Bisnes Cupcake Yang Menguntungkan
Bisnes cupcake boleh menjadi bisnes yang menguntungkan, walaupun dilakukan secara sambilan sahaja. Itulah yang dibuktikan oleh pasangan adik beradik, Seri Ervienawati (Inn) dan kakaknya Seri Emelliawaty (Eon) yang kini mengusahakan perniagaan membuat cupcake (kek cawan) dengan pusat operasi di Hulu Kelang, Selangor.
Semua ini dicapai tatkala kedua duanya sibuk menumpukan perhatian kepada pekerjaan sepenuh masa dan juga pelajaran. Eon merupakan seorang penasihat undang undang kepada sebuah syarikat francais, manakala adiknya Inn melanjutkan pelajaran dalam sebuah institusi pengajian tinggi.
Aktiviti yang bermula secara suka suka kini menjadi sebuah bisnes yang serius, dan semakin hari perniagaan mereka semakin berkembang dengan tempahan kek yang datang mencurah curah. Populariti yang tidak henti henti itu akhirnya membawa kedua dua usahawan ini ke wawancara dengan akhbar ternama, The Star.
Percaya atau tidak, sebelum berkecimpung dalam bisness pembuatan cupcake tersebut, Inn tidak pernah berpengalaman membakar kek sebelum ini. Usaha pertamanya menghasilkan cupcake adalah sekadar untuk dikongsikan bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang terdekat.
Dia sendiri terkejut dengan respon yang diberikan oleh ahli keluarga yang memuji masakannya dan ini mendorong kedua dua beradik tersebut untuk mengusahakan bisnes membuat kek secara serius. Bermula dengan rakan rakan sekerja dan jiran jiran sebagai pelanggan pertama, kini, mereka sibuk memenuhi permintaan untuk pelbagai acara termasuk sambutan hari jadi, perjumpaan, hari ulang tahun, Valentine dan sebagainya.
Inn dan Eon menjadi contoh kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawan tetapi menghadapi masalah kekangan kewangan. Segala yang kita impikan itu sebenarnya boleh menjadi kenyataan jika kita pandai mengintai peluang dan menyusun strategi terbaik bagi memajukan sebuah perniagaan kecil.
Imej: The Star
Skim PROSPER Siswazah dari PUNB
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, PUNB ditubuhkan dengan fokus untuk membangunkan usahawan dalam perniagaan strategik serta perniagaan yang mempunyai potensi tinggi untuk diketengah dan diperkembangkan di peringkat nasional dan juga global. PUNB ditubuhkan pada tahun 1991 dan dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu bumiputera.
PUNB komited untuk membantu golongan Bumiputera berjaya sebagai usahawan dengan memberi mereka asas keperluan perniagaan serta kebolehan untuk bersaing, berdaya tahan, rajin dan kemampuan untuk berkembang. Atas semangat yang sama, PUNB menggalakkan pihak pengurusan pengurusan dan warga kerja nya untuk seiring dengan hasrat ini; bersikap positif, maju dan dinamik, berpegang kepada integriti, amanah dan kejujuran.
Pinjaman Perniagaan MARA – Soalan Lazim
Berikut adalah soalan soalan lazim bagi mereka yang berminat/atau telah mendapatkan pinjaman perniagaan dari MARA (Majlis Amanah Rakyat):
1. Soalan: Bagi seseorang peminjam sumber kewangan perniagaan dari MARA, bolehkah dilakukan pertukaran penjamin dan digantikan dengan penjamin yang lain pada kelayakan yang sama?
Jawapan: Ya, pertukaran penjamin boleh dilakukan tetapi syarat syarat berikut hendaklah dipatuhi:
- Penjamin baru mempunyai kelayakan yang sama dengan penjamin yang lama
- Persetujuan telah diperolehi daripada penjamin yang lama untuk bertukar kepada penjamin yang baru
- Pembiayaan pinjaman tersebut masih belum diambil tindakan penguatkuasaan oleh pihak MARA
- Permohonan pertukaran penjamin adalah sah setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pembiayaan Perniagaan Peringkat Negeri/Bahagian/Ibu Pejabat/Tertinggi (mengikut amaun yang dipohon/diluluskan)
2. Soalan: Adakah MARA mempertimbangkan penjadualan semula bayaran balik pinjaman/penjamin/pencagar?
Jawapan: Ya, MARA mempertimbangkan penjadualan pembayaran semula pinjaman setelah dirujuk terlebih dahulu dengan Pejabat MARA peringkat negeri berkenaa. Peminjam/pembayar pinjaman hendaklah mengemukakan nombor rancangusaha semasa berurusan.
3. Soalan: Bagaimanakah syarat pinjaman untuk kontraktor kelas F?
Jawapan:
Kelayakan Pemohon :-
- Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
- Telah menjalankan perniagaan
- Berusia 18 tahun ke atas
- Mempunyai pengalaman/pengetahuan dalam bidang perniagaan yang dijalankan/hendak ditubuhkan.
- Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 20% daripada kos projek
- Melibatkan diri dalam perniagaan sepenuh
- Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut termasuk mempunyai lesen PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan
Mengemukakan cagaran/jaminan (salah satu) :-
Cagaran :-
- Tanah – Nilai paksaan tanah tidak kurang 20% daripada jumlah pembiayaan. Tanah boleh milik sendiri atau milik keluarga/orang lain (perlu mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu)
Penjamin
A. Pembiayaan Kurang RM50,000
- 1 orang penjamin
- Pendapatan tetap bulanan tidak kurang RM500 sebulan
B. Pembiayaan RM50,001 dan ke atas
- Sekurang-kurangnya 2 orang penjamin
- Pendapatan tetap bulanan mereka tidak kurang daripada 5% daripada jumlah pembiayaan.
Bayaran Balik
Mengikut jangkamasa tempoh kontrak + 6 bulan
Permohonan boleh dibuat melalui pejabat MARA Daerah di mana projek kontrak tersebut dijalankan. Sebarang maklumat lanjut, sdr boleh melayari laman web MARA di alamat www.mara.gov.my atau pejabat MARA Daerah yang berhampiran.


