Jawatan Kosong di PLKN

August 9, 2007 · Kategori: Kerjaya 

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini mempunyai beberapa jawatan kosong untuk diisi oleh calon yang berminat untuk bekerja dengan PLKN. Jawatan yang perlu diisi adalah dalam bentuk kontrak dan juga kerja sambilan. Calon yang diterima bekerja akan bertugas di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahan Malaysia, Kuala Lumpur.

Antara jawatan kosong yang masih perlu diisi buat masa ini ialah (kekosongan adalah terbuka dan tiada tarikh tutup):

1. Pembantu Tadbir (sambilan)

Jawatan ini memerlukan calon warganegara malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada waktu permohonan dibuat. Minimum kelayakan akademik yang diperlukan ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu atau sijil sijil kelayakan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Gaji yang ditawarkan untuk jawatan Pembantu Tadbir (Sambilan) ialah RM28.50 sehari berserta Elaun Tetap Khidmat Awam.

2. Pembantu Hal Ehwal Islam Wanita

Jawatan ditawarkan secara kontrak dengan kelayakan akademik minimun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus matapelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan skop tugas berkaitan dengan hal ehwal islam, calon juga hendaklah mempunyai kepujian dalam matapelajaran Agama Islam atau Bahasa Arab, atau Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama penuh kerajaan.

Gaji yang ditawarkan untuk jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Wanita adalah bergantung kepada kumpulan dan tangga gaji yang bakal ditetapkan (antara RM656.30 – RM1918.33)

3. Penolong Pegawai Tadbir

Tugas untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir adalah secara sambilan. Calon calon yang mempunyai Diploma, Sijil atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan akademik yang setaraf. Gaji untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir adalah RM41.90 sehari berserta Elaun Tetap Khidmat Awam RM7 sehari.

4. Timbalan Komandan PLKN

Jawatan ini memerlukan calon yang mempunyai pengalaman pimpinan dalam badan beruniform serta pengalaman dalam bidang pengurusan. Umur calon hendaklah tidak melebihi 35 tahun sewaktu permohonan dan perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda sebagai kelayakan akademik. Calon calon yang berkelayakan dan datang dari sektor swasta, universiti dan pesara kerajaan yang mempunyai pengalaman dalam bidang latihan adalah digalakkan untuk memohon.

Permohonan.

Untuk memohon, isi borang dibawah (format PDF) atau boleh didapati di pejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di alamat:

Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
Kementerian Pertahanan Malaysia
Aras 9, Menara TH Selborn
153, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2687 3444/418/452/450

Setiap permohonan juga perlu disertakan dengan sekeping gambar passport, salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil sijil Ijazah/Diploma/Sijil/STPM/SPM dan yang setaraf dengannya.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) adalah badan yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan bertugas merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksankan di seluruh negara Malaysia.

Borang Jawatan Kosong PLKN.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

82 Responses to “Jawatan Kosong di PLKN”

  1. norizan binti aznan on August 12th, 2007 9:38 am

    aper2 jawatan kosong.

  2. aiza binti azahar on August 27th, 2007 12:57 am

    adakah jawatan yang bertaraf sementara ini,berkemungkinan di serapkan ke taraf jawatan tetap dlam mana2 agensi kerajaan yang lain?

  3. suria bt abd gani on September 3rd, 2007 2:37 am

    sy di sini ingin sgt berkerja sy tal lisah jawatan ape pun..tp sy mempunyai sijil spm 5 kredit dan BM sy setakat lulus je…bolehkah sy mengisi kekosongan jawatan,sy juga ada pengalamn sebagai kerani dn,juga seorg anggota sukarelawan JPA3 dn askar wataniah..sy mgharap sgt dpt keje di situ.ni no tel sy 0196315587. tolong pertimbangkn sy merayu..

  4. NORFADILAH BINTI MOHAMAD KASSIM on September 10th, 2007 4:30 am

    saya adalah seorang pembantu tadbir sambilan di sebuah kem di pinggir kota, saya ingin mengetahui cara untuk jawatan tetap

  5. sya on September 11th, 2007 3:26 am

    assalamualaikum…

    saya ingin bertanya kepada pihak tuan/puan adakah jawatan kosong untuk pembantu tadbir(sambilan)akan diserapkan kepada jawatan tetap jikalau saya memohon jawatan ini??.untuk jangka masa lama mana jawatan sambilan ini??

