Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi atau Ministry of Higher Education ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan pengajian peringkat tinggi (universiti dan kolej, pengurusan kemasukan, biasiswa & pinjaman pelajaran dan sebagainya) yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pendidikan. Operasi Kementerian Pengajian Tinggi berpusat di Parcel E, Putrajaya.
Sementara itu organisasi kementerian ini dibahagikan lagi kepada 2 jabatan iaitu Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti. Jabatan Pengurusan IPT bertanggungjawab ke atas Sektor Pengurusan IPTA dan IPTS.
LAN, PTPTN, Yayasan TAR termasuk IPTA utama seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 16 lagi institusi tempatan.
Pelajar serta mereka yang berminat untuk bertanyakan berkenaan pinjaman dan biasiswa (PTPTN atau Yayasan TAR), kemasukan ke Politeknik, sambungan pelajaran ke luar negara serta kemasukan ke IPTA boleh merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
Alamat:
Kementerian Pengajian Tinggi,
Blok E3, Parcel E
Pusat Perbadanan Kemajuan Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-8883 5000
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
6 Responses to “Kementerian Pengajian Tinggi”
Leave a Reply




salam..sy ingin mendapatkan pinjaman biasiswa mara..bagaimanakah caranya dan apakah kelayakan untuk mendapatkan bantuan tersebut?
sy mempunyai sijil tinggi pelajaran malaysia dengan keputusan cgpa 3.33…4 prinsipal…
terima kasih.
Balas Komen Ini
salam…
saya ingin mengetahui bagaimana cara untuk saya membuat permohonan biasiswa bagi pengajian di peringkat sarjana? adakah saya boleh memohon tajaan JPA?bagaimanakah caranya?
terima kasih…
Balas Komen Ini
salam.saya ingin mengetahui adakah belajar di politeknik di peringkat diploma bolehkah saya ingin memohon biasiswa jpa?kalau boleh bagaimana.
Balas Komen Ini
macamana nak mohon biasiswa jpa kalau belajar diploma di politeknik?
Balas Komen Ini
Tuan/Puan
Selamat sejatera.saya henda menukarkan sijil saya dalam bahasa English.macam mana saya buat?
Terima Kasih!
Balas Komen Ini
a’kum kepada yang berkenaan, saya disini hendak membuat comment berkenaan masalah tiada air di kolej komuniti Bentong, Pahang. saya berasa kesukaran kepada para penuntut dan staf disitu kerana masalah ketiadaan air. Saya berharap pihak kementerian mengambil perhatian berkenaan perkara ini. sekian
Balas Komen Ini