Kerajaan Negeri Perak Umum Bonus

September 16, 2008 · Kategori: Berita 

Jika pada pembentangan Belanjawan 2009 baru baru ini, Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam, kakitangan negeri Perak juga bakal turut mendapat imbuhan bonus. Berita pemberian bonus itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.

Malah, kerajaan negeri Perak akan membayar kadar sekurang kurangnya sebanyak RM1200 berbanding RM1000 yang diumumkan oleh Pak Lah untuk kakitangan awam persekutuan.

Pengumuman tersebut sudah semestinya dinanti nantikan dan disambut baik oleh kakitangan awam negeri di seluruh Perak. Pemberian bonus secara penuh akan dilakukan sebelum menjelang sambutan Hari Raya Puasa pada tahun ini. Kerajaan negeri juga berharap pemberian bonus tersebut akan meningkatkan lagi motivasi pekerja, dan akan berusaha untuk memperkukuhkan mutu dan kualiti kerja.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

Leave a Reply