Lebih Banyak Karnival Pekerjaan di Kawasan Felda

November 10, 2009 · Filed Under Berita · 2 Comments 

Kerajaan merancang untuk menganjurkan lebih banyak karnival pekerjaan di kawasan penempatan Felda bagi memberikan peluang kepada anak anak Felda dan mereka yang jauh dari kawasan bandar mengintai peluang pekerjaan.

Ramai remaja dan anak anak yang tinggal di kawasan Felda masih gagal mendapatkan pekerjaan, ditambah dengan keadaaan kesukaran dan ketiadaan majikan yang sanggup meluangkan masa mencari calon calon yang sesuai di kawasan luar bandar.

Dengan inisiatif terbaru ini, kerajaan berharap akan dapat membantu membawa majikan majikan dari sektor awam mahupun swasta ke kawasan Felda untuk merekruit tenaga pekerja yang diperlukan. Baru baru ini, kerajaan menganjurkan satu karnival pekerjaan di Felda Keratong 10, yang berjaya menarik minat sehingga 3 ribu pengunjung.

20 Pekerja Hilang Kerja

July 13, 2009 · Filed Under Berita · Comment 

BANTING: Sebuah syarikat pengeluar alat penjimat minyak yang dilancarkan secara besar-besaran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dataran Putra, dekat sini, Julai tahun lalu, menghentikan operasinya secara tiba-tiba menyebabkan pekerjanya terpaksa menganggur.

Lebih malang lagi, kira-kira 20 pekerja syarikat dikenali sebagai Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd, yang beroperasi di Bandar Sungai Emas di sini, sejak lebih setahun lalu mendakwa tidak menerima gaji bulan lalu.

Seorang pekerja, Ahmad Zamri Abdullah, 30, (gambar) berkata syarikat itu sudah diambil alih sebuah syarikat lain pada Mei lalu dan pengurusan baru memaklumkan semua aktiviti dan operasi syarikat termasuk pekerja terpaksa digantung menerusi sepucuk surat bertarikh 17 Mei lalu.

“Bagaimanapun, apa yang mencurigakan saya, surat bertarikh 17 Mei itu hanya dihantar menerusi faks pada 17 Jun lalu, iaitu sebulan kemudian.
“Keadaan itu menyebabkan kami sangat terkejut apabila dua hari kemudian iaitu pada 19 Jun, adalah hari terakhir kami bekerja di sini,” katanya ketika ditemui di perkarangan bangunan syarikat itu, semalam.

Ahmad Zamri berkata, jika pengurusan baru mahu membuat sebarang keputusan, mereka sepatutnya memaklumkannya lebih awal atau sekurang-kurangnya memberi dua minggu notis.

“Tindakan ini seperti menganiaya kami. Macam mana kami tak risau sedangkan kami banyak tanggungan,” katanya.

Beliau berkata, mereka juga lewat menerima gaji bagi Mei iaitu pada 18 Jun lalu.

“Selepas 19 Jun, iaitu hari terakhir bekerja, sampai sekarang kami tak dapat gaji lagi,” katanya.

Berikutan itu Ahmad Zamri berkata, dia sudah membuat laporan mengenai perkara itu di Balai Polis Banting, pada 1 Julai lalu.

Sumber: Harian Metro

2 Minggu Untuk Hantar Borang Cukai

April 15, 2009 · Filed Under Berita · Comment 

Tinggal kira kira dua minggu lagi untuk rakyat Malaysia yang layak membayar cukai pendapatan untuk menghantar Borang BE 2008 kepada pejabat LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Bagi mereka yang sebelum ini mengisi borang secara manual, LHDN telah menjelaskan mereka telah menghantar borang berkenaan ke alamat rumah mereka melalui pos. Ia telah dilakukan sejak Januari lalu. Manakala mereka yang sebelum ini mengisi borang cukai secara online menerusi eFiling, pejabat Hasil tidak lagi akan menghantar borang secara manual. Sebaliknya, mereka perlu sekali lagi menggunakan sistem eFiling untuk menghantar maklumat cukai pendapatan.

Sistem eFiling untuk tahun 2009 akan menggunakan nama (user ID) dan kata laluan (password) yang sama seperti tahun yang sebelumnya. Jika pengguna telah terlupa tentang nama dan kata laluan, mereka boleh mengunjungi pejabat Hasil yang terdekat untuk mendapat bantuan bagi mendapatkan kata laluan yang baru.

Tarikh akhir penghantaran untuk borang BE 2008 (untuk mereka yang bekerja tanpa sumber pendapatan dari bisnes) adalah 30 April 2009 manakala borang B 2008 (pendapatan melalui perniagaan) adalah 30 Jun 2009.

Next Page »