Jawatan Kosong eKerjaya » Personaliti
Giliran Misbun Dapat Gelaran Datuk
Selepas anak buahnya Lee Chong Wei, kini giliran sifu atau jurulatihnya pula, Misbun Sidek untuk mendapat anugerah datuk. Penghargaan tersebut bakal diberi oleh kerajaan Melaka menerusi anugerah pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).
Misbun adalah jurulatih perseorangan badminton negara dan merupakan individu terawal yang mencungkil bakat Lee Chong Wei menerusi satu pertandingan di Pulau Pinang. Sejurus selepas pertemuan dengan pemain tersebut, Misbun telah menggilap bakat Chong Wei menerusi latihan padu dan konsisten sehingga menduduki ranking kedua dalam kedudukan pemain badminton terbaik di dunia.
Setelah bertahun tahun menunggu, Chong Wei mengharumkan negara apabila mendapat pingat perak pertama untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik 2008 baru baru ini. Dia tumpas kepada pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan. Chong Wei dianugerahkan dengan gelaran Datuk pada minggu lepas, di samping hadiah wang tunai RM300,000 berserta pencen sebanyak RM3,000 sebulan.
Misbun sendiri adalah bekas pemain badminton profesional yang digeruni di mata dunia, dan memenangi pingat dalam kejohanan Sukan Sea, All England,  Piala Thomas, Terbuka Malaysia, Terbuka Singapore dan banyak lagi. Adik adik Misbun juga tergolong dalam ‘Keluarga Sidek’ yang banyak mengharumkan nama Malaysia dalam sukan badminton.
Antara kenangan paling indah yang dihadiahkan oleh ‘Keluarga Sidek’ kepada negara adalah saat emosi di mana Razif dan Jailani Sidek menumpaskan regu Indonesia untuk membantu Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Nicol David
Nicol David kini adalah antara personaliti sukan yang paling terkenal dan diminati di negara ini buat masa ini. Tatkala ramai ahli sukan negara ini berfikir panjang dan berkira kira samaada mereka patut menjadi ahli sukan profesional (sepenuh masa), Nicol David menunjukkan kepada mereka bagaimana dia melakukannya dengan penuh bergaya.
Nicol dilahirkan sebagai Nicol Ann David pada 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang. Beliau adalah anak perempuan kepada Desmond David, seorang jurutera, dan Ann Marie David yang bertugas sebagai seorang guru. Nicol mula berjinak jinak dengan squash seawal usia 5 tahun, dan pada umur 8 tahun, beliau mula mengambil serius sukan tersebut dan melibatkan diri dengan latihan secara kerap dan menyertai perlawanan kompetitif. Beliau menerima persekolahan awalnya di Sekolah Menengah Convent, Pulau Pinang.
Sewaktu usianya menjangkau 16 tahun, Nicol sudahpun menduduki senarai 10 pemain terbaik dunia dan berada pada landasan terbaik untuk terus meningkatkan penguasaan dan rankingnya. Nama Nicol David begitu digeruni di Asia kerana kehebatannya menjuarai kejohanan Asia sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2006.
Pada bulan Disember 2005, Nicol sekali melakar sejarah apabila menjadi juara dunia termuda setelah menewaskan Rachel Grinham dari Australia pada perlawanan akhir kejohanan terbuka Hong Kong. Namanya terus harum apabila Nicol diumumkan menduduki senarai ranking teratas dunia pada bulan Januari 2006. Pada masa ini usianya hanya 23 tahun. Nicol menjadi wanita Asia pertama yang merangkul kejuaraan dunia dan menduduki ranking nombor satu dunia.
Nicol yang kini bergelar pemain squash profesional, berlatih dan menetap di Amsterdam, Belanda. Beliau dilatih oleh bekas pemain nombor 2 dunia, Liz Irving. Keazaman dan kecekalan Nicol telah membawa beliau ke puncak yang dirasakan mustahil oleh ramai rakyat Malaysia. Malaysia Boleh!
Terjemahan dari laman SkorCareer: From a Nicol David to a World Champion.
Related posts:
Jadual SPM 2009 Jadual SPM 2009 telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi...
Kerjaya Bersama UMK, Kelantan Universiti Malaysia Kelantan atau UMK telah ditubuhkan sebagai institusi pendidikan...
Lebih Banyak Karnival Pekerjaan di Kawasan Felda Kerajaan merancang untuk menganjurkan lebih banyak karnival pekerjaan di kawasan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.