  6. KHAIRUNISHA BINTI ISLAH on September 13th, 2007 10:12 am

    Sayalepasan IPTA ingin memohon jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Wanita yang ditawarkan.

  7. hanzalah on September 15th, 2007 4:17 am

    ape2 pn boleh tp mengenai komputer..

  8. Hafizah on September 17th, 2007 5:06 pm

    Saya seorang surirumah yang baru berusia 22 tahun tiada sebarang pekerjaan. Saya ingin tahu bolehkah saya memohon sebarang jawatan kosong yang sedia ada?

  9. Hafizah on September 17th, 2007 5:11 pm

    Saya juga juga adalah salah seorang anggota Ikatan Rakyat Malaysia, bolehkah saya memohon jawatan kosong yang sedia ada didalam PLKN?

  10. rien on September 18th, 2007 6:47 am

    salam…saya ingin bertanya, adakah kerja penolong pegawai tadbir(sambilan) tersebut boleh saya isi, di mana saya sekarang masih lagi menuntut di ipta…

  11. Hafizah on September 22nd, 2007 2:04 pm

    Askum saya masih lagi menunggu jawapan tentang soalan saya adakah anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seperti saya boleh memohon sebarang jawatan kosong dalam PLKN?

  12. Zain on December 2nd, 2007 5:24 pm

    As.kum/Slm sjahtera,
    Pada pertengahan tahun ini saya telah menghantar sendiri borang permohonan untuk jawatan Jurulatih PLKN ke Menara TH Selborn.
    Kelayakan saya sudah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.Namun,sehingga hari ini saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas berhubung status permohonan saya itu.
    Apabila tidak mendapat sebarang respon daripada pihak JLKN, saya tertanya-tanya adakah permohonan saya itu telah diproses atau borang tersebut tidak disampaikan kepada pihak yang berkenaan.
    Saya amat berharap agar dapat diterima sebagai jurulatih PLKN kerana saya sering terlibat dengan aktiviti PLKN di kawasan saya. Saya amat tertarik untuk turut melibatkan diri secara langsung (sebagai Jurulatih PLKN).
    Walaubagaimanapun,saya akur bahawa hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi/temuduga. Oleh itu, sekurangnya jika ada makluman bahawa Borang Permohonan saya itu telah diproses… jadilah.
    Akhir kata,
    ” Kalau padi katakan padi,
    Tidak saya tertampi-tampi,
    Kalau jadi katakan jadi,
    Tidak saya ternanti-nanti,”
    Sekian, terima kasih.

  13. siti nor hayati mohd yunus on December 12th, 2007 2:41 am

    saya sekarang bekerja sebagai admin di sebuah syarikat engeneering,tetapi saya masih memcari kerja tetap.adakah pihak anda boleh membantu saya secepat yang mungkin.

  14. farhana on December 19th, 2007 9:17 am

    saya dah anta borang permohonan..tapi x de apa-apa jawapan..

  15. SARAJINI @ ROZITA BT MAT ALI on December 26th, 2007 2:26 pm

    Saya berkelulusan Diploma Sains Kejururawatan dan telah berkhidmat selama 8 tahun di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Di sini, saya ingin bertanya adakah pihak JLKN memerlukan jururawat di PLKN atau di JLKN sendiri dan berapakah gaji yang ditawarkan? Diharapkan pihak JLKN dapat memberi jawapan secepat yang mungkin. terima kasih

  16. noi idayu bt mat aziz on January 11th, 2008 3:43 pm

    saya ingin memohon kerja tetap selepas habis belajar..saya harap pihak plkn dapat menerima saya untuk bekerja di jabatan tuan.. terima kasih

  17. derisjab on January 11th, 2008 4:35 pm

    Saya seorang pesara Guru Besar di sekolah kerajaan (Sekolah Kebangsaan). Dengan keadaan kesihatan saya yang baik dan dengan pengalaman mengajar di sekolah selama 35 tahun termasuk sebagai Guru Besar (Pentadbir Sekolah)selama 10 tahun saya ingin meneruskan sumbangan bakti saya kepada anak Malaysia di PLKN di kawasan Machang Bubok (KEM Syruz)Bukit Mertajam. Tarikh saya bersara ialah pada 6 Disember, 2007. Terima kasih. Adakah apa-apa jawatan yang sesuai untuk saya ?

