USM Terpilih Universiti Apex
Universiti Sains Malaysia, USM telah terpilih sebagai universiti Apex, menewaskan 3 dari 9 universiti lain yang disenaraipendek – Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). USM juga menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang bakal memegang status universiti Apex.
Status Universiti APEX Jadi Rebutan
Tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 2 IPTS di Malaysia kini bersaing untuk merebut status universiti APEX (Accelerated Program for Excellence), yang akan dianugerahkan kepada sebuah universiti sahaja.
Mereka adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
23 IPTS Bakal Hilang Lesen
Sebanyak 23 IPTS (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) bakal ditarik balik lesen operasi dan dinyahsenaraikan dari senarai rasmi IPTS kerana kegagalan berfungsi secara aktif. Sebanyak 40 lagi sedang disiasat oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan menghadapi kemungkinan menerima nasib yang sama.
Selain daripada itu, pihak individu pada hari ini tidak lagi dibenarkan untuk memohon lesen untuk memulakan operasi institusi pendidikan swasta. Sebaliknya, ianya hanya boleh dilakukan oleh syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


