Pendapatan Sheikh Muszaphar Disiasat
Pendapatan angkasawan pertama negara, Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor, kini disiasat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berikutan pendedahan daripada sebuah laman web yang mendakwa Sheikh Muszaphar menerima bayaran RM1.2 juta sejak setahun lepas.
Menurut sumber itu lagi, pendapatan lebih satu juta tersebut diperolehi dalam siri ucapan dan syarahan kepada 150 syarikat korporat dengan kadar bayaran RM8,000 sejam.
Dalam menjawab pendedahan tersebut, Sheikh Muszaphar mengaku menerima sumbangan daripada beberapa pihak tetapi menafikan bahawa nilai yang diterimanya mencecah hingga RM8,000 sejam. Beliau menambah bahawa beliau sudah memberikan penjelasan kepada kementerian, yang berpuas hati dengan hasil perbincangan antara kedua dua pihak.
Sheikh Muszaphar kini terikat dengan perjanjian dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sehingga penghujung tahun ini, di mana beliau diberi tanggungjawab untuk mengadakan ceramah dan ucapan kepada pelajar pelajar sekolah serta syarikat korporat serta berkongsi pengalaman beliau menjadi rakyat pertama dari Malaysia yang mencecah kaki ke angkasa lepas. Beliau menerima gaji RM5,000 sebulan.
Entry Lain Yang Menarik:
- Kementerian Pembangunan Usahawan Digesa Tidak Dibubar
- Guru Pedalaman Bakal Dapat Insentif Tambahan
- 220,000 Jawatan Menerusi Zon Ekonomi Baru
- Kerja Kerajaan Popular
- Contoh Resume (Bahasa Malaysia)
Comments
3 Responses to “Pendapatan Sheikh Muszaphar Disiasat”
Leave a Reply




Wow,memang banyak gaji tu
Balas Komen Ini
negara kita memang berbangga dengan lahirnya seorang angkasawan..ia patut dicemburui oleh negara jiran serantau kerana kita lebi dulu melahirkan seorang angkasawan….tetapi malangnya dimanakah hasil bagi semua itu kerana hanya nama yang digembar gemburkan bukannya hasil dan penemuan yang diutamakan,dimana hasil kajian yang dilakukan oleh angkasawan itu..layakkah ini dipanggil sebagai angkasawan yang datang untuk mengkaji tetapi apabila kembali ke muka bumi kekayaan untuk diri sendiri diperolehi..let say Sheikh Muszaphar just the visitor not researcher..?
Balas Komen Ini
just want to comment that this website must be updated regularly so that people like me can get latest information about what we want to know especially about the scholarships.
Balas Komen Ini