Jadual Peperiksaan SPM 2008

September 9, 2008 · Kategori: Pendidikan 

Jadual peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2008 telah disusun dan diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan kini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi tersebut. Secara rasminya, peperiksaan SPM akan bermula pada hari Isnin, 13 Oktober 2008 dan berakhir pada hari Jumaat, 5 Disember 2008.

Walaupun sebelum ini ada suara suara dari beberapa pihak yang meminta kementerian untuk menyusun semula jadual tersebut, menuruh pengarah pendidikan, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan muktamad telah dipersetujui, dan kertas kertas peperiksaan telah pun dicetak. Jadi, penyelenggaran semula adalah sesuatu yang tidak praktikal dan akan menelan kos yang banyak.

Permintaan untuk penyusunan semula jadual SPM muncul setelah didapat ada pelajar yang bakal menduduki 3 kertas peperiksaan dalam satu hari, yang memakan jumlah masa 7 jam. Tempoh 7 jam tersebut adalah dikira panjang dan beberapa pihak berasa gusar jika sekiranya pelajar menghadapi masalah tekanan sewaktu membuat persediaan dan juga sewaktu menduduki peperiksaan tersebut.

Klik di sini untuk memuat turun jadual peperiksaan SPM 2008.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

Leave a Reply