Biasiswa Kecemerlangan Daripada Maxis

September 28, 2008 · Filed Under Biasiswa · 5 Comments 

Sejak tahun 2004, Maxis memperkenalkan biasiswa yang diberi nama Maxis Scholarship for Excellence untuk menaja pelajar yang menonjolkan prestasi akademik yang memberangsangkan bagi meneruskan pelajaran di peringkat ijazah sarjana (postgraduate). Peluang biasiswa ini dibuka sekali lagi untuk permohonan bagi sesi 2008/2009.

Berbeza dengan tahun tahun yang sebelum ini, pemberian biasiswa Maxis pada tahun 2008 ini tidak lagi hanya terbuka kepada pelajar dalam bidang sarjana, tetapi juga bagi mereka yang bakal meneruskan ijazah sarjana muda (undergraduate). Perubahan ini dilakukan untuk memberi ruang kepada lebih ramai pelajar berpotensi mendapatkan bantuan pinjaman dan merealisasikan impian mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Read more

Panduan Permohonan Biasiswa JPA

November 15, 2007 · Filed Under Biasiswa · 138 Comments 

Kemudahan biasiswa disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA untuk membolehkan pelajar pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT awam dan swasta mendapat tajaan kewangan. Kemudahan ini disediakan untuk mereka yang mengikuti kursus dalam pelbagai bidang dalam institusi yang telah ditetapkan. Institusi institusi pengajian tersebut adalah:

  1. Universiti Malaya, UM
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
  3. Universiti Putra Malaysia, UPM
  4. Universiti Sains Malaysia, USM
  5. Universiti Malaysia Sabah, UMS
  6. Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
  7. Universiti Utara Malaysia, UUM
  8. Universiti Islam Antarabangsa, UIA
  9. Universiti Teknologi MARA, UiTM
  10. Kolej Universiti Tun Hussein Onn, KUiTHO
  11. Kolej Universiti Teknikal Malaysia, KUSTEM
  12. Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM
  13. Kolej Universiti Terengganu
  14. Universiti Tenaga Nasional, UNITEN
  15. Universiti Multimedia, MMU
  16. Universiti Teknologi Petronas, UTP

Iklan penajaan biasiswa akan dikeluarkan dalam beberapa akhbar tempatan utama pada setiap tahun bulan Mei. Borang permohonan Biasiswa JPA boleh diberi dari pihak JPA sendiri atau di universiti universiti yang terlibat. Setiap borang dijual pada harga RM5 seunit.

Borang yang telah diisi hendaklah dikemukakan bersama sama dengan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA
Bahagian Latihan
Aras 4, 5 and 6
Block C1, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

Syarat Permohonan (Umum):

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 26 tahun pada 1 Mac tahun semasa
  3. Mendapat sekurang kurangnya gred 6C bagi subjek Bahasa Malaysia dan Pengetahuan Islam/Pengajian Moral

Syarat Permohonan (Khusus):

  1. Bidang bukan Perubatan/Pergigian/Farmasi:
    1. Pelajar lepasan SPM perlu mendapat sekurang kurangnya 4A
    2. Pelajar lepasan STPM perlu mendapatkan sekurang kurangnya 3 prinsipil B
    3. Pelajar lepasan Matriculasi dan lepasan Diploma perlu mendapat CGPA sekurang kurangya 3.0
  2. Bidang Perubatan/Pergigian/Farmasi:
    1. Pelajar dalam bidang yang disebutkan tidak tertakluk kepada syarat di atas dan mereka yang mendapat tempat dan memohon akan ditawarkan biasiswa

Biasiswa Yayasan Sime Darby

November 8, 2007 · Filed Under Biasiswa, Kerjaya, Pendidikan · 32 Comments 

Yayasan Sime Darby membuka peluang kepada warganegara Malaysia untuk memohon tajaan Biasiswa Yayasan Sime Darby. Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-university atau A-Level yang bermula pada bulan Januari 2008. Tajaan biasiswa akan meliputi yuran penuh akademik/semester, elaun sara hidup, buku buku dan alatan pelajaran yang lain.

Antara bidang pelajaran yang boleh mendapat tajaan biasiswa Sime Darby adalah:

  • Kejuruteraan – Kejuruteraan Elektrik, Sivil, Mekanikal, Kimia dan Komputer
  • Bisnes – Akaun, Ekonomi, Business Administration, Sains Komputer dan Komunikasi
  • Sains – Bioteknologi, Perhutanan, Teknologi Penanaman dan Ternakan, Teknologi Makanan dan Perladangan

Syarat syarat permohonan biasiswa Yayasan Sime Darby:

  • Calon hendaklah mendapat sekurang kurangnya 7A1 dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan dan akademik semasa
  • Mesti fasih berbahasa dalam Bahasa Inggeris (English)
  • Menunjukkan sifat sifat kepemimpinan (leadership) yang tinggi
  • Aktif melibatkan diri dalam kegiatan kurikulum luar dan memberikan impak kepada masyarakat

Calon yang berjaya menerima biasiswa pra-universiti juga akan diberi keutamaan dalam pemilihan pemberian biasiswa lanjutan kepada mereka yang bakal menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda. Tarikh tutup permohonan adalah 19 November 2007.

Klik di sini untuk memohon biasiswa Yayasan Sime Darby secara online.

Next Page »