  18. azura sazali on January 16th, 2008 6:07 pm

    saya berkelulusan PMR sahaja..saya berminat untuk memohon jawatan sebagai kerani atau yang setaraf dgn kelayakkan yang saya ada..buat mase sekarang saya sedang mencari kerja untuk saya jadikan kerja tetap saya untuk masa depan saya..

  19. Razali Senan on January 21st, 2008 1:56 pm

    Assalamualaikum

    Saya bernama Razali Senan, Saya amat berminat untuk memohon Jawatan Jurulatih yang di iklankan,ini kerena perkerjaan yang saya lakukan adalah juga jurulatih di sebuah syarikat antarabangsa. Saya juga berkebolehan membuat moduls-moduls kursus yang bersesuaian dengan apa yang kita lakukan.

    Saya telah pun berkhdimat di syarikat ini selama 17 tahun,dan telah banyak menghadiri kursus yang berkaitan membina ihsan dalam diri. Saya juga pernah bekerjasama dalam menjayakan beberapa Team Building yang di anjurkan oleh pihak syarikat. Saya juga adalah anggota JPA3 .Saya amat berharap agar permohonan saya ini di terima oleh pihak PLKN serta memberi peluang untuk saya menabur bakti terhadap Negara dan bangsa kita melalui penyampaian dalam Latihan serta menyerapkan sikap kesedaran Positif dalam pembelajaran . Di ikuti penyampaian Nilai-nilai murni cintakan Negara yang tercinta.

  20. Nur Hanis Syuhada Binti Che Noor on January 22nd, 2008 1:15 pm

    Salam Sejahtera Saya disini amat tertarik bagi mengisi kekosongan sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi di PLKN. Saya merupakan lepasan STPM dan amat berbangga sekiranya diberi peluang bagi memenuhi kekosongan yang ada di PLKN.

  21. Nursazila Binti Mohammad Fauzi on January 24th, 2008 8:20 am

    assalamualaikum dan salam sejahtera…
    saya disini amat berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi di PLKN.sy merupakan lepasan SPM pada tahun 2005.selepas sahaja tamat persekolahan pada akhir tahun 2005,saya telah mencari peluang pekerjaan.buat masa kini,saya bekerja di salah sebuah kilang perindusrtian dalam bidang Streel Material menjawat jawatan sebagai kerani jabatan pentadbiran..
    Soalan saya adalah:-
    1)boleh kah saya memohon jawatan yang berkaitan dengan pengalaman yang saya ada ini?
    sekiranya saya diberikan peluang,saya akan menghargai amanah yang telah diberikan..ini adalah kerana,saya memang berminat untuk menyertai Progran PLKN.tp,mungkin rezeki saya untuk mengikuti PLKN tidak ada.jd,andai saya diterima masuk/mandapat peluang pekerjaan di PLKN ini.saya tidak akan mensia-siakan…..

  22. wann on February 3rd, 2008 3:07 am

    slm,sy ada terbaca iklan jwtn ksg utk pen.peg hal ehwal islam.sy amat b’mnt.tetapi sy tdk dpt buka ruangan utk mengisi borang tersebut.atau blhkh sy dptkan terus borang di PLKN b’dekatan- 0193644864

  23. Doodee on February 3rd, 2008 12:17 pm

    Thanks for sharing

  24. Nur zaimah bt Ahmad on February 5th, 2008 5:28 am

    Assalamualaikum,sy berminat terhdp jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Wanita dan Penolong Pegawai Tadbir. Saya berharap pihak JLKN mempertimbangkan permohonan saya diatas budi bicara pihak JLKN.

  25. Nur zaini Binti Ahmad on February 5th, 2008 5:32 am

    Assalamualaikum…………..
    Saya Nur zaini bt Ahmad lepasan Diploma Sains Kesetiausahaan berminat untuk berkhidmat di dalam JLKN. Saya berminat dengan jawatan yang ditawarkan spt Pembantu Hal Ehwal Islam Wanita dan Penolong Pegawai Tadbir. Saya berharap pihak JLKN akan mempertimbangkan permohonan saya. Sekian,terima kasih.

