CEO Wanita Gaji Paling Mahal

September 12, 2008 · Kategori: Kerjaya 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi PepsiCo, Indra Nooyi, menjadi CEO wanita yang menerima gaji paling mahal di dunia, menurut kajian yang dilakukan oleh majalah terkenal Forbes. Nooyi menerima jumlah bayaran sebanyak $12.7 juta (RM43.2 juta) pada tahun ini, termasuk $4.5 juta bonus. Secara purata, Nooyi dibayar RM3.6 juta sebulan, angka yang lebih tinggi dari mana mana CEO di Malaysia samaadaa wanita mahupun lelaki.

Indra, atau nama penuhnya Indra Krishnamurthy Nooyi dilahirkan dan membesar di India sebelum berjaya menjejakkan diri ke menara gading ke institusi tersohor iaitu Yale School of Management. Setelah berjaya mendapat ijazah sarjana (masters) di Yale, Nooyi memulakan kerjayanya bersama dengan beberapa syarikat multinasional terkemuka termasuk The Boston Consulting Group, Motorola dan AAB.

Setelah menempatkan dirinya dikalangan eksekutif cemerlang yang disegani, Nooyi menerima tawaran daripada PepsiCo pada tahun 1994 dan selepas 7 tahun berkhidmat, beliau dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pengarah Kewangan (CFO). Kerjayanya terus terserlah apabila dinaikkan pangkat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dan menjadi CEO kelima dalam sejarah penubuhan syarikat PepsiCo.

Selain menerima gaji paling tinggi, Indra Nooyi juga dinamakan antara sebagai wanita paling berkuasa, dan disenaraikan di tempat ketiga dalam anugerah The Most Powerful Women untuk tahun 2008.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

One Response to “CEO Wanita Gaji Paling Mahal”

  1. 7 Lubang Duit Internet on February 7th, 2009 11:38 am

    Perghh…salute to person like this.

    Balas Komen Ini

Leave a Reply