Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes (Buku)

September 8, 2007 · Kategori: Perniagaan 

Pinjaman bisnes adalah salah satu langkah yang membolehkan pemilik perniagaan yang bersaiz kecil atau sederhana mengembangkan dan memajukan lagi perniagaan mereka. Antara institusi institusi di Malaysia yang dapat menyediakan pinjaman perniagaan adalah seperti bank bank komersial, SME Bank, MARA, PUNB dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan pinjaman bisnes dari institusi bukanlah satu usaha yang amat mudah. Anda perlu melalui proses proses tertentu dan walaupun proses tersebut diikuti dengan betul, pinjaman perniagaan yang anda harap harapkan tidak semestinya diluluskan. Kegagalan mendapatkan pinjaman membuatkan anda tertanya tanya. Pelbagai persoalan mula menghujani fikiran anda.

“Mengapa permohonan pinjaman saya gagal?”

“Kenapa pinjaman saya terlalu lambat diluluskan?”

“Apa pula syarat syarat pinjaman yang diperlukan?”

Mungkin itu persoalan yang bermain main di fikiran kita.

Ahli perniagaan yang kurang pengetahuan dan pendedahan tentang pinjaman bisnes dan pinjaman perniagaan akan berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan institusi pinjaman. Terdapat jurang kefahaman antara pihak institusi pinjaman dengan para usahawan khususnya daripada golongan perusahaan kecil dan sederhana. Antara aspek yang tidak difahami adalah kategori institusi pembiaya yang terdapat di negara kita, bentuk kemudahan yang disediakan serta aspek-aspek operasi seperti pemantauan kredit, kadar faedah, penilaian permohonan dan cagaran. Di samping itu, mereka juga tidak arif berkaitan dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan.

Jika masalah masalah tersebut melanda anda, dapatkan buku Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes yang ditulis oleh Ahmad Sazmy Abd Aziz. Buku Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes diterbitkan oleh PTS Publication dan boleh didapati di kedai kedai buku utama di seluruh negara. Anda boleh belajar memahami beberapa perkara penting yang berkaitan dengan pinjaman dari institusi kewangan seperti:

  • Masalah Peniaga Kecil Mendapatkan Pembiayaan
  • Jenis Produk Pembiayaan dan Pinjaman
  • Cagaran dan Kemudahan Jaminan
  • Sebab Mengapa Pinjaman Ditolak, dan Langkah Langkah yang Boleh Diambil
  • Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) atau Business Plan
  • Kisah Kisah Usahawan Untuk Tatapan
  • dan lain lain
Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

14 Responses to “Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes (Buku)”

  1. nordin on September 10th, 2007 3:45 am

    sent me the detail

  2. wcj on September 24th, 2007 8:56 am

    how to apply..?

  3. LIN on September 25th, 2007 2:04 am

    how to apply? send me the details please

  4. Samsul on September 25th, 2007 2:29 pm

    Korang tak baca artikel tu ke, bukannya dia cakap camne nak apply pinjaman tapi promote buku tu. Ape da…. Baca dengan lutut ka?

  5. fitri diana bte mohd hashim on September 30th, 2007 1:59 pm

    berapa harga buku ni

  6. intan on October 26th, 2007 6:11 am

    Please send me the detail

  7. rosselawati on October 27th, 2007 8:27 am

    bagaimana saya ingin membuat pinjaman dengan pihak mara.

  8. yakub on January 30th, 2009 12:51 am

    salam semua,sekadar nak memaklumkan tentang pinjaman bisnes dgn mara.Adik saya pernah memohon pinjaman dgn pihak mara cwgn kch tp byk songeh dan mcm2 karenah sehingga beliau membatalkan saja permohonan tersebut.Pada pendapat peribadi saya apalah susah sangat nak luluskan pinjamn itu.Bukannya duit mereka yg punya. Malahan lesen perniagaan dah siap atas nama adik saya.Kedai pun memang dah wujud apa lagi yg hendak diminta.Cubalah dtg ke permis perniagaan tempat pemohon benar tak wujud atau cuma wujud atas kertas sahaja.Kalau kt bandingkan dgn peniaga cina yg memohon d bank lagi mudah walaupun bank ketat lagi peraturannya.Mcm mana bumiputera nak maju dalam bisnes. Nak suruh tujuk bukti pendapatan daripada bisnes mana bnyk mana yg dpt. Modal tak ada camna bisnes mau jln.Kalau tak dpt tlg bumiputra tak perlulah ada mara.Kalau nak melulus permohonan bumiputra tak rugi sesenpun mara kerana kerajaan yg punya duit.Akhirnya adik saya tak jadi mohon pinjaman dan saya yg tlg beliau meneruskan bisnes.Kalau nak mohon saya rasa tak perlulah kalau dgn pihak mara.Kalau yg sanggup menunggu tak apalah.sekian.Maaf andaikata tulisan ini mengguris hati pihak atau pegawai mara bhg kch