  26. aida on February 12th, 2008 2:05 am

    saya harap permohonan saya akan di proses..

  27. Affendy Ali Rahman on February 12th, 2008 12:42 pm

    saya berminat menjadi salah satu kakitangan plkn,sekiranya kekosongan yang bersesuaian dengan kelayakan saya,berilah saya peluang.saya tidak kisah dengan apa jawatan yang diberikan,biarpun sebagai pemandu.saya juga tidak kisah jika diletakkan dimana mana kem

  28. hanifah on February 13th, 2008 3:29 am

    a’salam saya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. walaupun saya mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang pembangunan sumber manusia sukar untuk saya mendapat pekerjaan yang setaraf sehingga saya berpuluang menemui satu bidang kerjaa secara sambilan . hasil pendapatan setaraf dengan jawatan profesional malaha lebih. sesiapa yang berminat boleh lah menghantar email kepada saya. saya tinggal di melaka.

  29. rozita binti daud on February 15th, 2008 4:21 am

    assalamualaikum
    saya sekarang berkerja di imigresen johor baru sebagai pembantu tadbir imigresen sementara di johor baru.Tujuan saya berminta untuk berkerja di sini berikutan kontrak saya bakal tamat tidak lama lagi.Saya tinggal di johor bahru.sekiranya saya di terima boleh lah menghubungi saya di no 0177471038.Saya sedia menerima apa jawatan sekalipun.terima kasih

  30. Hairur radziah binti yahya on February 15th, 2008 7:12 am

    assalamualaikum……
    saya berminat untuk memohon jawatan sebagai pembantu tdbir,Saya mempunyai sijil dari kolej komuniti dan dalam bidang teknologi maklumat.sekiranya pihak tuan/puan memerlukan seorng pekerja boleh la mengambil saya….sila hubungi sayadi talian ini 0127831730..kerjasama anda amat saya hargai

  31. hakim salleh on February 27th, 2008 9:53 am

    a`kum…

  32. hakim salleh on February 27th, 2008 10:05 am

    a`kum….saya berumur 27 thn.berminat jawatan sbg pembantu tadbir.sambilan @ tetap.dimana-mana sahaja lokasi dlm semenanjung pada bila-bila masa sahaja.akademik-SPM kepujian b.melayu,sains.kebolehan-berkawad- bersukan-takraw,volleyball dan indoor games.tel : 019 2224396 / 013 6667181

  33. mirah on February 29th, 2008 7:45 am

    salam..saya umur 21 tahun..saya minat dalam perkeranian saya hanya kelulusan SPM dan mempunyai sijil komputer.Pengalaman keje saya di kementerian kewangan sebagai pembantu tadbir (sambilan).harap pihak tuan dapat di pertimbangkan jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan boleh menghubungi saya dengan talian 017-7494758 atau 07-9236571

  34. adzfa on February 29th, 2008 7:47 am

    salam
    saya umur 27 tahun saya minat keje dalam perkerian /operasi atau keje yang mencabar.harap pihak tuan dapat di pertimbangkan jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan boleh menghubungi saya dengan talian 012-7494752

  35. Ishak Bin Mohamad Isa on October 12th, 2008 7:56 am

    Is there anyone you know in MINDEF?
    If the answer is no…..
    You can just forget about it.
    My experience tells me that.

  36. mai on October 24th, 2008 9:25 am

    don’t give up dik.. akak pon dulu spm cukup2 makan jer.. tapi tak putus ase.. setiap kali tau de kerje kosong, konpem akak apply.. usahe tangge kejayaan, skang dah leh makan gaji ngan kerajaan, jawatan tetap.. pe2hal, timba pengalaman k..

  37. mai on October 24th, 2008 9:27 am

    jangan mengharap la wak..skang kan kerajaan nak mansuhkan sume pekerja kerajaan taraf sambilan..sampai ujung tahun nie jer..tapi sebenarnye tak salah nak timba pengalaman.cam saye, saye bermule ngan taraf sambilan, diberhentikan kerja n skang dah dapat jawatan tetap kerajaan kerana mempunyai pengalaman. good luck!!! …..

