Bonus Sebulan Untuk Kakitangan Awam

August 30, 2008 · Kategori: Kerjaya 

Kakitangan awam dan kerajaan bakal menikmati pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 pada tahun ini. Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pembentangan Belanjawan 2009 di parlimen semalam.

Pembayaran bonus akan dilakukan berperingkat sebanyak dua kali. Pembayaran pertama bakal dibayar pada bulan September 2009 dan selebihnya akan diselesaikan pada hujung tahun, iaitu bulan Disember.

Bonus sebulan gaji adalah praktis yang biasa dalam sektor awam sebelum kerajaan memutuskan untuk tidak memberikannya pada tahun lepas. Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak antara 10% dan 30% pada pertengahan tahun 2007.

Selain daripada bonus, kakitangan kerajaan yang berkhidmat sekurang kurangnya 25 tahun bakal menerima pencen sebulan sebanyak sekurang kurangnya RM725. Pembayaran tersebut akan bermula secara efektif pada 1 Januari 2009. Kadar pencen ini akan dinikmati oleh lebih daripada 70,000 di seluruh negara.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

Leave a Reply