Jawatan Kosong di MPOB

October 23, 2007 · Kategori: Kerjaya 

Malaysia Palm Oil Board (MPOB) memainkan peranan utama dalam membangunkan teknologi teknologi baru yang mengembangkan lagi industri kelapa sawit di Malaysia. Ia adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan dalam memastikan kecemerlangan bidang penanaman terutamanya kelapa sawit. MPOB menyedia dan mempromosi kajian saintifik dan sokongan teknologi menerusi program Research & Development (R&D) yang intensif. Sehingga kini lebih 300 teknologi baru telah diperkenal dan dikembangkan dalam industri penanaman kelapa sawit.

MPOB kini mempelawa calon calon yang berminat untuk mengisi kekosongan kerja dan jawatan di MPOB dengan membuat permohonan secara online. Antara jawatan jawatan kosong terkini yang ditawarkan adalah:

A. JAWATAN PEGAWAI PENYELIDIK

Calon calon yang berminat hendaklah mempunyai Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang sains dan teknologi serta yang berkaitan melalui institusi institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan. Antara bidang bidang dan pengkususan adalah:

1. Integrasi Tanaman dan Ternakan – pengkhususan dalam bidang Sains Haiwan & Sains Pertanian. Calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.

2. Pengembangan & Latihan – Pengkhususan dalam bidang Pertanian, Pengurusan Ladang dan Bio-Industri. Keutamaan akan diberi kepada calon pekerja yang mempunyai pendedahan dan pengalaman kerja di agensi atau estet yang berkaitan dengan sawit.

3. Teknologi Pemakanan & Makanan – Bidang pengkhususan dalam Teknologi Makanan, Sains Makanan Teknologi Minyak dan Lemak, Kimia dan Kejuruteraan Kimia. Calon hendaklah berpengalaman dalam bidang ‘functional food’, reologi, koloid makanan, kimia makanan dan pemprosesan pemakanan serta mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

4. Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biak Baka

  • Pengkhususan dalam bidang Bio-teknologi, Molekular Biologi dan Computer Modelling. Calon berkelayakan harus mempunyai pengetahuan dan pendedahan dalam penggunaan minyak dan lemak (oil and fat consumption). Mempunyai kefasihan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi, berdedikasi, berdikari dan bertanggungjawab.
  • Pengkhususan dalam bidang Mikroatur, Real Time PCR, Biologi Molekul dan Bio-Informatik. Calon bertanggungjawab menjalankan dan mengendalikan projek projek yang berkaitan dengan penyelidikan tisu kelapa sawit dengan mahir dalam menggunakan kaedah dan teknik seperti Mikroatur serta Real Time PCR. Pemantauan terhadap kerja kerja mengumpul dan menganalisis tisu tisu kelapa sawit juga harus dilakukan.

5. Pengeluaran dan Pengurusan Tanaman/Perladangan – Bidang pengkhususan dalam Kejuruteraan Mekanikal Pertanian. Calon calon yang ingin memohon jawatan ini perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang pengurusan bengkel, jentera dan alatan pertanian dan baikpulih enjin. Berpengetahuan dalam asas berkaitan enjin petrol dan diesel, serta teknologi 2 dan 4 lejang.

6. Produk Agro - Khusus dalam bidang Sains dan Bahan Kayu, Teknologi Kayu & Kertas serta Teknologi Perabot. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perkayuan/Perabot dari institusi institusi kerajaan atau swasta yang diiktiraf. Berpesonaliti menarik, serta mempunyai sifat sifat dedikasi dan kepemimpinan yang tinggi. Fasih bertutur dalam kedua dua bahasa – Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

7. Pengilangan dan Pemprosesan – pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Menjemput calon calon yang mempunyai kelulusan akademik dalam bidang Kimia atau Kejuruteraan Mekanikal dari institusi institusi pengajian yang diiktiraf. Mempunyai pengetahuan, pendedahan dan pengalaman dalam bidang industri minyak, lemak, sumber tenaga dan bahan api.

Klik di sini untuk memohon Jawatan Pegawai Penyelidik (permohonan MESTI dibuat online menerusi link tersebut dengan mendaftar sebagai pengguna baru).

B. JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Calon yang ingin memohon hendaklah mempunyai sekurang kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon calon yang mencapai keputusan 5P (Principle). Selain itu calon yang mempunyai kelulusan akademik dalam Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam, Undang Undang, Pertanian serta Pengurusan Kewangan juga boleh memohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir.

Klik di sini untuk memohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (permohonan MESTI dibuat online menerusi link tersebut dengan mendaftar sebagai pengguna baru).

C. JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)

Minimum kelayakan adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya serta dari institusi pengajian yang diiktiraf. Lulus ujian masuk trengkas dan mempunyai kederasan minimum 60 psm dengan kesalahan tidak melebihi 4%. Calon yang mempunyai pengetahuan mengendalikan komputer akan diberi keutamaan. Calon yang mempunyai kelulusan akademik dalam Diploma bidang Kesetiausahaan dari UiTM dan institusi lain yang diiktiraf juga boleh memohon.

Klik di sini untuk memohon Jawatan Pembantu Tadbir (permohonan MESTI dibuat online menerusi link tersebut dengan mendaftar sebagai pengguna baru).

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

46 Responses to “Jawatan Kosong di MPOB”

  1. Angeliana ak Ripun on December 10th, 2007 3:43 am

    saya graduan lulusan politeknik kuching sarawak.iaitu jurusan sijil penyimpanan kira.diharap jika terdapat apa sahaja jawatan yang sesuai dengan saya hubungilah saya.terima kasih.012-8910173

  2. ruby jaafar on December 12th, 2007 2:12 am

    saya merupakan graduan dari politeknik lulusan diploma perniagaan. saya mempunyai pengalaman kerja dlm bidang recovery officer.

  3. ruby jaafar on December 12th, 2007 2:14 am

    saya merupakan graduan dari politeknik lulusan diploma perniagaan. saya mempunyai pengalaman kerja dlm bidang recovery officer.sila hubungi saya sekiranya ada kekosongan jawatan.017-4712717

  4. afis ismail on December 14th, 2007 12:40 pm

    saya lepasan spm yg kurang berjaya tapi saya berminat dalam pekerjaan ladang especially sawit jika ada jawatan kosong dalam bidang ladang bole contact saya terima kasih.0125917407

  5. Norshaila Mohd Yusof on December 17th, 2007 1:38 pm

    saya lepasan universiti malaysia pahang dalam bidang kejuruteraan kimia berminat untuk bekerja di bawah MPOB dengan jawatan yang sesuai dengan kelulusan saya. Sila hubungi saya jika terdapat kekosongan jawatan. Terima kasih. 013-3562795

  6. faridah abdul wahab on December 18th, 2007 2:51 am

    saya merupakan graduan universiti putra malaysia dalam bidang sains perhutanan dan amat berminat untuk bekerja di bawah MPOB.Jika ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan saya sila hubungi saya di nombor 012-3926487. Terima Kasih

  7. faiz on September 9th, 2008 3:35 pm

    saya merupakan lepasan ijazah dalan bidang sains kimia dari UMT(dahulunya KUSTEM) dan amat berminat untuk menyambung kerjaya dengan MPOB terutamanya dalam bidang kimia koloid.

  8. zoua_wawa on September 17th, 2008 8:24 am

    salam…sy plik gak ngan org zman skang nih…
    perigi cri tmba @ tmba cri perigi??
    sy pun da musykil..
    whai pnduduk malaysia…ringankan tulang mncri krja…sprti mna rzki xdtg brgolek,sma la ngan krja yg xkn dtg if kta xmncri sndri..cmer sstgh umat jer yg bleh di ktakan dpt ‘rzki trpijak’ akn dpt cmni..tlg kuar cri krja if korg mmpu nk cri sndri…skang nih,mjikan nk pkrja yg self motivated,kalo cmni,saper nk??jual dri untk dpt yg trbaik d mata mjikan mmg bgus,so ‘jual dri’ anda untk dpt yg trbaik..brgrak la sket untk msa dpn…wassalam..

  9. aaaaaaaaaaaaadddddddddddddddd on October 15th, 2008 6:46 am

    betul2, sokong… budak2 zaman sekarang ni mmg sedih la….
    sume nk kene suap….
    usaha la ckit….

  10. i-zie on November 17th, 2008 7:21 am

    salam….kita ni senasib…awk intake bila?

  11. employed_83 on November 19th, 2008 4:07 am

    sekurang2nya apply la secara online, ringankan tangan, isilah secara lengkap detail2 dlm pmohonanan tu..nampak gak inisiatip tu nak dapat keja. ini tak, main taip kelulusan pastu letak no hp…
    nak mengharap kene call??
    ..tunggulah sampai ayam jantan betelor atau sampai kucing bertanduk…kekekeke..

  12. winie on November 19th, 2008 11:45 am

    skang sume online daa……….mane ade jalan kaki main terjah je company.kalo keje kat kdai runcit leh la main terjah je

  13. Mie on December 4th, 2008 6:25 am

    btol2.. sy sokong.. zaman skrg da canggih ma.. tak payah nak susah2 lagi.. just on9 je kalo nk cri keje.. gunakan teknologi yg telah disediakn..kn mudah.. huhuu..

  14. krok on December 17th, 2008 8:55 am

    sempat lagi korang

  15. larry on December 29th, 2008 2:56 am

    janganlah malas nak cuba. mana de keja yang sonang sekarang ni.mana tau ada rezeki. duit tu susah mau cari tau.

