Kerja Kerajaan Popular

July 14, 2009 · Filed Under Kerjaya · 1 Comment 

Kerja kerajaan ternyata popular apabila sesi temuduga terbuka yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran pada bulan Mei yang lalu dihujani oleh lebih berpuluh puluh calon pekerja.

Kementerian tersebut membuka peluang kerjaya untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan termasuk tenaga pengajar, tutor, pembantu teknologi maklumat serta jawatan jawatan sokongan yang lain.

Beribu ribu calon yang terdiri daripada graduan dan penganggur berpusu pusu menghadiri pusat temuduga seawal jam 6 pagi, walaupun acara hanya bermula selepas pukul 8 pagi. Keadaan semakin berasak asak bermula jam 9 pagi apabila calon calon lain mula muncul dan membanjiri pusat temuduga.

Di Alor Setar, sesi yang diadakan di Jabatan Pelajaran Kedah di Kompleks Pendidikan Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah, dihadiri oleh lebih 5,000 pencari kerja. Manakala satu lagi sesi yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presinct 18 (1), Putrajaya pula diserbu oleh lebih 20,000 calon.

Sejak pengumuman kerajaan mengenai kenaikan gaji dan juga imbuhan imbuhan lain untuk kakitangan awam , jawatan jawatan kerajaan mula mendapat tempat di hati pencari kerja berdasarkan kelebihan dari segi gaji dan juga faedah faedah lain seperti pencen, kemudahan pinjaman, perubatan dan lain lain. Malah, populariti kerja kerajaan semakin meningkat naik sehingga mereka yang bekerja dalam sektor swasta pun berminat untuk bertukar kerjaya dan juga sektor pekerjaan.

Kenapa Pilih Kerja Kerajaan?

June 3, 2009 · Filed Under Kerjaya · 12 Comments 

Dalam memilih pekerjaan, rata rata mereka yang inginkan kerjaya yang baik mencari peluang untuk mendapat tempat di sektor kerajaan. Pada mereka, kerjaya di sektor kerajaan atau awam lebih menjanjikan keselamatan, kesenangan dan memberi lebih banyak kemudahan berbanding sektor swasta.

Tambahan lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai inisiatif baru serta pelabagai faedah tambahan ditawarkan kepada kakitangan awam dan kerajaan bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Antaranya ialah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat, kemudahan perubatan, peningkatan jumlah pencen serta sistem pemberian wang pencen yang lebih pantas.  Justeru, tidak hairan ramai orang yang berlumba lumba untuk menjawat jawatan kerajaan.

Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Ikuti 5 sebab kenapa jawatan kosong kerajaan jadi pilihan. Yang mana satukah sebab anda? Tepuk dada, tanya selera.

10 Syarikat Terbaik Graduan

April 30, 2009 · Filed Under Kerjaya · 1 Comment 

Dalam sebuah bancian yang dijalankan oleh GTI Specialist Publisher, sebuah firma tinjauan berpangkalan di United Kingdom, Shell telah dinamakan sebagai syarikat terbaik untuk graduan di Malaysia untuk anugerah Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers.

Kajian yang dilakukan melibatkan lebih 15,000 pelajar yang sedang berada di tahun akhir pengajian masing masing di beberapa buah negara termasuk Malaysia, Australia dan United Kingdom.  Dalam senarai 10 syarikat yang didominasi oleh syarikat asing, Shell mengatasi beberapa syarikat multinasional lain termasuklah Intel, PricewaterhouseCoopers (PwC) dan HSBC untuk berada gah di takhta senarai.

Berikut adalah 10 syarikat terbaik dalam senarai Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers:

1. Shell

Untuk berdekad lamanya, Shell memang seringkali menjadi organisasi pilihan graduan yang bercita cita besar mengembangkan kerjaya mereka tak kiralah samaada di dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Kerjaya bersama Shell menjanjikan peluang luas menimba ilmu dan pengalaman, yang datang dengan pakej penggajian dan faedah yang menarik.

2. Intel

Intel beroperasi di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah, dan merupakan organisasi yang diimpikan oleh bakal jurutera, pakar IT, serta graduan yang memilih teknologi sebagai cabang kerjaya mereka. Tidak dapat dinafikan, Intel mempunyai reputasi sebagai antara syarikat pembinaan paling terkenal di negeri Pulau Mutiara dan menyumbangkan nilai yang begitu signifikan terhadap pembangunan ekonomi Pulau Pinang.

3. Schlumberger

Seorang graduan yang diterima bekerja dengan Schlumberger pernah berkata, “Schlumberger mungkin syarikat terbesar yang belum pernah didengari oleh seorang pelajar.” Ini kerana, walaupun namanya tidak sepopular Shell dan Intel, Schlumberger merupakan antara syarikat terbesar dalam bidang gas dan petroleum dengan kekuatan lebih 80,000 orang pekerja di seluruh dunia.

4. PricewaterhouseCoopers (PwC)

PricewaterhouseCoopers atau PwC adalah salah satu syarikat Big 4, iaitu antara 4 buah syarikat paling berprestij dalam bidang audit dan perakaunan. PwC lahir di London pada tahun 1998 apabila dua syarikat gergasi di United Kingdom membuat keputusan untuk bergabung menjadi syarikat perakaunan profesional terbesar di dunia. Kerja lebih masa mungkin menjadi rutin seorang pekerja, tetapi habuan dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran bakal menanti graduan. Read more

« Previous PageNext Page »