Nescafe Kick-Start Musim Ke-5

October 15, 2008 · Kategori: Kerjaya 

Rancangan realiti popular Nescafe Kick-Start yang menampilkan usahawan muda dan berbakat, kembali dengan musim baru, iaitu musim ke-5. Setelah 4 musim ditayangkan di televisyen, musim terbaru ini membawa kelainan kerana akan berlangsung secara online.

Rancangan tersebut kini dalam proses menerima permohonan daripada mereka yang berminat dan akan berlangsung hingga ke puncak program yang akan berakhir pada 7 Mac 2009, iaitu 5 bulan dari sekarang.

Melalui program Nescafe Kick-Start ini, golongan belia berumur diantara 18 dan 25 tahun berpeluang untuk menampilkan idea keusahawanan mereka kepada panel juri dan bersaing sesama sendiri untuk merebut hadiah wang tunai. Di samping pulang dengan hadiah, mereka juga akan didedahkan dengan suasana bisnes serta dunia perniagaan sebenar dan membuktikan kemampuan mereka di khalayak ramai.

Pada musim lepas, peserta Laloque, yang mengetengahkan perancangan bisnes untuk membuka sebuah gelanggang bola cat (paintballing) indoor, diisytiharkan pemenang dan pulang dengan hadiah wang lumayan sebanyak RM150,000.

Penyertaan Nescafe Kick-Start musim ke-5 ini telahpun bermula di mana mereka yang berminat untuk membuat permohonan boleh melakukannya menerusi internet (online) atau menerusi khidmat SMS. Penyertaan akan ditutup buat peserta pada 7 Disember 2008. Laloque menewaskan Mahirah (akademi renang), Shirley (kedai kek) dan Razaisyam (pengarah filem).

Mereka yang terpilih akan melalui tiga peringkat saingan iaitu saringan keusahawanan, perbincangan rancangan perniagaan dan yang terakhir sekali pembentangan video. 20 orang finalis akan dipilih untuk membentangkan rancangan bisnes mereka melalui video dan kesemua 20 peserta ini akan pulang dengan hadiah wang tunai RM1,000 seorang, manakala seorang pemenang terbaik akan pulang dengan RM10,000.

Klik laman web rasmi Nescafe Kick-Start di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang rancangan tersebut, serta memohon menjadi calon peserta.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 220,000 Jawatan Menerusi Zon Ekonomi Baru
  2. Kerjaya Bersama UMK, Kelantan
  3. Pengambilan Graduan Untuk ATM
  4. 300,000 Daftar Dengan JobsMalaysia

Comments

Leave a Reply