Pengambilan Graduan Untuk ATM

August 7, 2009 · Kategori: Kerjaya 

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menawarkan peluang kerjaya kepada graduan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang diperuntukkan dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Sebagai syarat kelayakan am, calon calon hendaklah berumur tidak lebih dari 27 tahun (untuk jawatan Senarai Tugas Am) dan tidak lebih 29 tahun (untuk jawatan Senarai Tugas Ikhtisas).

Syarat syarat fizikal pula adalah seperti berikut:

  1. Tinggi min 1.57m (lelaki), 1.47m (wanita)
  2. Berat min 47.5 (lelaki), 40.5kg (wanita)
  3. Ukuran dada min (lelaki sahaja) 76cm
  4. Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9

Dari segi taraf kesihatan, bagi mereka yang berkaca mata, keupayaan min penglihatan tanpa kaca adalah 6/12 serta lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dari segi akademik pula, calon hendaklah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) atau Diploma dalam salah satu daripada bidang bidang yang berikut: Kejuruteraan Elektrikal/Elektronik, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kejuruteraan Awam, Senibina, Undang undang, Kejuruteraan Marin, Pengurusan Logistik dan Kejuruteraan Kimia.  Semua calon perlu mendapatkan salinan pengiktirafan JPA untuk mengesahkan status kelayakan akademik.

Calon calon yang berjaya akan diberikan gaji yang juga datang dengan beberapa imbuhan dan elaun yang menarik seperti elaun perumahan, tuntutan pakaian istiadat, imbuhan tetap khidmat tentera, bayaran insentif Semenanjung & Malaysia Timur, rawatan perubatan, elaun bantuan sara hidup (COLA) dan lain lain lagi.

Untuk memohon, semua calon perlu mendaftar dengan laman www.JobsMalaysia.gov.my.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 3,000 Jawatan Kerajaan Untuk Graduan IT
  2. 10 Syarikat Terbaik Graduan
  3. Peluang Kerjaya di RISDA
  4. Kerjaya Bersama UMK, Kelantan
  5. Kerjaya Bersama MBAS (Alor Setar), Kedah

Comments

7 Responses to “Pengambilan Graduan Untuk ATM”

  1. Rastam Jamali Mohd Zubir on October 29th, 2009 5:33 pm

    Saya Graduan Universiti Al-Azhar, Mesir, ingin menawarkan diri untuk menjawat jawatan Kor. Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT)

    Balas Komen Ini

  2. saliyah binti md shah on December 20th, 2009 2:53 pm

    saya graduan universiti al-azhar mesir bersedia mejawat jawatan sebagai kor agama angkatan tentera malaysia;untuk makluman pihak tuan saya pernah menghadiri temuduga sebanyak 2 kali sebagai perajuritmuda sebelum melanjutkan pelajaran ke mesir.saya berharap untuk kali ini tidak mengecewakan hasrat saya lagi.terima kasih

    Balas Komen Ini

  3. abdul kassam bin omar on December 29th, 2009 3:01 pm

    saya berkelulusan dalam bidang Diploma Elektronik tapi umur saya telah mencecah 31 tahun,bolehkah pihak tuan ambil saya bekerja dalam bidang juruteknik

    Balas Komen Ini

  4. DIANA BINTI AHMAD on January 2nd, 2010 4:07 pm

    saya graduan universiti tun abdul razak dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan bersedia menjawat jawatan sebagai kor agama angkatan tentera malaysia .saya amat meminati bidang ini dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkannya.terima kasih

    Balas Komen Ini

  5. qsina on January 11th, 2010 11:56 am

    salam , cmne nak dapat borang ATM saya nak sangat kerja ATM ….tolong la..saya ada sijil ukur bahan politeknik

    Balas Komen Ini

  6. zua on January 28th, 2010 7:59 am

    salam.blh sy tahu bila pengambilan akan dibuka utk thn 2010?

    Balas Komen Ini

  7. Saifuk Irwan on January 31st, 2010 2:27 pm

    Sy nak tanya dimana blh dapatkan borang permohonan bagi TUDM?. borang TUDM ini secara online ada atau tidak..

    Balas Komen Ini

Leave a Reply