  38. mai on October 24th, 2008 9:29 am

    abiskan blajo dulu la..xyah pikir nak keje lagi..

  39. HAYATI on November 26th, 2008 4:10 am

    saya berminat dgn jawatan sambilan yg awak cakap tu…so bleh saya tahu aper jawatannya??

  40. m@n on January 25th, 2009 9:13 am

    assalamualaikum.. saya nak mohon kerja aper2 jer, bleh bagi laman web yag dapat online terus???

  41. june on February 19th, 2009 9:31 am

    To those who is applying or searching for a job do visit the website listed/Kepada yang sedang mencari dan memohon pekerjaan, sila layari laman-laman web berikut:

    A. Interested in working with the government sector?/Berminat bekerja dengan pihak kerajaan?
    -http://www.spa.gov.my/
    -http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces (Do browse this website as there are now opening for several posts in the goverment agencies/sila layari laman web ini kerana didapati sekarang terdapat beberapa kekosongan jawatan di dalam jabatan kerajaan).
    -Do check this website/sila layari laman web ini- http://www.gov.my/MyGov/BI/Misc/JobVacancy

    Hope you out there have a prosperous luck ok.

  42. are-dik on March 26th, 2009 5:41 am

    saya nak aply jawatan pembantu tadbir STPM la.. Macam mane ek?

  43. Fadil on April 6th, 2009 3:22 pm

    salam
    saya umur 22 lepasan SPM masuk poli tapi gagal. saya harap ade peluang untuk saya berkerja di mana2 leh tolong bagi sedikit link atau peluang perkerjaan dimana atau pendapat sekian terima kasih

  44. Mej (B) Ab. Rahim Ali on April 18th, 2009 3:26 pm

    Salam, Saya Mej (B) Ab. Rahim, ingin bertanya tuan, adakah saya masih berkelayakan untuk memohon jawatan Timbalan Komander di mana-mana pos PLKN kerana umur saya telah menjangkauu 44 tahun. Saya baru bersara daripada ATM pada 26 JUN 2007. Telah menghadari kursus G2 di PULADA dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains daripada UKM Bangi Selangor. Mohon Jawapan asp.

  45. Redzuan Weng on April 20th, 2009 6:51 pm

    Semua manusia yg di ciptakan oleh tuhan tak di nayatakan tidak pada benda2 yg tidak melanggar hukum, dan peraturan.. so, yakin dan percaya pada diri sendiri.. orang melayu kata ‘kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih’ tak gitu?? nak ekonomi keluarga kukuh, x salah si isteri berkerja.. yg ptg si suami benarkan..

  46. Redzuan Weng on April 20th, 2009 6:56 pm

    sabar separuh daripada iman.. apa kata anda jangan terus mengharap.. terus berusaha mencari kerja yg lain.. jd taklah kecewa nanti.. sabar tuhan maha adil dalam soal rezeki…

  47. nani on May 4th, 2009 1:19 am

    saya telah lama memohon jawatan pembantu tadbir di jabatam kerajaan tetapi sehingga kini masih tiada jawapan.

  48. ummu habibah bt abd aziz on June 7th, 2009 3:43 am

    Salam,saya berumur 24tahun dan saya ingin memohon jawatan sebagai pembantu tadbir.saya harap pihak tuan@puan dapat mempertimbangkan permohonan saya.terima kasih

  49. Ainurinawanis on June 14th, 2009 4:11 pm

    saya pelajar tahun dua di salah sebuah U di luar negara, akan pulang bercuti pada pertengahan julai 2009 ini, dan akan bercuti selama 2 bulan lebih , saya tertarik untuk melakukan kerja sebagai PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM WANITA bg mana2 kem PLKN di sekitar KL, Selangor, Perak atau mana2 kem yang memerlukan perkhidmatan seperti ini, Saya merupakan mahasiswa bagi Pengajian Islam faculti Science kemanusiaan, saya harap dapat feed back segera,

  50. Noni on June 21st, 2009 8:27 am

    salam, hampir 2 bulan saya berhenti kerja sebelum ini saya berkerja di firma guaman selama 15 tahun. jadi amat sukacita jika ada kerja yang sesuai untuk saya. nak cuba pengalaman lain

  51. sharifah aini bte amzah on June 29th, 2009 12:08 am

    saya buat masa nie masih berkerje sebagai kerani di station shell,saya berniat ingin berkerja dengan kerajaan, tetapi setiap kali memohon tiada sebarang jawapan,kelulusan hanya spm,adakah nie sebab pemohonan saya tiada jawapan?