  9. David Lim Teik Seng on March 6th, 2009 2:54 am

    Dear Sir

    I would like to apply the skim above, but when i try to log in to http://www.mepb.gov.my, the web is down. May i know where to get the form and where should i suppose to submit the form after filling up ? Any number that i can call to refer ?
    Pls give me guide, thanks.

    Best Regards
    DAVID

  10. Slee on May 15th, 2009 12:37 am

    hi yakub.. MARA mimang mcm tue. cerewet sangat. mcm lar orang bumiputera tak mampu nak bayar balik. Pd pendapat saya, MARA patut ubah prosuder utk memberi pinjaman kpd bumiputera. Biarlah mudah sikit kan, kan..

    Tp klu Yakub ada ‘orang dalam’ kat MARA, konfom dapat tue. hahaha… jan mare. cuma pendapat jaks.

  11. Slee on May 15th, 2009 12:41 am

    tue website bukan ‘down’ lar david. tp telah di mansuhkan. cubalah website gov yg len pulaks k. Gud luck..

  12. mja pa'aji on May 16th, 2009 9:27 am

    salam warga malaysia,
    saya salah seorang warga taraf bumiputera yg sependapat sepenuhnya dgn saudara slee dan yakub..disini saya nak kongsi crita dan pengalaman saya dan rkan kongsi;
    saya pernah memohon pinjaman perniagaan pada mara.terlalu birokerasi dan byk sgt prosedur yg perlu dituruti.kebanyakan prosedur yg telah kami turuti termasuklah menghantar bizplan yg ada pelan strategi kami yg boleh dikatakan ‘unik’ la kan..stelah menunggu punya tunggu akhirnya kami give up sal jawapan yg kami sering terima ialah dalam proses aje(sebulan lebih)..yang paling saya kesali ialah selang beberapa bulan ada sebuah syarikat yg telah mengikut idea ‘unik’ kami,berjaya pulak tu skang dia dah ada dekat 50 gerai sekitar lembah klang..siap masuk paper lagi dicop usahawan berjaya.nasib baik bumiputera gak,xla terkilan sangat tapi still..sedih ngan peristiwa yg berlaku.saya bukan nak menuduh sesiapa memperdagangkan idea kami tapi sepatutnya bri lah peluang kepada warga bumiputera kita saing secara sihat untuk kehidupan yg lebih baik..
    agaknya perniagaan ‘ah long’ amt berjaya yg kita sedia maklum yg kayanya ‘ca ya nun alif’ yg jahanam nya bangsa kita kerana terpaksa mengadu nasib pada mereka ni yg sedia membantu kononnya…semua maklum yg perniagaan pinjaman berlesen(ah long) ni hidup dan bercambah macam cendawan lpas hujan.merata tempat dan perniagaan yg menguntungkan.tapi jahanamkan smua peminjam secara lembut.
    amat berharap pihak mara atau smua yg terlibat beri lah peluang kepada smua bumiputera dengan melonggarkan sikit syarat utk pinjaman perniagaan yg berdaya maju utk menaikkan bangsa kita gak..
    thank u

  13. ingin tahu on June 22nd, 2009 6:38 am

    saya ingin membuat pinjaman untuk menjalankan bisness kecil-kecilan anggaran dalam rm 5000 hingga rm 10000 adakah saya memerlukan penjamin, saya sukar untuk mendapatkan penjamin disebabkan saya tiada saudara mara untuk menolong

  14. ammar on October 24th, 2009 8:24 pm

    saya ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. bagaimana cara untuk mendapatkan pinjaman anggaran rm3000-rm5000? apa prosedur yang perlu saya ikuti dan apa kelayakan untuk mendapat pinjaman tersebut?

Leave a Reply