  16. lan pet-pet on December 29th, 2008 3:03 am

    saya sokong pendapat kamu.tapi kalau nak cari pekerja yang baik dan berkualiti jangan pilih bangsa.yang penting kualiti kena ada barulah kompeni mau maju

  17. bbbbbbbbb on December 29th, 2008 3:08 am

    susah mau cari keja sekarang ni. kerja menyamun pun kena tangkap juga nanti, sabarlah mungkin rezeki belum datang gi

  18. majapahit on January 1st, 2009 1:56 am

    APa ni gadu2..buat apa yg patut rezeki xkemana dah d tetapkan masing2 tp klu da kutip SEMUA REZEKI pasti mati pun datang..ingat prkara yg d ttpkan olh ALLAH..Jgn ego lagi begok

  19. SHAZWANI MAGINI on January 12th, 2009 9:34 am

    Saya Graduan dari politeknik kuantan (Sultan Haji Ahmad Shah)tahun 2008,Diploma dalam bidang Kejuruteraan Teknoogi Makanan. Jika ada jawatan yang sesuai dengan saya di mpob di harap pihak tuan/puan sudi menghubungi saya.Terima Kasih.

  20. anak malaysia on February 2nd, 2009 4:03 pm

    salam
    skrang ni mmng susah nk cri keje( ikut rezki stgh org ader yg lmbat n cpat)…mcm saye dh buat mcm2 cara atau cri jln inisiatif sprt terjah, walk in intervw, cri kat paper, on9…semua nye stakat ni tak berkesan..rezki xmenybelahi…tmbah ekonomi yng merundum..n kdngkala kabel pnting gak..apa2pun don’t give up…yg pnting sntiasa brusaha n brtawakal n berdoa kepada NYA. biarla org nk kata aper (nk kena suap la, memilih la n apa2 la) YG PENTING KITA JE TAU APA YG KITA IKHTIARKAN.INSYALLAH.

  21. anak johor on February 14th, 2009 4:21 am

    saya pernah apply jawatan di MPOB. tapi tak ada kaba pun sampai sekarang. macam mana ek saya nak tahu pmohonan saya tu berjaya ataupun tidak…

  22. aben on February 19th, 2009 4:23 pm

    wahai sedara, renungkanlah andai anda berada ditempat mereka. sanggupkah anda bekerja dalam bidang swasta? jgn dok sedap mulut je dok ngata orang

  23. jj on May 19th, 2009 1:30 pm

    ko nih x amik iktibar lgsg dpd topik yg diorang dok bualkan kat atas!

  24. gawir on May 21st, 2009 3:58 am

    dear all..klu nk cari kerja @ dpt keje jgn la pandang pada 1 bidang sahaja..try la cari keja yg lain..tk semestiny nk keja dlm sektor kerajaan jer, yg herannya napa korang sumer tk nk cuba d bidang swasta..coz kwn2 jgn lupa sektor swasta jg myumbang kpd pembangunan ekonomi negara jg…so moral of the story..jangan la memilih kerja..pikirkn la!!

  25. farah on May 27th, 2009 3:29 am

    a’kum,sabarlah korang2 sume ek..nak cari keje bukan senang..yg pntg usaha..berusaha lg lah kan..saye dah byk kali cube dah kat mpob ni.. sabarlah ek..

  26. mamat on May 29th, 2009 12:51 am

    mpob kalau tak ada orang dalam memang susah nak dapat…….

  27. NOEL BULULOK on July 6th, 2009 3:01 am

    Salam sejahtera,

    tuan,

    Saya berminat dengan projek kelapa sawit.
    Saya ingin menggetahui jenis yang paling berkualiti?
    Dimanakah saya boleh mendapatkan anak benih yang berkualiti?

    terima kasih
    dari Miri,Sarawak.

  28. man on July 7th, 2009 2:43 am

    ssh la mau dpt keja goverment!!!!

  29. man on July 7th, 2009 3:03 am

    arap kerajaan dapat bantu kami mendapatkan pekerjaan segera

  30. azura on July 11th, 2009 8:57 am

    jgn pilih kasih tuhan tahu….
    kalu malas jawatan besar pun leh kena buang…

  31. chipsmore on August 5th, 2009 9:10 am

    saya bakal graduan dari UITM,,,.,amik bidang office management,,., kalo ader jawatan kosong as setiausaha or penolong pegawai tadbir harap sgt ader ruang nnt,.,. sy grad pada april 2010,.,.

