Jadual SPM 2009

September 16, 2009 · Filed Under Kerjaya · Comment 

Jadual SPM 2009 telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula Oktober ini.

Semua calon dinasihatkan untuk membuat rujukan secara mendalam berkenaan maklumat, tatacara dan juga peraturan peperiksaan bagi mengelakkan sebarang kerumitan dan juga salah fahaman sebelum atau sewaktu mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini.

Klik untuk jadual SPM 2009.

300,000 Daftar Dengan JobsMalaysia

August 17, 2009 · Filed Under Kerjaya · 2 Comments 

Seramai lebih 300,000 orang telah berdaftar dengan JobsMalaysia, laman web pekerjaan yang dibina atas inisiatif kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia. Ia satu petanda meningkatnya populariti portal tersebut sebagai platform yang memadankan pekerja dan majikan di negara ini.

Jumlah majikan yang menawarkan peluang pekerjaan dari pelbagai bidang dan kemahiran juga bertambah sehingga melepasi 60,000 majikan sehingga kini. JobsMalaysia menawarkan peluang pekerjaan dari kedua dua sektor kerajaan dan juga swasta.

Menurut statistik terbaru, sehingga kini, seramai 307,214 telah mendaftar dan mempunyai akaun dengan laman web tersebut. Daripada jumlah yang disebut, kira kira 30% terdiri daripada graduan yang baru menamatkan pengajian. Terdapat juga mereka yang sedang bekerja serta mereka yang baru baru ini hilang pekerjaan kerana kegawatan ekonomi.

Masih ramai dari golongan mereka yang telah bekerja yang masih aktif dalam laman JobsMalaysia dalam usaha mencari jawatan atau kerjaya lain yang lebih sesuai dengan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan juga minat masing masing.

Mereka yang masih belum mendaftar dengan JobsMalaysia digesa untuk mengikuti langkah ini dengan membuat pendaftaran sebagai pengguna.

220,000 Jawatan Menerusi Zon Ekonomi Baru

August 10, 2009 · Filed Under Kerjaya · 2 Comments 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merasmikan Zon Ekonomi Istimewa (Special Economic Zone) pada minggu lepas, yang dijangka bakal menyediakan lebih 200,000 jawatan kosong menjelang tahun 2020.

Jumlah yang dinyatakan dikatakan bakal mengatasi bilangan pekerjaan yang ditawarkan oleh satu lagi zon ekonomi berhampiran, iaitu Zon Ekonomi Timur (ECER) yang kebetulan akan mengambil kawasan bersebelahan.

Zon Ekonomi Istimewa merentasi kawasan seluas hampir 4,000 kilometer persegi dari kawasan pemprosesan petroleum dan gas, Kerteh sehingga ke Gambang dan Pekan di Pahang.

Antara projek besar yang telah dikenalpasti adalah penaiktarafan pelabuhan Kuantan yang akan menyaksikan peningkatan kapasiti dari 17 juta metrik tan kepada 30 metrik tan pada tahun 2020. Projek penaiktarafan ini dijangka membolehkan pelabuhan Kuantan menjadi antara laluan masuk dan keluar yang paling penting bagi bisnes import dan eksport di masa akan datang.

Antara jawatan yang bakal ditawarkan menerusi Zon Ekonomi Istimewa termasuklah jualan dan pemasaran, pentadbiran, teknologi, teknologi maklumat, kejuruteraan, akaun dan kewangan, logistik dan pengangkutan, hubungan antarabangsa dan lainl lain.

Next Page »