Kejururawatan Dapat Perhatian

September 2, 2008 · Kategori: Kerjaya 

Kerjaya kejururawatan mendapat perhatian dalam Belanjawan (Bajet) 2009 setelah Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peruntukan RM70 juta untuk mengembangkan profesion tersebut. Menerusi usaha ini kerajaan juga berharap dapat meningkatkan minat daripada golongan pelajar untuk menceburi bidang kerjaya tersebut.

Jumlah RM70 juta itu bakal digunakan untuk melatih lebih 5,000 jururawat di kolej latihan kejururawatan awam di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan, serta lebih 2,000 pelatih lagi yang mendapat latihan di kolej swasta.  Pada waktu ini bilangan jururawat di Malaysia sudah melebihi 50,000 orang dan angka ini didasarkan bakal mencecah lebih 100,000 dalam jangka masa beberapa tahun akan datang.

Graduan yang baru menamatkan pengajian dalam bidang sains dan berminat dengan profesion kejururawatan juga boleh memulakan kusus diploma kejururawatan yang hanya mengambil masa setahun setengah berbanding tempoh tiga tahun sebelum ini.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

4 Responses to “Kejururawatan Dapat Perhatian”

  1. subramaniam on September 17th, 2008 5:48 am

    tlg bagitau cara nak cari alamat utk apply online belajar nursing yg perlu utk dftar dgn kerajaan.sy susah nak cari alamat dan hantar resume kakak saya.

    Balas Komen Ini

    tulip reply on August 16th, 2009 3:38 pm:

    try bahagian spa???

    Balas Komen Ini

  2. tulip on August 16th, 2009 3:41 pm

    hmm maksud saya suruhanjaya perkhidmatan awam

    Balas Komen Ini

  3. paulisa on November 23rd, 2009 9:28 pm

    saya ni student klej swasta,n bleh ke sya nk kje y krajaan pnyer n camner nak apply

    Balas Komen Ini

Leave a Reply