak mahu pinjam dengan Ah Long. Tapi situasi hari ini yang memerlukan wang yang banyak, dengan kos hidup yang tinggi, saya harus mengubah hidup saya.Lagi pun saya ingin menyahut seruan kerajaan agar golongan belia terutama bumiputra supaya bangkit dan memajukan diri.

    Terima kasih

  140. Salehuddin on July 17th, 2010 9:49 pm

    Saya nak buka cafe dan saya mengalami kekangan modal..di mana saya boleh mendapatkan pinjaman yang mudah??saya merupakan seorang pelajar STPM dan masih berumur 19 tahun..

  141. mohamad najib bin roslee on July 23rd, 2010 11:19 am

    saya ingin meminjam sebanyak RM20000.00 dari tabung ekonomi belia atas urusan untuk memulakan perniagaan. saya juga berdaftar sebagai lepasan diploma institut kemahiran belia negara.bagaimanakah prosedur pinjaman tersebut dan juga berapakah jumlah bayaran yang akan saya bayar setiap bulan jika saya meminjam wang tersebut.

  142. FIZA on October 1st, 2010 12:01 pm

    Saya merupakan seorang pengusaha kedai kek dan bakery. Lebih kurang 5 bulan menjalankan perniagaan, tetapi kelengkapan perniagaan saya belum mencukupi. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT MEMOHON SKIM BANTUAN EKONOMI BELIA JIKA SAYA BERADA DI KEDAH? Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai ……….

  143. zulkiflie mustaffa on October 10th, 2010 8:08 pm

    assalamualaikum…saya telah siap membina sebuah kedai dan saya bercadang untuk membuka perniagaan runcit..tetapi saya tidak mempunyai modal permulaan..bagaimakah cara untuk saya mendapatkan pimjaman modal pernigaan… apakah yg saya patut sediakan bg memudahkan pinjaman saya diluluskan…
    mengharapkan pertolongan..
    terima kasih..

  144. danny.l on August 28th, 2011 6:55 pm

    salam semua,saya ni sudah lama nak memulakan perniagaan tetapi masalahnya, saya tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membuka sebuah kedai menjual gitar dan peralatan gitar(aksesori)sekaligus dengan tempat untuk jamming..saya seorang lepasan SPM di kawasan Bau, kuching.sekarang saya berkerja sebagai buruh kasar dengan gaji tak seberapa…di mana dan bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan pinjaman modal perniagaan..kalau boleh,lagi cepat lagi bagus..saya dah tak sabar untuk memulakan sesuatu yang amat saya minat..tolonglah saya….

Leave a Reply