10 Universiti Terbaik di Asia
Berikut adalah senarai 10 universiti terbaik di Asia untuk tahun 2008/2009, seperti yang telah diterbitkan oleh majalah talian US News & World Report:
1. University of Tokyo, Jepun
Walaupun mempunyai jumlah bilangan pelajar yang besar, iaitu kira kira 30,000, ia tidak menjadi masalah buat University of Tokyo untuk mencapai dan mengekalkan statusnya sebagai universiti terbaik di Asia untuk beberapa tahun. Sejarah universiti ini telah bermula lama sejak lebih seratus tahun dan telah melalui pelbagai fasa perubahan sehingga ke hari ini.
2. Kyoto University, Jepun

Sebuah lagi universiti dari Jepun, iaitu Kyoto University menghuni tangga kedua senarai. Seperti juga University of Tokyo, institusi ini juga telah lama bertapak di negara matahari terbit ini. Sebelum ini, Kyoto University tersenarai dalam kumpulan 7 universiti elit khas yang dipanggil Imperial Universities of Japan. Pada tahun 2007, Times Higher Education dari United Kingdom menyenaraikan Kyoto University sebagai universiti ketiga terbaik di Asia di belakang University of Tokyo dan University of Hong Kong.
Semakan Permohonan Matrikulasi 17 April
Pelajar lepasan SPM yang membuat permohonan kemasukan ke program matrikulasi boleh menyemak status permohonan mereka bermula 17 April ini. Semakan boleh dilakukan secara online di laman web kementerian pelajaran (www.moe.gov.my) dengan memasukkan informasi pemohon seperti kad pengenalan dan angka giliran SPM.
Selain daripada secara online, pemohon juga boleh menyemak permohonan mereka menerusi khidmat SMS. Caranya agak mudah, iaitu dengan menaip MAT<jarak>no kad pengenalan dan menghantar SMS tersebut ke nombor 15888. Pemohon juga boleh menelefon di talian 03-8884 4100 setiap hari bekerja selepas 17 April, sebelum pukul 4 petang.
Jadual Peperiksaan SPM 2008
Jadual peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2008 telah disusun dan diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan kini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi tersebut. Secara rasminya, peperiksaan SPM akan bermula pada hari Isnin, 13 Oktober 2008 dan berakhir pada hari Jumaat, 5 Disember 2008.


