20 Pekerja Hilang Kerja
BANTING: Sebuah syarikat pengeluar alat penjimat minyak yang dilancarkan secara besar-besaran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dataran Putra, dekat sini, Julai tahun lalu, menghentikan operasinya secara tiba-tiba menyebabkan pekerjanya terpaksa menganggur.
Lebih malang lagi, kira-kira 20 pekerja syarikat dikenali sebagai Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd, yang beroperasi di Bandar Sungai Emas di sini, sejak lebih setahun lalu mendakwa tidak menerima gaji bulan lalu.
Seorang pekerja, Ahmad Zamri Abdullah, 30, (gambar) berkata syarikat itu sudah diambil alih sebuah syarikat lain pada Mei lalu dan pengurusan baru memaklumkan semua aktiviti dan operasi syarikat termasuk pekerja terpaksa digantung menerusi sepucuk surat bertarikh 17 Mei lalu.
“Bagaimanapun, apa yang mencurigakan saya, surat bertarikh 17 Mei itu hanya dihantar menerusi faks pada 17 Jun lalu, iaitu sebulan kemudian.
“Keadaan itu menyebabkan kami sangat terkejut apabila dua hari kemudian iaitu pada 19 Jun, adalah hari terakhir kami bekerja di sini,” katanya ketika ditemui di perkarangan bangunan syarikat itu, semalam.
Ahmad Zamri berkata, jika pengurusan baru mahu membuat sebarang keputusan, mereka sepatutnya memaklumkannya lebih awal atau sekurang-kurangnya memberi dua minggu notis.
“Tindakan ini seperti menganiaya kami. Macam mana kami tak risau sedangkan kami banyak tanggungan,” katanya.
Beliau berkata, mereka juga lewat menerima gaji bagi Mei iaitu pada 18 Jun lalu.
“Selepas 19 Jun, iaitu hari terakhir bekerja, sampai sekarang kami tak dapat gaji lagi,” katanya.
Berikutan itu Ahmad Zamri berkata, dia sudah membuat laporan mengenai perkara itu di Balai Polis Banting, pada 1 Julai lalu.
Sumber: Harian Metro
Kenapa Pilih Kerja Kerajaan?
Dalam memilih pekerjaan, rata rata mereka yang inginkan kerjaya yang baik mencari peluang untuk mendapat tempat di sektor kerajaan. Pada mereka, kerjaya di sektor kerajaan atau awam lebih menjanjikan keselamatan, kesenangan dan memberi lebih banyak kemudahan berbanding sektor swasta.
Tambahan lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai inisiatif baru serta pelabagai faedah tambahan ditawarkan kepada kakitangan awam dan kerajaan bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Antaranya ialah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat, kemudahan perubatan, peningkatan jumlah pencen serta sistem pemberian wang pencen yang lebih pantas. Justeru, tidak hairan ramai orang yang berlumba lumba untuk menjawat jawatan kerajaan.
Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Ikuti 5 sebab kenapa jawatan kosong kerajaan jadi pilihan. Yang mana satukah sebab anda? Tepuk dada, tanya selera.
Penternak Keli Perlu Ada Sijil Halal
Penternak, peniaga dan pembekal ikan keli di negara ini harus mempunyai sijil halal bagi memberikan keyakinan kepada pengguna dan memastikan pasaran untuk orang muslim tidak terjejas.
Menurut ketua eksekutif Halal Development Corporation, HDC, peniaga harus memainkan tanggungjawab mendapatkan lesen halal berkenaan walaupun ia bukan sesuatu yang diwajibkan. Tambahan lagi, dalam beberapa insiden yang lepas, beberapa pihak media dan individu mendapati ada penternakan ikan keli yang menggunakan zat babi sebagai sumber makanan kepada ikan ikan yang dibela.
Beberapa tahun sebelum ini, negara juga digemparkan dengan berita kumpulan penternak ikan patin di Perak yang juga menggunakan zat babi dalam pemeliharaan ikan mereka.


