Guru Pedalaman Bakal Dapat Insentif Tambahan

July 22, 2009 · Filed Under Kerjaya · 5 Comments 

Berita baik untuk guru guru yang sedang atau bakal ditugaskan di kawasan pedalaman. Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan akan memberi insentif tambahan kepada mereka yang ditempatkan jauh dari kawasan bandar. Insentif tersebut adalah tambahan kepada mana mana imbuhan yang telah diberikan sebelum ini.

Guru guru yang mempunyai kemahiran mengajar dalam bahasa Inggeris akan diberi keutamaan memandangkan darjah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah oleh pelajar pelajar di kawasan pedalaman.

Langkah tersebut juga merujuk kepada inisiatif negara Australia yang menghantar guru guru cemerlang ke kawasan pedalaman untuk meningkatkan prestasi pelajaran di kawasan yang jauh dari pembangunan urbanisasi serta menghadapi masalah kelengkapan kemudahan dan fasiliti. Program yang dianjurkan oleh Australia tersebut diberi nama Teach for Australia, yang melambangkan hasrat murni negara tersebut melebarkan usaha mengembangkan ilmu.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, tiada penjelasan terperinci yang menjelaskan apakah bentuk insentif tersebut kepada guru guru yang terlibat.

Sebelum ini, mereka yang ditugaskan untuk mengajar di kawasan kawasan luar bandar dan pedalaman menerima elaun atau imbuhan dari julat RM500 hinga RM1,500 bergantung kepada jauhnya kawasan tersebut dari kawasan bandar yang berdekatan. Sehubungan dengan itu juga, Kementerian Pelajaran berhasrat membuka lebih 10,000 jawatan kosong guru untuk memantapkan lagi sistem pendidikan.

Kerjaya Bersama MBAS (Alor Setar), Kedah

July 21, 2009 · Filed Under Kerjaya · 2 Comments 

Jawatan Kosong Bersama Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kedah kini mempelawa calon calon yang sesuai serta berkelayakan untuk mengisi beberapa jawatan kosong yang ditawarkan oleh organisasi tersebut. Semua jawatan yang ditawarkan adalah bertempat di pusat bandar Alor Setar, Kedah.

Antara jawatan kosong yang ditawarkan buat masa ini adalah Akauntan (Gred W41), Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41),  Pegawai Penilaian (W41), Juruaudit (W41), Penolong Jurutera (J29), Penolong Akauntan (W27), Penolong Pegawai Penilaian (W27), Pengawal Keselamatan (KP11) dan Pemandu (R3).

Syarat syarat permohonan dan kelayakan

Setiap daripada jawatan yang ditawarkan datang dengan syarat syarat yang telah tersedia termaktub dalam borang tawaran dan setiap calon hendaklah memastikan jawatan yang dipohon bersesuaian dengan kelayakan, kemahiran dan juga minat.

Klik di sini untuk melihat maklumat lanjut jawatan kosong yang ditawarkan. Tarikh tutup permohonan adalah 2 Ogos 2009.

Peluang Kerjaya di RISDA

July 14, 2009 · Filed Under Kerjaya · 12 Comments 

RISDA kini menawarkan beberapa jawatan kosong untuk diisi oleh calon calon yang berkelayakan. Sebagai syarat am, semua calon yang bercadang untuk membuat permohonan dan menghantar borang hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas sewaktu membuat permohonan.

Antara senarai jawatan kosong yang ditawarkan adalah Pembantu Juruteknik, Jurutera, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Tadbir, Akauntan, Pembantu Undang Undang, Pembantu Pegawai Tadbir dan juga jawatan sokongan yang lain. Peluang kekosongan ini dibuka kepada mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam membina kerjaya dengan badan sokongan kerajaan atau badan berkanun.

Bergantung kepada gred jawatan, syarat syarat berbeza dari segi pengalaman dan kemahiran, kelayakan akademik dan setiap jawatan datang dengan gred gaji yang telah ditentukan.

Klik untuk melihat secara penuh senarai jawatan kosong dan syarat syarat, dan untuk cara cara memohon jawatan yang disebutkan.

« Previous PageNext Page »