  52. LEN on July 23rd, 2009 6:54 pm

    saya bekas pelatih plkn dan sekarang sudah menghabiskan degree..saya berminat untuk berkhidmat untuk membimbing anak-anak muda di plkn.
    tapi post ni wujud lagi ker?
    dah lama sangat tarikh update.

  53. MALIK on July 26th, 2009 6:07 pm

    saya seorang lepasan (vss)di sebuah syarikat swasta.berhidmat lebih 14 tahun.saya menjawat jawatan sebagai seorang senior line leader. saya ingin mencari pekerjaan atau jawatan yang sesuai untuk diri saya. jika ada kekosongan yang sesuai sila email kan kepada saya. saya mempunyai sijil SPM dan beberapa sijil training di syarikat lama. berpengalaman dalam bidang mesin,pengurusan dan berkebolehan dalam bidang motivasi.

  54. zai on July 31st, 2009 11:54 am

    x reti lar nk isi borang spa nehh

  55. nor on August 10th, 2009 4:30 pm

    salam,saya berminat untuk menjawat jawatan sbg pembantu hal ehwal islam.. persoalan saya, adakah saya layak untuk memohon jawatan ini yg mana saya bersekolah di sekolah menengah separuh kerajaan sedangkan syarat memerlukan dr sekolah bantuan penuh kerajaan. sekiranya saya menghantar permohonan ini,adakah permohonan saya ini diberi pertimbangan?? walaupun syarat akademik yg sy ada telah memenuhi syarat yg diperlukan.
    Terima Kasih.

  56. NORKHAIRUL BARIAH BT AKHIRUDIN on August 11th, 2009 5:59 pm

    Per:Memohon Jawatan kosong Perkeranian/Jurulatih PLKN.

    Saya yang bernama diatas,dengan ini ingin memohon jawatan kosong perkeranian/jurulatih diJabatan PLKN.Status saya sudah berkahwin berumur 22 tahun.Berkelulusan SPM mempunyai 5kredit dlm subjek B.melayu,Agama islam,Sains,Pendidikan seni dan 2 subjek lain.Sekarang saya berkerja dibawah jabatan awam sebagai guru tabika KEMAS diselangor,pengalaman saya sebagai guru selama 4tahun amat menggembirakan dan mengajar kita tentang pentingnya ilmu dan disiplin pada diri.Jadi sekarang saya sedang mencari kerja dibawah jabatan kerajaan sebagai kerja tetap dan kini saya ingin pihak tuan/puan dapat menerima atau mengambil saya berkerja dibawah jabatan tuan/puan dan selain itu juga dapat menambahkan pengalaman atau pengetahuan saya tentang kerja lain.Saya juga mempunyai sijil komputer.Segala komitmen dan kerjasama serta keperhatinan dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan mengucapkan ribuan terima kasih semoga permohonan saya dapat diterima dan dipertimbangkan dengan lebih cepat.

    Yang benar,
    Norkhairul bariah bt akhirudin.

    -Jika saya telah diterima sila hubungi di nombor 017-238244112-3622103 atau di alamatkan di no 6 jln melor 2/1b taman seri serendah 48200 serendah selangor darul ehsan.

    -macamana nak isi borang secara online.

  57. JULIANA on August 13th, 2009 10:31 am

    permohonan mengisi kekosongan jawatan di dalam PLKN.

    saya juliana binti ahmad berminat untuk mengisi kekosongan jawatan PLKN.saya harap pihak tuan dapat memberi peluang saya untuk bekerja dengan pihak tuan.

    tel:019-4662451

  58. saifuddin on August 25th, 2009 9:50 am

    assalamualaikum n salam sejahtera
    sy ingin bertnya, adakah plkn ada menyediakan peluang untk sesi pratikal di mana2 kem seluruh malaysia?
    jika ada bgimana untk mendptknnya?
    sy pelajar sem akhir ijazah sains sukan dr fakulti sains sukan& rekreasi uitm.

