Lee Chong Wei Dapat RM300,000, Datuk
Setelah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2008, pemain perseorangan badminton negara, Lee Chong Wei bukan sahaja akan mendapat durian runtuh wang tunai, tetapi bakal dianugerahkan dengan gelaran Datuk.
Selain daripada itu, beliau juga akan mendapat imbuhan berupa pencen sebanyak RM3,000 sebulan sepanjang hayat.
Dalam perlawanan akhir badminton perseorangan di Sukan Olimpik baru baru ini, Chong Wei, yang menggalas harapan untuk mendapat pingat emas pertama untuk negara dalam temasya sukan paling berprestij itu, tumpas kepada pemain handalan yang juga pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan.
Dalam kedudukan ranking dunia, Lee Chong Wei berada pada tempat kedua, di belakang Lin Dan.
Entry Lain Yang Menarik:
- Giliran Misbun Dapat Gelaran Datuk...
- Nicol David...
- Kejururawatan Dapat Perhatian...
- Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes (Buku)...
- Lehman Brothers Diisytihar Bankrap...
Comments
One Response to “Lee Chong Wei Dapat RM300,000, Datuk”
Leave a Reply


[...] Sukan Olimpik 2008 baru baru ini. Dia tumpas kepada pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan. Chong Wei dianugerahkan dengan gelaran Datuk pada minggu lepas, di samping hadiah wang tunai RM300,000 berserta pencen sebanyak RM3,000 [...]