Caj PTPTN Kini 1%

August 22, 2008 · Kategori: Pendidikan 

Kabinet Malaysia pada minggu lepas bersetuju untuk mengurangkan kadar caj pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) kepada 1%. Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.

Pengumuman menurunkan kadar caj tersebut juga diambil atas inisiatif untuk mengurangkan beban pelajar daripada menanggung beban hutang yang banyak.

Kadar 1% itu berkuatkuasa dari 1 Jun 2008 dan menggantikan kadar sebelum ini iaitu 3% untuk ijazah pertama dan 5% untuk program sarjana dan ke atas. Kadar baru itu juga akan dinikmati oleh pelajar yang sudahpun menamatkan pengajian mereka di mana satu perjanjian baru akan ditandatangani berdasarkan kadar terkini.

Selain daripada itu, menerusi kadar caj terbaru, PTPTN berharap pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman PTPTN akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjelaskan hutang pinjaman, setelah pembelajaran mereka selesai. Pada masa ini, kadar pembayaran balik pinjaman adalah rendah, iaitu dibawah 50%, walaupun pelajar diberi masa sehingga 20 tahun untuk menjelaskan hutang tersebut.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

Leave a Reply