Kerjaya Bersama UMK, Kelantan

August 5, 2009 · Kategori: Kerjaya · 2 Comments 

Universiti Malaysia Kelantan atau UMK telah ditubuhkan sebagai institusi pendidikan tertiari yang kesembilan belas di negara ini, dimana rangkaan penubuhannya termaktub dalam rancangan malaysia ke-9 (RMK9). UMK menitikberatkan beberapa aspek pendidikan teras yang penting termasuklah keusahawanan, teknologi kreatif, agro-industri dan sains sumber asli.

Universiti Malaysia Kelantan kini menjemput calon calon berwibawa dan berkelayakan untuk mengisi beberapa jawatan kosong di institusi tersebut seperti yang berikut:

1. Pensyarah/Profesor Madya/Profesor

2. Guru Bahasa

3. Tutor

Bidang pengkhususan yang memerlukan tenaga pekerja terdiri daripada Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Matematik Perniagaan, Sains Pemakanan, Sukan & Rekreasi, Logistik & Pengedaran, Ekonomi, Pemasaran, Undang Undang Perniagaan dll), Agro-Industri & Sumber Asli (Bio-Kimia, Sains Kimia, Sains Haiwan, Minerologi, Akuakultur dll) dan Pusat Pengajian Bahasa (Inggeris, Mandarin, Psikologi, Bahasa Arab, Hubungan Etnik dll).

Setiap jawatan datang dengan gred tersendiri dan oleh itu memerlukan kelayakan serta syarat syarat yang sesuai berdasarkan kepada jawatan yang dipohon. Pemohon hendaklah memastikan setiap jawatan yang dipohon adalah sesuai dengan minat, kelayakan akademik serta pengalaman kerja masing masing.

Untuk melihat syarat syarat penuh serta cara memohon, klik di sini. Tarikh tutup permohonan jawatan kosong adalah terbuka.

Contoh Resume (Bahasa Malaysia)

July 23, 2009 · Kategori: Kerjaya · 15 Comments 

Sebagai pemohon kerja, jarang anda diminta untuk menyediakan resume dalam bahasa Malaysia (atau Melayu). Sebaliknya, yang selalunya diharap adalah yang disediakan dalam bahasa Inggeris, terutamanya majikan dari sektor swasta. Tidak hairan apabila menyebut tentang resume, secara automatik ramai yang beranggapan ia adalah sekeping dokumen yang mesti dihasilkan dalam bahasa Inggeris.

Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa tidak ada majikan, organisasi atau institusi yang mahukan resume anda dihantar dalam bahasa Inggeris atas sebab sebab tertentu. Jika anda berada dalam situasi berkenaan, barulah anda mula gusar untuk mencari sampel atau contoh resume yang boleh digunakan. Tidak terlalu banyak laman web yang memaparkan contoh contoh resume bahasa Melayu yang baik.

Laman web SkorCareer menyediakan sebuah contoh resume ringkas yang ditulis dalam bahasa Malaysia. Ia mudah dilihat, difahami dan tidak sukar untuk mengenalpasti apakah yang perlu anda lakukan untuk menghasilkan sebuah resume untuk diri anda. Klik di sini untuk melihat contoh resume tersebut.

Guru Pedalaman Bakal Dapat Insentif Tambahan

July 22, 2009 · Kategori: Kerjaya · 5 Comments 

Berita baik untuk guru guru yang sedang atau bakal ditugaskan di kawasan pedalaman. Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan akan memberi insentif tambahan kepada mereka yang ditempatkan jauh dari kawasan bandar. Insentif tersebut adalah tambahan kepada mana mana imbuhan yang telah diberikan sebelum ini.

Guru guru yang mempunyai kemahiran mengajar dalam bahasa Inggeris akan diberi keutamaan memandangkan darjah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah oleh pelajar pelajar di kawasan pedalaman.

Langkah tersebut juga merujuk kepada inisiatif negara Australia yang menghantar guru guru cemerlang ke kawasan pedalaman untuk meningkatkan prestasi pelajaran di kawasan yang jauh dari pembangunan urbanisasi serta menghadapi masalah kelengkapan kemudahan dan fasiliti. Program yang dianjurkan oleh Australia tersebut diberi nama Teach for Australia, yang melambangkan hasrat murni negara tersebut melebarkan usaha mengembangkan ilmu.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, tiada penjelasan terperinci yang menjelaskan apakah bentuk insentif tersebut kepada guru guru yang terlibat.

Sebelum ini, mereka yang ditugaskan untuk mengajar di kawasan kawasan luar bandar dan pedalaman menerima elaun atau imbuhan dari julat RM500 hinga RM1,500 bergantung kepada jauhnya kawasan tersebut dari kawasan bandar yang berdekatan. Sehubungan dengan itu juga, Kementerian Pelajaran berhasrat membuka lebih 10,000 jawatan kosong guru untuk memantapkan lagi sistem pendidikan.

« Previous PageNext Page »