Giliran Misbun Dapat Gelaran Datuk

August 25, 2008 · Kategori: Personaliti 

Selepas anak buahnya Lee Chong Wei, kini giliran sifu atau jurulatihnya pula, Misbun Sidek untuk mendapat anugerah datuk. Penghargaan tersebut bakal diberi oleh kerajaan Melaka menerusi anugerah pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Misbun adalah jurulatih perseorangan badminton negara dan merupakan individu terawal yang mencungkil bakat Lee Chong Wei menerusi satu pertandingan di Pulau Pinang. Sejurus selepas pertemuan dengan pemain tersebut, Misbun telah menggilap bakat Chong Wei menerusi latihan padu dan konsisten sehingga menduduki ranking kedua dalam kedudukan pemain badminton terbaik di dunia.

Setelah bertahun tahun menunggu, Chong Wei mengharumkan negara apabila mendapat pingat perak pertama untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik 2008 baru baru ini. Dia tumpas kepada pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan. Chong Wei dianugerahkan dengan gelaran Datuk pada minggu lepas, di samping hadiah wang tunai RM300,000 berserta pencen sebanyak RM3,000 sebulan.

Misbun sendiri adalah bekas pemain badminton profesional yang digeruni di mata dunia, dan memenangi pingat dalam kejohanan Sukan Sea, All England, Piala Thomas, Terbuka Malaysia, Terbuka Singapore dan banyak lagi. Adik adik Misbun juga tergolong dalam ‘Keluarga Sidek’ yang banyak mengharumkan nama Malaysia dalam sukan badminton.

Antara kenangan paling indah yang dihadiahkan oleh ‘Keluarga Sidek’ kepada negara adalah saat emosi di mana Razif dan Jailani Sidek menumpaskan regu Indonesia untuk membantu Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

2 Responses to “Giliran Misbun Dapat Gelaran Datuk”

  1. rezu_sy on August 29th, 2008 3:03 am

    I have waited soo long to see this guy to be put on his exact place.

    Misbun bukan orang sembarangan,dia bijak dalam percaturan sukan (badminton) menggunakan akal dan strategi,mempunyai psykological thinking yang tinggi,banyak belajar dan telah mengorbankan banyak masa dirinya untuk negara..

    Saya sarankan, sementara beliau masih boleh memberi sumbangan besar kepada negara,kerana masih agak muda..,tawarkan beliau memasuki politik dan mewakili satu-satu kawasan,saya pasti beliau pasti akan cemerlang…

  2. annonymous on January 14th, 2009 2:33 pm

    y misbun didnt get the gelaran DATUK????

Leave a Reply