  59. esya_aein on August 25th, 2009 2:27 pm

    saye budak kolej islam melaka saye xberape minat belajar di sini atas dasar family saye terpakse masuk leh x saye mohon jawatan kat tempat tuan dan keputusan spm saye xmenyerlah……

  60. esya_aein on August 25th, 2009 2:30 pm

    bg saye lebih baek awak mohon jawatan kerajaan krana swasta gaji hanya akn merugikan awak kerana ia akn menolak banyak gaji awak….

  61. zam kedah on September 5th, 2009 3:27 pm

    saya zam.bru blik plkn..sya nk minta jd jurulatih plkn.adakah saya mampu?

  62. Retnavathi on September 11th, 2009 9:56 pm

    Saya berumur 30 thn dan saya tinggal di jb dan cari kerja.Sebelum ni saya kerja di kilang sebagai penolong penyelia selama 7 thn, kilangnya dah tutup. Saya dah 3 bulan tak ada kerja. Saya berminat kerja di sektor kerajaan. Kelulusan saya ialah SPM mempunyai 3 credit lulus dlm semua matapelajaran dan Ijazah dlm IT. Saya nak cuba bahagian imigresen macam mana? Boleh tolong saya nak dapatkan informasinya? minta tolong

  63. apolz on September 23rd, 2009 8:27 am

    saya ada pengalaman dalam bidang edmin….
    saya nak cari kerja sekarang..

  64. abd rahim hanipah on September 30th, 2009 3:53 pm

    saya berumur 58 tahun dan bekas pen pegawai tadbir kanan ingin memohon jawatan pen.pegawai tadbir sambilan di PLPLN air kroh melaka . Adakah saya layak dipertimbangkan ke jawatan tersebut dan saya sanggup bertugas bila-bila masa sahaja.

    Sekian, terima kasih

  65. norhasmaliza ab.halim on October 6th, 2009 4:14 pm

    saekom,and slm sjhtera,saya merupakan seorang pengangur,masalah saya sekarang,saya tak tau macam mana nak isi kekosongan jawatan di mana mana perbadadanan sektor kerajaan mahupun swasta.kelayakan saya setakat spm sahaja,sekiranya saya ditawarkan sebagai pembantu am rendah pn saya tak kesah asalkan di perbadanan kerajaan,dan sekiranya saya di tugas kan di mana tempat pn saya terima. saya mempunyai sijil kemahiran komputer,saya berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan dan puan,sekian terima kasih,asalamualaikum..

  66. nanie on October 11th, 2009 9:07 pm

    saya siti nurul aienani ramli ingin memohon jawatan pegawai hai ehwal islam wanita dalam plkn… sy dah down load borang tapi saya tidak tahu kod pegawai hal ehwal islam dan menyebabkan kesulitan kpd saya untk memohon…saya lepasan diploma…saya amat berminat untk bermohon….kerjasama tuan puan saya hargai…

  67. jackie irang (sarawak) on November 22nd, 2009 11:08 am

    susah nak dapat kerja kerajaan, dengan saya 5 kredit termasuk bahasa melayu. dah 5 tahun isi borang termasuk dah berpuluh kali masuk ntvu, masih tak dapat. pakai keputusan stpm pun tak boleh, tak tau macam mana kerajaan pilih pekerja, jangan cakap putus asa, putus jantung aku dibuatnya,

  68. dahlia.. on November 22nd, 2009 4:45 pm

    hurm.. askum.. macam mana nak jadi jurulatih PLKN nyer.. saya bekas belajar dia.. dah berminat2 sgt nak menjadi jurulatih.. tolong reply tq..

  69. norhakar jamayah binti wahi on December 1st, 2009 1:17 pm

    assalamualaikum…..saya seorang kerani kontrak di kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP),saya telah berkhimat selama 2 tahun tetapi belum lagi diserap sebagai kerani tetap,kalau saya memohon kerja diplkn,dakah permohonan saya diterima,sebagai pebantu tadbir.

