Pendaftaran Pelajar UNISEL Kecoh

July 28, 2007 · Kategori: Kerjaya 

Pendaftaran Pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) di Wisma Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam kecoh setelah segelintir 300 pelajar yang datang menjerit kemarahan kerana berasa ditipu akibat tidak mendapat kemudahan penginapan walaupun sudah membayar yuran penginapan.

Akibatnya, kesemua 300 pelajar tersebut terpaksa pulang bermalam di kediaman mereka sendiri dan bukannya di dalam kampus UNISEL di Seksyen 7, Shah Alam. Kekecohan hanya reda setelah pengurusan UNISEL berjanji untuk memberikan kemudahan penginapan tersebut kepada pelajar.

Menurut Timbalan Naib Canselor UNISEL, Profesor Dr Rustam Abbas, masalah timbul apabila sebanyak 900 pelajar yang muncul pada hari pendaftaran berbanding 600 orang yang membuat pengesahan.

Sumber berita dari Harian Metro.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Kerjaya Bersama UMK, Kelantan
  2. 300,000 Daftar Dengan JobsMalaysia

Comments

One Response to “Pendaftaran Pelajar UNISEL Kecoh”

  1. xxxmen on June 23rd, 2008 2:42 pm

    hrp unisel akan berubah selepas kejadian jumaat lepas.

    Balas Komen Ini

Leave a Reply