  32. kikin on August 9th, 2009 4:25 pm

    pakai org dlm pun kalo x leh wat keje x guna gak….rezeki org masing2….redha je la

  33. NOR AMIRA BINTI ABDULLAH on August 17th, 2009 10:32 am

    saya nak minta kerjasama dari pejabat MPOB berilah sebarang kerja kepada saya untuk berkhidmat di agensi MPOB.Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya di talian 013-4463706

  34. mohd adaam bin ali on August 22nd, 2009 6:03 pm

    saya berharap agar saya di terima untuk berkerja di mpob kerana saya sangat berminat dalam bidang ini.

  35. ironmaiden on August 28th, 2009 9:21 am

    kerja tak boleh memilih..mane yang masih mencari tu,kadang boleh sampai tahap buntu.ini pun kire 1 inisiatif jugak.janganla main serkap jarang je..da tau orang tu susah,tolongla.bukan mengejek.atau mereke semua ni perlukan kebel power macam cerita rock tu ke?

  36. ironmaiden on August 28th, 2009 9:36 am

    saye sokong!! asyik harap keje kerajaan je..inilah jadinye.jangan sampai jadi manusia yang leka dengan subsidi..

  37. ironmaiden on August 28th, 2009 9:49 am

    salah orang ‘dulu’ juge..kalau da tau,kenape disuap?jangan lupe,budak2 sekarang pun terikut jugak care orang ‘dulu’..takde beze pun..

  38. Adam Ali Abdul on October 2nd, 2009 10:22 pm

    Harus bersaing keras untuk dapat diterima di jawatan kosong mpob ini.

  39. emi on October 12th, 2009 7:36 pm

    Setelah bertahun-tahun mencari peluang kerja.beribu-ribu duit habis untuk pergi ketemuduga, apa salahnya kalau cuba mempromosikan diri di ruangan ini. setiap rezeki datangnya dari Allah. kalau bernasib baik ada jawatan kosong yang memerlukan pekerja dengan segera, pihak MPOB tak perlu susuah-susah nak buat iklan disurat khabar. Dengan kos penerbitan yang tinggi, pihak MPOB dapat menjimatkan perbelanjaan.mempromosikan diri dalam ruangan ini juga adalah satu usaha,tidak seperti mendapat kerja menggunakan “orang dalam”. jadi janganlah merendah-rendahkan orang lain.setiap orang mempunyai peluang yang sama dalam dunia ini.TQ.

  40. zila on October 12th, 2009 9:30 pm

    betul lah tue…kerja swasta pun asyik kena marah nie..sakit betul hati.apakan daya,kita nie pekerja kan….huhu

  41. radin nooraisah kamaludin on December 28th, 2009 6:33 pm

    Saya merupakan graduan UiTM jurusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Sains Statistik. bolehkah sekiranye saya ingin menjalankan praktikal di MPOB cawangan Kluang pada bulan Jun 2010 nanti?

  42. nur on January 12th, 2010 3:26 pm

    Saya merupakan graduan dari UMS di dalam bidang kimia industri. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan di MPOB saya amat berminat untuk menyertai MPOB. Harap dapat menghubungi saya di 014 8706340

  43. AZUAN MUSTAFFA BIN ISMAIL on April 20th, 2010 5:13 pm

    Saya lepasan SPM, 22. Sekiranya terdapat jawatan kosong di MPOB saya amat berminat untuk menyertai MPOB dan sekiranya dapat saya akan berkhidmat dengan penuh bakti.

  44. Zulfikar Bin Zulkhifli on June 3rd, 2010 7:12 pm

    Saya berkelulusan sijil dari institut pertanian Malaysia dan berpengalaman hampir 4 tahun dalam bidang pertanian khursusnya Kelapa sawit.Jadi saya amat berminat sekiranya pihak MPOB sudi menerima saya untuk mengisi ruang kekosongan yang ada.Harap dapat hubungi saya di talian ini 0197624826

  45. Akmal bin Azizan on June 18th, 2010 4:18 pm

    Saya graduan dari UKM dalam jurusan Nuklear Science di bawah kelolaan Jabatan Sains dan Teknologi. Pengalaman pekerjaan ialah dalam pengendalian Environtmental Monitoring Program dan Radiation Safety untuk salah satu projek kerajaan di bawah syarikat swasta untuk melupuskan Thorium waste,. Saya berminat dalam kajian yang dilakukan oleh Agensi Malaysia Palm Oil Berhad dan berminat ingin untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman disamping dapat belajar dikalangan cendekiawan terkenal di MPOB.

  46. Mohd Jafni Hashm on September 22nd, 2011 4:20 pm

    Saya graduan ijazah sarjana muda kepujian teknologi perabot UiTM.. kalau ada kekosongan jawatan di MPOB harap dapat lah menghantar maklumat terkini di email saya.. saya adalah salah sorang penerima ijazah kelas pertama dengan memiliki cgpa 3.5 ke atas.. terima kasaih..

Leave a Reply