  70. zaza eliza on December 5th, 2009 8:45 pm

    akum n salam sejahtera. saya x faham n x tau mcmana nak isi borang secara online. first sya penah mohon d kmenterian sumber manusia n mendapat respon sebnyk 3x,tp skrg bila sya nk mohon semula tiada padanan yg dtemui….knp yek? adakh kerna sya x pie temuduga tersebut? second adakah sya lyak utk memhon jawatan pen.pegawai tadbir sambilan? n sya dulu adlh bekas pelatih PLKN 2003.

  71. jubaidah binti abd sah on December 11th, 2009 8:26 am

    askum saya sgt berminat dan ingin masuk plkn sebagai pembantu jurulatih..ini kali kedua saya mengaply jawtan tersebut saya harap pihak jlkn dapat pertimbgkan permohonan saya ini,saya juga mempunyai pengalaman dalam bidang fizikal laitu berkayak dan juga saya seorang anggota askar wataniah(S).sekian terima kasih…

  72. aienani on December 16th, 2009 9:28 pm

    salam saya sudah menghantar borang permohonan …tapi saya belum m,dapat keputusan dari pihak tuan/puan… kerjasama pihak tuan puan syaya sanjung tinggi

  73. aienani on December 19th, 2009 9:33 pm

    saya siti nurul aienani ramli berkelulusan diploma pengajian islam…. amat berminat dengan jawatan pembantu hal ehwal wanita…yang telah di tawarkan oleh pihak jlkn…. saya akan mengutamakan peluang ini jika di beri peluang kepada saya juga telah mengisi borang permohonan dan telah pos kpd pihak tuan/puan tapi belum mendapat keputusan nya lagi …kerjasama pihak tuan/puan saya sanjung tinggi…..wassalam

  74. NORLIDA BINTI ABU BAKAR on December 22nd, 2009 5:32 pm

    Assalamualaikum wbt…saya lapesan spm yang sedang menganggur…saya nak mintak keje sebagai pembantu tadbir sambilan.saya anak sulung daripada 4orang adik beradik..jadi saya telah menolak banyak tawaran untuk melanjutkan pelajaran demi meringankan beban kedua ibu bapa saya.saya harappermohonan saya dipertimbagkan.amin

  75. siva on May 2nd, 2010 10:01 pm

    tolong saya dapatkan kerja di pols bantuan

  76. Hasimah binti shari on May 13th, 2010 4:55 pm

    saya ingin memohon jawatan sebagai pebngkeranian kerana saya amat meminati jawatan ini dan berharap mendapat jawatan ini.saya juga pernah menyertai program ini.

  77. Robiah Ali on June 2nd, 2010 7:15 pm

    Saya jururawat U32 (KUP) akan bersara wajib tahun 2012. Adakah saya layak memohon jawatan jururawat dimana-mana kem PLKN?

  78. Datu zulkamri on July 11th, 2010 5:31 pm

    saya ingin masuk progam PLKN kerana bercita-cita tinggi….

  79. yusni bin yusof on November 3rd, 2010 8:21 pm

    saya ingin memohon jawatan juru latih plkn dimelaka.kelulusan saya srp.saya telah tamat perhidmatan dalam ankatan tentera melaysia.bagai mana kah cara saya hendak memohon jawatan ini.

  80. Ramish A/ L Appu on February 17th, 2011 5:26 pm

    Saya telah bersara sebagai PW II tred Juruteknik Peluru dari Kor Ordnans DiRaja pada Nov 2010 dan ingin memohon tugas sebagai jurulatih PLKN di kawasan Seremban Negri Sembilan. Saya amat berminat untuk menjalankan khimat sosial kepada para pelatih supaya dapat melatih remaja masa kini dengan berdisiplin serta berkualiti tinggi untuk negara kita. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan? Terima kasih.

  81. rozana binti wok on September 11th, 2011 3:43 pm

    saya telah berhenti keje.skrg sy ingin bkerja di bawah jlkn. dahulu saya salah seorang wirawati di kem chenderiang tapah perak.sy berminat atas kkosongan di bahagian dapur sahaja, kalau la ada saya harap pehak tuan akan pertimbangkan dgn segera terima kasih

  82. mohd hisham bin ismail on September 11th, 2011 10:42 pm

    saya bekas tentera paratroopers saya ingin menjadi jurulatih ada jawatan kosong tolong hubungi saya di 0176044271 bila2 msa blh on kerja

Leave a Reply